Friday 17 October 2014

PENAFIAN!

PENAFIAN! Kenapa dalam blog ini banyak yg menceritakan hal negatif tntang perkahwinan dgn lelaki pakistan ini, seolah olah tak adakah kebaikan pada bangsa atau negara pakistan ini? eh! siapa kata begitu!dibumi pakistan ini adalah juga kebaikannya,kalau tak kenapa saya memilih belajar dinegara mereka?cuma krn tajuk blog kita TENTANG PERKAHWINAN DENGAN LELAKI PAKISTAN maka itulah hakikat yang terpaksa diterima,krn banyak negatifnya dari positifnya,terimalah walaupun pahit,inilah kebenaran yg tak boleh disorokkan dari gadis dan wanita kita demi masa dpn rumahtangganya.kebaikan bangsa pakistan ni ada juga,mereka kuat patriotiknya,pandai bermain hokey dan pandai bermain cricket juga,lagi sifat yg bagus pada mereka ialah melayani tetamu,kalau kita pergi kerumah mereka disana sebagai tetamu mmg mereka melayani kita dgn amat baik.Ada juga tuan rumah yg berkemampuan menyediakan 'meheman khana',rumah utk tetamu yg dtg ,letaknya bersebelahan rumah atau didalam halaman rumah mereka.seperti dibalochistan,siap dgn tandas,katil dll.Kalau ditanya antara malaysia dan pakistan,siapa yg lebih dlm bab bab tadi,sya akan kata pakistan walaupun saya ni org malaysia,begitu juga kalau bab hockey atau cricket,pasukan siapa yg paling baik dan bagus maka saya ttp juga akan katakan pakistan,walaupun saya bkn warga negara pakistan dan bangsa pakistan,kalau bab melayan tetamu pula saya akan katakan lebih baik juga kpd pakistan,kalau bab patriotiknya pun pakistan.mana mana orang mereka pergi,keluar negara sekalipun kebanyakannya tetap dgn pakaian kebangsaan mereka,kalau kita pergi umrah atau haji mereka juga ttp dgn pakaian kebangsaan mereka.Tentang kelebihan bangsa pakistan ini lagi ialah kebanyakkan mereka tahan lasak dan ada juga yg mempunyai wajah yg cantik belaka,lelaki ada yg handsome,manakala perempuan mereka pula kebanyakkan lebih cantik dan cun dari perempuan kita dan dari yg ada di area area asean ini,hidung mereka mancung mancung belaka,bibir ada juga yg mengancam,kalau disebelah utara pula boleh jumpa gadis gadis yg bermata biru dan hijau pun ada.cantiknya!
Ok,....adakah bila saya kata begini sya adalah pengkhianat bangsa saya atau pengkhianat negara saya?Terimalah hakikat dlm bab ni bahawa mereka lebih baik dari kita,ini bkn bodek,ini kenyataan,bahawa mereka lbih baik dari kita dlm bab bab yg disebutkan tadi.Sya akur menerima akan kenyataan ini tapi bila masuk bab kahwin pakistan ini,knpa antara wanita atau gadis kita tak boleh pula terima hakikat bahawa banyak buruknya dari baiknya,banyak peratusan risikonya.banyak yg perlu diberi perhatian tentangnya,sedih bila memikirkannya! knapa tak mahu terima kenyataan ini ye?knapa?Ada antara gadis kita kata bkn semua orgnya yg jahat,benar!tapi itu bukan lesen utk membenarkan perbuatan mereka itu sehingga tak perlulah dijadikan panduan atau suri tauladan utk kita.Seperti ditempat kita,bukan semua kita buang bayi,bukan semua kita hisab dadah,bukan semua kita merompak.tapi kalau buang bayi apa risikonya,hisab dadah apa risikonya,merompak apa pula risikonya.Kalau jadi atau kena kat keluarga kita tabahkah kita utk menghadapinya.Ingatlah bukankah kita selalu mendengar pembunuhan pergaduhan huru hara dan bermacam macam masaalah yg berlaku dinegara mereka?bangsa atau warganegara mana Yang terlibat tu,rakyat negara mana tu?bukankah itu juga tanda sikap dan perangai rakyat mereka?berisiko tak?kenapa antara gadis kita berani menerima peratusan besar risiko memilih lelaki pakistan,knapa tak mahu memilih hanya peratusan kecil dlm menerima risiko.Kan kita dah tahu apa risikonya.Itukah pertaruhan dlm percintaaan?kita rasa yg baik shj pada mereka,tidakkah anda tahu apa pula tanggapan lelaki pakistan pula tentang wanita dan lelaki kita lebih lebih lagi dibelakang kita?pernah ke dgr lelaki pakistan ni crita indah dan baik saja tentang kita?
Okay nak crita pula lagi tentang kelebihan dan keindahan bumi pakistan ini.indahnya ialah terletak dibahagian utara pakistan,iaitu kawasan pergunungan,(kalau kawasan selain pergunungan,semua berdebu shj) setakat ini tiada negara diasean yg lebih menandingi kecantikan pemandangannya dari luar,ianya lebih indah dari bali dan lebih indah dari langkawi.Itulah kelebihan bumi dibahagian utara mereka tapi apakah pula kekurangan atau kelemahan mereka?Tang ni lah yg gadis kita jadi "lain macam",itulah yg saya dah kata,knapa kita tak boleh terima hakikatnya?kenapa?Kalau pun kita cerita kelebihan lain pun dan crita yg indah indah sahaja pun tentang mereka dan berjela jela pula panjangnya pun tapi ingatlah bila kita berbalik kpd BAB PERKAHWINAN perempuan atau gadis kita dgn mereka,itu jugalah hakikat yg kita kena terima dari dulu smpai skrg,bahawa sedikit sahaja yg bahagia,sedikit sahaja yg berjaya,terimalah kenyataan ini walau seindah mana percintaan gadis atau wanita kita dgn mereka,walaupun sanggup  membina taj mahal kedua sebagai bukti cinta,ingatlah jgn kerana hembusan cinta mereka kita mengabaikan akan risiko risikonya.

No comments:

Post a Comment