Sunday 25 December 2016

ANTARA LUAHAN PEMBACA BLOG!



Kehadiran 2017 semakin menjelang walaupun ia bknlah yg lebih utama seperti tahun hijrah namun semoga ditahun baru yg akan dtg ini segala perancangan para pembaca yg baik baik diharapkan semuanya berjalan dgn lancar,kpd wanita kita yg menjadikan warga pakistan pula sbgai bakal suami mereka ditahun 2017 mudah mudahan bahagialah hendaknya dgn tiada apa perkara buruk yg berlaku namun diharapkan sgt keputusan yg telah dibuat itu hanya setelah difikir dan dipertimbangkan masak masak agar kebahagiaan menanti dihadapan bersama bakal suami dan bkn sebaliknya.

Mengenai pendirian sya jika ditanya sya ttp tidak mengalakkan mana mana wanita kita utk berkahwin dgn mereka utk menggelakkan sebarang risiko yg akan dtg namun seperti yg telah diberitahu sblm ini ianya bukanlah keputusan yg muktamad bagi sya krn ianya bergantung juga kpd keadaan bakal sisuami yg ingin dikahwini.

Alhamdulillah sepanjang 2 tahun blog ini berjalan sya masih menerima email email dari pembaca yg ingin bertanya dan yg ingin meluahkan perasaan samada dari tanahair atau dari luar,sya ucapkan byk byk trimakasih diatas kunjungan kunjungan email tersebut dan maaf sya pohonkan jika terdapat jawapan atau ulasan email dan apa jua penulisan sya yg menganggu perasaan para pembaca,maaf sya pohonkan sekali lagi.

Diruangan ini sya ingin berkongsi dgn para pembaca mengenai satu email yg sya dpt baru baru ini dan sya siarkan setelah mendapat izin dari pengirim email tersebut,sebenarnya bermacam macam crita yg sya dpt melalui email email yg dihntar dan yg ini adalah salah satu contoh email yg saya rasa turut menumpang sedih krn melibatkan perasaan seorang ibu sehingga jatuh sakit!

Dan inilah pertama kali sya memaparkan email penuh karangan dari seorang pembaca utk dikongsi bersama walhal dlm tajuk blog sblm ini sya hnya memberikan ulasan kpd email shj tnpa memaparkan isi karangan email yg dihntar pengirim.semoga kita semua dpt merenungi salah satu email ini,

selamat membaca!

Sila besarkan gmbar utk membacanya!


Smbungan dari email seterusnya:










Monday 28 November 2016

FAHAMILAH 'RINDU' SISUAMI!







2 Minggu lepas sya ditunjukkan sebuah gmbar yg agak menarik oleh seorang berpangkat abg yg pernah bekerja di usa,canada dan dubai.

Beliau mengajak saya kerumahnya utk ditunjukkan bbrapa buah buku dan majallah majallah mengenai keadaan dibbrapa buah negara termasuk buku buku pengembaraan,
sya membelek majallah national geographic yg dihulurkan dan kmudian saya melihat gmbar yg dimaksudkan.

sya mmg menyedari mmg itulah kisah ragam hidup yg biasa terdapat dibbrapa tempat dipakistan khasnya nwfp provence.

Dari satu segi mmg agak hebat juga kanak kanak pakistan ni krn sejak kecil mereka telah cenderung didedahkan dgn kemahiran membuat senjata ini,hingga terdapat buruh kanak kanak yg digaji utk pembuatan senjata ini,bkn itu shj masa sya belajar dulu pernah sya dibritahu oleh org berasal dari area sana bahawa ada satu jenis senjata yg dihasilkan oleh org mereka yakni ianya berbentuk pen tpi ia bukanlah pen yg sebenar tpi lebih kpd "spy pistol" yg digunakan utk menembak musuh dgn jarak dekat,sungguh kreatif mereka krn mampu mbuatnya.

kalau dilihat didlm peta kedudukan sakhakot ini ianya tidaklah terlalu jauh dari pir baba bunir tempat dimana adanya pelajar malaysia yg pernah belajar disana.

Sebagai seorang isteri dari malaysia yg bakal berada disisi suami dinegara tanahair mereka haraplah menyedari serta memahami dan jgnlah berasa janggal jika melihat suami mereka ada yg berminat bermain senjata krn itu adalah perkara biasa disana,kita mungkin akan merasa takut jika ternmpak sesiapa pun memegang senjata terutama mesingan ditmpat kita apatah lagi jika dipetik dgn mengeluarkan suara yg kuat dan bertalu talu pula tpi tidak disana.

Jika anda berada dinegara suami khasnya kawasan bangsa pattan ni jgnlah takut atau bimbang jika suami anda ada memegang senjata dan membidiknya,anggaplah ianya sebuah rindu yg perlu dilepaskan oleh suami mereka ketika pulang kenegara mereka maklumlah ketika ditmpat kita mmg tiada harapanlah utk suami mereka melakukannya apatah lagi hmpir tiada langsung kedai menjual senjata ditmpat kita berbanding dinegara mereka dimana kedai yg menjual senjata disana perumpamaannya dlm 'suasana keadaan' yg nisbahnya hmpir bersamaan jumlah kedai hardware yg ada ditmpat kita.

Anda sendiri boleh masuk mengunjungi kedai seperti ini utk merasa memegang AK 47 yg masyhur itu disana,itulah satu pengalaman yg boleh ditimba.








Note:
Pashtun adalah bangsa pattan yg menggunakan bahasa ibunda mereka iaitu poshto,tidak seperti kebanyakkan bangsa lain didunia yg menamakan bahasa ibunda mereka mengikut nama bangsa.








Sunday 2 October 2016

BUNIR KG SUAMIKU!

Sanggupkah rutin kerja anda seperti ini ketika dibunir?

                  Mengangkut kayu api:



Alhamdulillah sehari dua lps saya terserempak dgn seorang kawan sya disebuah lobi hotel di ibu negara dipg hari dan dpt berkenalan pula dengan seorang lagi bekas pelajar junior yg pernah belajar dipakistan yg dtg bersama dgn kawan sya tadi namun bknlah sezaman belajar dgn sya dan kwan sya tu,apa yg menarik perhatian ketika kami bersarapan dipg itu ialah saya dimaklumkan oleh kawan sya yg pelajar junior tu belajar di pir baba dibunir iaitu bunir yg dikenali antara tempat top kebanyakkan perempuan kita yg mempunyai suami pakistan,setahu sya dizaman sya dan kawan sya belajar dulu tiada seorang pun student dari tanahair yg pernah belajar disana,sya cuba mencari cari maklumat pengalaman ketika beliau belajar disana,selain itu sya cuba menanyakan hal hal perempuan kita yg mempunyai suami dibunir sana, beliau memberitahu mmg kebanyakkan perempuan kita yg kahwin dibunir sana mahu balik semula kemalaysia,ada yg baru duduk sbln 2 pun dh nk balik krn tidak sanggup berada lama disana,boleh dikatakan kehidupan perempuan malaysia yg duduk disana perlu bertukar hmpir 360 darjah,byk sbb antaranya tiada kebebasan ditambah dgn budaya adat yg berlainan,antara adab perempuan dibeberapa tempat dibunir sana ialah mereka tidak akan makan bersama, setelah melayan lelaki makan barulah perempuan dibenarkan makan,antara lain lagi seperti yg saya pernah dgr sblm ini dan mmg disahkan oleh beliau ialah kehidupan disana mmg amat mencabar bagi perempuan perempuan kita,mereka terpaksa membanting tulang membuat kerja kerja rumah yg tk pernah dirasai ketika dimalaysia,antaranya mengangkut air digunung atau bukit dan kemudian menjinjing dibawa balik kerumah utk diminum seperti juga yg telah sya ceritakan sblm ini,bayangkan perempuan kita yg membasuh kain baju keluarga setiap hari tapi hnya dgn menggunakan tangan sahaja,ambil pula kayu api utk memasak dan membuat lain lain kerja kerja yg berat berat.
Bagi saya jikalaulah perempuan kita sanggup membuat kerja kerja tersebut dgn rela tidaklah mengapa dlm mengharungi kehidupan bersama sang suami tapi persoalannya ialah perempuan kita yg dtg kebunir kebanyakkan hmpir semua yg tidak biasa hidup susah dlm keadaan begitu ketika ditanah air dan sudah tentu ketika berada ditempat suami byk yg tk akan sanggup utk melakukannya,disinilah antara bermulanya konflik,kerja kerja yg sebegini mungkin ianya mampu dibuat oleh isteri yg sudah biasa mbuat kerja kerja agak berat di kg kg ditanahair dan ada juga dgrnya ada perempuan kita yg terus tinggal dibunir tnpa balik kemalaysia berkemungkinan juga dari golongan mereka mereka yg sudah tiada ayah dan ibu lagi ditanahair mahupun ahli keluarga yg telah memulaukan mereka krn masuk islam,ada juga yg terus tinggal disana krn sudah pun berjumpa ciri ciri suami yg diharap harapkan dan itulah antara kelompok kecil yg dianggap bertuah dan ada diantaranya yg sudah pandai bercakap bahasa poshto dan sudah boleh menyesuaikan diri disana dan yg lagi bagus ada perempuan kita melayu disana yg menjadi penterjemah bahasa melayu ke poshto kpd rombongan jemaah dakwah perempuan malaysia yg dtg kesana,syabas!

Mmg seperti dimalaysia jika isteri pulang kerumah emak mertua siisteri akan cuba mbantu emak mertua dirumah mertua tpi kerja dirumah emak mertua dibunir pakistan bkn calang calang tolongnya,lebih lebih lagi jika duduk dirumah sendiri bersama suami dan itulah yg terjadi dan ada perempuan perempuan kita yg pergi mengadu kesusahan mereka setelah gagal utk pulang ketanahair krn tidak dibenarkan oleh suaminya utk balik ketanahair dgn mendatangi ketempat tempat pengajian pelajar malaysia dibunir ini smbil menangis nangis kpd anak anak serumpun ini,bayangkan betapa buntunya mereka utk mendapatkan bantuan kpd sesiapa shj yg dikira boleh membantu mereka disana,amatlah sedih bila melihat keadaan tersebut namun terpaksalah anak anak melayu kita menerangkan yg mereka pun tidak boleh berbuat apa apa mereka cuma dtg belajar shj dan seolah olah tiada faedahnya mengadu dgn mereka dan mereka menyarankan agar pergi mengadu shj ke pihak kedutaan malaysia diislamabad,sbnarnya pelajar ini pun faham islamabad ni bknlah dkt sgt dan pasport isteri bknlah dipegang oleh isteri sendiri bahkan suaminya,begitu juga bkn senang perempuan sana utk keluar rumah tanpa izin suaminya apatah lagi bila mendengar hendak keislamabad pula,ada juga perempuan kita yg akhirnya terpaksa juga meneruskan kehidupan disana dgn menelan segala gala kesengsaraan yg ada apa bila tiada pilihan lain yg boleh dibuat dan menurut kawan sya yg lain ada juga kes pasport isteri malaysianya dibakar agar isteri putus harapan terus utk balik kemalaysia lagi,amat amat tradigik benar peristiwa seperti ini.Beliau mmg tidak brapa bersetuju perempuan kita mengkhawini warga bunir ini atas sbb sbb yg telah diterangkan ditambah lagi perempuan bunir disana dlm adat mereka tidak akan dibenarkan kahwin dgn lelaki luar jadi knpa perempuan kita pula tidak seperti itu,begitu mudah mengambil org luar sbagai isteri mereka tapi perempuan sendiri tidak dibenarkan,tk adil dan tidak samarata katanya.
Mmg jika ada lelaki pakistan yg minta nk berkahwin dgn perempuan kita... cuba test dgn mencabar mereka supaya berani memberi pula perempuan mereka,jgn harap!

Kesimpulannya jgnlah melihat kecantikkan jejaka pakistan ini shj menyebabkan perempuan kita mengkhawini mereka,cntik yg dipandang akhirnya tergolek merana jiwa dan perasaan ditempat suami,sakit jiwa dibuatnya kalau tk betul betul sabar menghadapinya.Jgn lupa juga kes wanita sabah yg duduk dibunir yg sya jumpa dikedutaan malaysia di islamabad ketika belajar dulu yg mengatakan ianya dibuat seperti hmba dgn menyuruh berbuat berbagai bagai kerja ditambah dgn sepak terajang menjadi mainan suaminya ketika mana madunya perempuan bunir pula mendapat layanan yg baik pula dari suaminya.

Wahai perempuan ku malaysia!.........

Fikiranlah,apa yg akan kamu nafikan hari ini krn cinta setia yg dtg dari jiwamu atau internetmu akhirnya esok esok kamu terpaksa mengiakan juga akan kebenaran dan nasihat ini ketika mana titisan titisan jernih airmata kehibaan sudah mula jatuh dinasi yg sudah menjadi bubur.

Antara lain lagi aktiviti seorang surirumah dikg kg dipakistan sana:




Tahi lembu diuli dgn tangan antaranya sebagai bahan bakar,biasa mereka akan keringkan dgn menepek didinding rumah atau tembok atau terus menjemurnya ditanah.



Bukanlah pekerjaan didlm gambar gambar diatas tidak baik,ianya ditunjukkan utk memahamkan wanita kita yg tk pernah atau biasa membuatnya utk difikir fikirkan,jgn krn esok bila disuruh suami melenting pula.

Apapun jika jodoh anda adalah yg terbaik maka bersyukurlah baik senang mahupun susah,krn bila sebut yg terbaik maka sudah tentu anda akan bahagia tak kira dgn sesiapapun atau tinggal dimana pun,kalau tk bahagia tk kan ianya dipanggil yg terbaik kan?

Namun jika ada diantara wanita kita yg inginkan sedikit kemudahan dan keselesaan  jika mengambil keputusan ingin duduk bermastautin disana maka pilihlah suami tk kira bangsa apapun yg duduk dibandar bandar diprovence punjab seperti diislamabad,lahore,multan atau provence sind seperti hyderabad,karachi.
Utk makluman Provence punjab ni yg lebih membangun daripada 3 provence lain dipakistan.
Contohnya seperti dilahore skrg sudah mula membangun dan sudah ada kemudahan kemudahan yg moden dgn penempatan yg bersistematik serta agak sederhana dan mewah dan bersih termasuk dgn kawalan keselamatan.
Pastikan betul betul bakal suami yg dipilih mmg duduk dibandar krn mereka biasanya menisbatkan tempat tempat tinggal mereka dgn menyebut nama bandar yg lebih dikenali walhal tempat duduknya nun jauh dari bandar atau terletak dipekan yg tiada mana sgt kemudahan yg ada.Kalau nk selalu makan ikan atau makanan laut pula kena cari suami yg duduk area karachi la.

Contoh penempatan yg membangun dilahore seperti dibehria town lahore yg dibina baru shj setahun 2 lps,zaman sya belajar dulu blm ada pembangunan yg agak systematik dan yg agak moden seperti ini walaupun dinegara lain sudah lama ada dan tidak asing lagi.






Videonya:







Wednesday 28 September 2016

TINJAUAN SEMULA PISAU CUKUR KARACHI!


MENINJAU SEMULA KES YANG PERNAH BERLAKU SEBELUM NI!


KUALA LUMPUR: Dia dipaksa menggugurkan kandungan, dibawa ke negara asal suaminya hanya untuk melihat lelaki itu berkahwin dengan wanita lain dan kini, terpaksa pula menanggung hutang kad kredit serta pinjaman bank RM120,000 yang dibuat warga asing itu menggunakan namanya.
Itu antara penderitaan seorang peniaga wanita selepas berkahwin dengan lelaki Pakistan yang mempunyai niat tersembunyi mahu mengikis hartanya dan mempermudahkan diberi taraf pemastautin tetap (PR).
Peniaga pakaian itu yang hanya mahu dikenali sebagai Hayati, 47, berkata perkahwinan dengan Mat Pakistan berusia 44 tahun itu yang kedua baginya selepas perkahwinan pertama dengan lelaki tempatan gagal.
“Hubungan kami bermula sebagai rakan sekerja. Ketika itu, dia tak punya sebarang harta dan antara kami tidak wujud perasaan cinta, sebaliknya lebih kepada perasaan mahu melengkapi hidup antara satu sama lain.“Saya setuju menerima lamarannya mungkin kerana masih kecewa dengan kegagalan perkahwinan pertama,”katanya ketika mengadu kepada Pegawai Khas (Ibu Tunggal), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Khaty Kassim, baru-baru ini.


Kedudukan Karachi:




Friday 26 August 2016

KAHWIN SEPUPU PALING RAMAI!


               Antara weeding hall disana:









Sesama keluarga terdekat mereka berkahwin utk menguatkan lagi perhubungan persaudaraan,cara biasa yg dh lama berkurun diamal disana.





Mmg kebiasaan dipakistan lumrahnya majoriti yg dah berkahwin umumnya ialah dgn sepupu sendiri seperti mana yg telah sya terangkan sblm ini,ianya sudah menjadi semacam adat disana selari dgn kebanyakkan masyarakat disana yg lebih mempercayai keluarga terdekat berbanding org diluar kelompok keluarga,manakala yg tinggal bermastautin diluar negara shj yg ada berkahwin dgn org diluar kepompong sendiri,namun adakalanya bila sudah balik bermastautin dinegara mereka sendiri dan ingin berkahwin lagi mereka akan menjeguk jeguk kembali saudara sepupu mereka,mmg ada juga org disana yg berkahwin bkn dgn sepupu namun bilangannya amat amatlah terhad atau 'limited edition'  dan lebih kpd up to date person atau kalangan lelaki yg agak lebih modern yg bersifat keterbukaan.

Wednesday 10 August 2016

SAYA DARI PESHAWAR!




ISLAMIA COLLEGE AND UNIVERSITY PESHAWAR

  Saya dari peshawar !itulah jawapan yg biasa diberi oleh bangsa pattan yg kerap mengkahwini warga kita bila sya bertanyakan dari area mana mereka tinggal dipakistan,kebiasaannya sya tidak gemar memperkenalkan diri sya sebagai bekas pelajar dinegara mereka dan berbahasa urdhu dgn mereka cuma dlm hal hal tertentu shj akan sya ckapkan,lagipun bkn semua bangsa pattan ini boleh berbahasa urdhu,namun adakalanya sya cuma akan kata sya pernah kesana bila ditanya,dipeshawar sendiri sya pernah tinggal selama 3 hari dan turut berjumpa dgn seorang pelajar dari singapore ketika melawat islamic collage,sempat juga sya tidur sehari disitu.
kebiasaan org pakistan yg dtg dari area bunir yg menjaja pakaian atau membuka kedai perabot ditempat kita akan memberikan jawapan sebegitu krn mereka rasa rakyat malaysia ni hnya tahu peshawar shj berbanding tempat lain disana,namun amat tidak logik krn kedudukan peshawar kebunir bknlah dekat bahkan berjam jam perjalanan dan beratus ratus km jaraknya,jarang sgt sya berjumpa puak pattan dari buner yg mengatakan mereka dari islamabad walhal kedudukan islamabad kebuner berbanding peshawar adalah lebih dekat sedikit,mungkin krn islamabad bknlah bandar kaum pattan berbanding peshawar yg hmpir keseluruhannya didiami kaum pattan.Sya pernah singgah di rnr ayer keroh dan bertegur sapa dgn pencuci tandas yg berbangsa pakistan,ia juga dari buner tpi pada mulanya mengaku dari peshawar,bila sya tnya peshawar area mana dia kata dari area mardan,nk tergelak pun ada,agak agaklah kalau nk jwap pun,mardan tu bkn dlm peshawar tpi nun jauh beratus km jugak dari peshawar,namun mmg dh tk jauhla dari buner tpi bkn dipeshwar,mardan ni kedudukannya pun jauh terasing disebelah timur namun agak keatas sedikit arah keutara pakistan manakala peshawar kesebelah barat pakistan,akhirnya kawan sekerjanya dtg dan menyampuk sebenarnya ia dari buner,lps ni kan jika ada org pattan mengaku dari peshawar terus je shortcut tnya dari buner ke,jika tidak mengaku mmg betullah bkn dari buner tu.beza org pattan ni kulitnya cerah sedikit berbanding yg dtg dari area islamabad krn islamabad ni dlm punjab,ada sikit sikit gelap tpi bkn semua,yg putih comel pun byk.

Kepada wanita kita yg memilih jejaka dari peshawar ni boleh search di google info tentang peshawar ni namun peshawar bknlah bandar yg agak maju sgt atau area yg mempunyai bangunan yg tinggi tinggi,ia adalah bndar org pattan dan mempunyai jumlah penduduk yg ramai,disinilah dulu kes gadis melayu yg lari berlindung setelah dianayia suami bunernya.Dipeshawar juga anda boleh jumpa tempat membuat senapang,pistol,mesingan selain dari kedai kedai menjual senjata dan utk makluman penguatkuasaan undang undang disini lebih lagi dlm bab senjata sedikit susah dan longgar berbanding di provence lain dipakistan lagi pun byknya org luar terutama muhajir dari afghan dipeshawar.
Jika ingin melihat 'suasana pekan koboi' sila keluar dari bandar peshawar dan naik bas ke dara. ( Dara Adam khel)
Jgn takut pulak atau seram sejuk bila sampai sana,semua org yg anda nmpak semua pakai senjata dari klanshinkov AK47 smpai pistol dipinggang,cuma 'koboi' sana tk pakai topi tpi kopiah,dulu mmg ada sekatan jln sblm masuk kesana,skrg tk tak tahulah,lps tu kalau apa berlaku disana pandai pandailah selesaikan sendiri ye,maklumlah black area.

Apa pun dari segi pembangunan peshawar kini bknlah 100% sama macam penshawar yg seperti dulu,ianya sudah mula bangkit utk membangun walaupun terlalu lembab dan masih blm dpt menandingi bandar bandar besar lain seperti diprovence punjab pakistan.

MARI KITA LIHAT SELAIN SUASANA DIPESHAWAR KITA BOLEH JUGA LIHAT APA YG ADA BERLAKU DISANA,JIKA MEREKA BERKATA MEREKA LEBIH BAGUS DARI KITA TUNJUKKAN VIDEO INI KPD MEREKA:

Sila klik:

https://youtu.be/NMp2wm0VMUs

Sunday 17 July 2016

HONOUR KILLING!

'Pembunuhan terhormat' terus menerus berlaku bagai tiada kesudahan sejak dulu kini dan entah smpai bila,walaupun telah dibantah oleh kebanyakkan kaum perempuan disana namun terus menerus terjadi,kini mangsa terbaru adalah seorang celebrity model terkenal pakistan yg dibunuh oleh abg kandungnya sendiri.Tanpa rasa takut dan malu beliau terus menceritakan kpd wartawan bagaimana ia membunuh adiknya pada jam 11:30mlm dan respon dikalangan org awam yg ada dikalangan mereka memberikan pujian diatas perbuatannya krn pembunuhan demi maruah keluarga adalah pembunuhan yg terhormat disana.

               










Monday 20 June 2016

APAKAH YANG INGIN DIUCAPKAN LAGI?

Hanya Doa kupohonkan,agar wanita kita semuanya selamat disana!



Dari dulu,kini dan smpai bilalah agaknya kes pembunuhan kononnya demi maruah keluarga ini akan selesai?kan org pakistan yg berniaga ditanahair kita kata negara mereka islamnya bagus dari malaysia!

Alhamdulillah! Walaupun kita dianggap negara yg agak sosial dari pandangan org pakistan sanggupkah org kita melakukan perkara sebegini?ini smpai 4 angka jumlah yg dibunuh setiap tahun atas perkara kononnya demi maruah keluarga ini.Yg tk dilaporkan berapa pula kes?

Perempuan kita nmpaknya yg bersuami pakistan ni kena berhati hatilah kalau tinggal disana ye,jgn smpai terbabit sama terkena dgn fenomena mangsa maruah keluarga disana.






Saturday 14 May 2016

KES MEMBUNUH DIRI JUGA BIASA BERLAKU!





Sedih......Yang membantu pun jadi mangsa

Kerana budaya yg sebeginilah adakalanya membawa dua insan yg bercinta sanggup membunuh diri dari jatuh ketangan org lain atau sikekasih sudah dirampas oleh org lain:

         Cara mudah utk bunuh diri:

        Letak leher diatas rel keretapi:



Letak badan diatas rel keretapi:





Pengalaman saya sendiri dimana ketika keretapi yg sya naiki dari lahore ke rawalpindi yg mengambil masa tempoh berjam jam perjalanan telah melanggar satu org yg nekad membunuh diri dan kmudian slps keretapi melanggar org tersebut sya dpt melihat mayat org lelaki itu tertiarap diatas rel keretapi dan bila polis mengangkat mayatnya maka apa yg sya nmpak ialah bahagian depan kepala dan bahagian mukanya terbelah dua.



DIBAKAR HIDUP HIDUP KERANA MEMILIH LELAKI PILIHAN SENDIRI:

( berat rasanya nk ckap disini,tpi inilah hakikatnya kononnya demi maruah keluarga.... dgn tangan ibunya sendiri ia dibakar)



Umur mangsa ini seperti yg ditulis adalah 18 tahun.


Ada org sana kata ini pembunuhan terhormat demi maruah keluarga,kejadian ini berlaku dilahore,

Sblm itu baru sahaja berlaku kes di murre dimana seorang gadis perempuan juga dibakar hidup hidup oleh seorang lelaki dan kawan kawannya krn menolak pelawaan dari org lelaki itu yg ingin mengkahwininya.

Terdapat juga kes seorang gadis perempuan yg nk mati lemas bapanya tidak membenarkan org awam menyelamatkan anaknya krn tidak mahu maruah anak perempuannya dicalar dgn mana mana anggota anaknya di pegang utk diselamatkan dan akhirnya anaknya itu pun mati lemas.

Friday 6 May 2016

SUASANA DIPAKISTAN!


Adakalanya mengunjungi negara ini melahirkan perasaan bersyukur kita kpd bumi yg bertuah kita yg subur dan agak senang yakni malaysia,tidaklah terlalu susah payah utk berkongsi hidup sesama kita dgn segala kemudahan yg ada ditempat kita dgn pengurusan yg sistematik dan moden.
Jika kita kenegara mereka betapa susah dan payahnya rakyat mereka bekerja utk menampung hidup dibumi sendiri,lagipun jkm atau jabatan yg menyara secara bulanan utk warga emas,oku,dll. tiada dinegara mereka,melainkan golongan yg berpencen shj.

Namun adakalanya negara pakistan agak bertuah krn kecantikan northern areanya membuat pakistan boleh senyum dari kata kata negara yg hnya berdebu shj,seperti diarea provence sind,punjab,balochistan.
Kepada wanita kita yg mempunyai suami di northern area,jika balik ke kg suami pastilah tk dpt melupakan pemandangan yg indah itu,lebih lagi tiadanya trafik jem atau bunyi bising hond bas atau lori seperti mana dipekan atau bandar bandar dipakistan.Utk makluman setakat ini jarang sgt sya dgr perempuan kita yg kahwin dgn lelaki yg betul betul duduk bermastautin dinorthern area ini (gilgit baltistan) maklumlah sya sendiri pun setakat ini pun susah utk berjumpa mana mana org pakistan yg bekerja atau berniaga dinegara kita ini yg datang dari area tersebut.Entahlah apa sebabnya, mungkin diorang ni agaknya lebih suka duduk negara sendiri atau bekerja dinegara eropah yg bergunung ganang selari dgn pemandangan seperti ditempat mereka kot.Wallahualam!
(gilgit - baltistan)










Nationality:
Keindahan suku kaum dgn budaya dan pakaian masing masing 






       Pengangkutan dgn kos yg murah:



Kurangnya pengawasan:


Sedih akan keadaan warga emas ini namun hidup perlu diteruskan dgn mengambil upah membawa brg brg:








Buruh kanak kanak juga banyak disana:





Meniaga tk kira menggunakan jenama apa pun:



-------------------------------


RAGAM!

Naik motor bawa kaldai bkn kmbing,kalau naik keretapi disana adakalanya anda boleh melihat kmbing pun dibawa naik dlm koc penumpang.




Kreatif peminta sedeqah dikarachi ni:

Minta sedeqah dgn 2 kaki yg tk boleh bergerak,perlahan lahan bergerak seperti siput:


Dgn kepala teranguk anguk dan tangan terketar ketar:


Selesai operasi je terus sembuh dan dah boleh jln mcm biasa,esok pg kaki lumpuh balik,begitulah seterusnya:


Videonya: