Saturday 28 February 2015

PAPER FEBRUARY 2015

Apa kata harian metro?

Sila besarkan gambar utk baca keratan akhbar:



KES WARGA PAKISTAN 'KAHWIN' SEHARI:
(Klik dibawah)






RENUNGKANLAH DAN FIKIRKANLAH!


Ingin saya utarakan semula sama seperti pandangan saya sebelum ini agar gadis atau perempuan kita yang ingin berkahwin agar memilih utk berkahwin dengan lelaki warga tempatan atau jalan terakhir barulah memilih dengan lelaki warga luar yang bukan hanya permastautin tetap diatas kertas sahaja bahkan yang memang ingin menetap terus didalam negara kita.
Ingatlah jika apa apa perkara yang tak mahu diingini berlaku pada masa akan datang,kita masih punyai tempat berlindung.mmg saya akui sepak terajang, tumbuk,pukul, kena tipu dan macam macam masalah dan sikap buruk suami ada juga berlaku dikalangan warga kita sendiri,maka setelah kita anggap lelaki melayu tak boleh diharap lagi lalu kita pun berputus asa dan mencari "selera baru" dengan mengkahwini warga pakistan,sedar dan perasankah kita apa yang buruk jika ianya berlaku ketika itu kita masih disini,ketika mana kaki kita masih berpijak ditanahair sendiri, tempat dimana adanya adik beradik kita, tempat adanya ibubapa kita,pakcik atau makcik kita,sanak saudara kita dan tempat tinggal kawan kawan kita yang mana tempat utk kita berbincang atau meminta pertolongan,hakikat berada dinegara sendiri yang kita mmg tahu akan asam garamnya, tahu selok beloknya tapi bagaimana pula jika kita di anayia seperti dikurung, diterajang, disepak,ditumbuk,ditampar,dipukul,dizalimi sehingga disorok atau dirampas atau dikoyakkan akan passport kita ditempat suami yang beribu ribu batu jauhnya?siapakah yg begitu ehsan yang akan segera naik flight untuk membantu kita?Adukan kepada pihak berkuasa dinegara sana?maaf! Sya tak mahu lagi komen tentangnya.
Janganlah kita menolak 100% yang perkara itu tidak mungkin terjadi kepada kita,kita tidak pernah memikir kebarangkalian,walhal kes ni hampir kerap berlaku diantara wanita kita dengan warga pakistan disana,bayangkan!alangkah dengan warga kita sendiri yang sebangsa,sebahasa, seagama, senegara,sebudaya, seadat pun kita boleh tumbang apatah lagi dengan bangsa tak se se dgn kita!
Ada juga yg dengarnya okay je berkahwin dengan warga Pakistan ini,alhamdulillah!(peratusan kecil) namun ada juga yg berantakan kemudiannya walhal beberapa tahun sebelum itu amboi manis manis sahaja,dulu dulu menganggap mereka yg mahu menolong dgn menghalang mereka adalah seolah olah sebuah tembok batu yg memisahkan kasih dan sayang antara 2 insan.Kini dgn ikatan yg kononnya kasih itulah anda disepak dan diterajang.

Sekali lagi saya bertanya adakah perkara buruk semacam itu ianya ada juga berlaku dengan sesama warga kita sendiri?benar!ada juga tapi dgn kes yang bersekala kecil,tapi ingatlah dimanakah agaknya yang mudah sedikit untuk diuruskan jika perkara ini berlaku?Adakah ketika ianya berlaku ketika itu kita berada ditanahair sendiri atau ianya berlaku ketika kita berada dinegara suami kita yang budaya hidup,adat dan undang undangnya juga tidaklah sama.tahukah anda betapa rumitnya urusan penceraian bila suami warga pakistan meninggalkan kita begitu sahaja,menunggu penderitaanlah jawapnya utk perkahwinan yg kedua pula.

Dalam hal ini saya bercerita pasal warga Pakistan sahaja,Bukankah blog ni tajuknya hal hal tentang perkahwinan dengan warga Pakistan, tentang warga lain dari itu anda nilailah sendiri berdasarkan pengalaman atau berita berita yang anda sendiri dengar,saya tak mahu menjawabnya samada sama jugakah perangai dan sikapnya atau berlainan pula dengan warga pakistan ini?sekali lagi saya tekankan bahawa cerita yang dipaparkan diblog ini hanya tentang pengalaman saya dengan warga pakistan,tiadalah dibuat buat atau ditokok tambah akannya!

Ada yang mengatakan bukankah isteri kena ikut suami jika berkahwin dengan lelaki pakistan?kata org berani buat beranilah tanggung risikonya jika ada!benarlah kenyataan itu tapi benar utk suami yang benar benar okay la,yang mana kalau sampai balik dan tinggal dan bermastautin dinegara suami pun adakalanya patut diikuti tapi syaratnya setelah jalan yg boleh mendatangkan masaalah disana betul betul telah dijauhi,itulah pengorbanan seorang isteri,itulah apa yang telah dilakukan oleh ramai perempuan yang kebanyakkan samada dari negara kita dan juga rakyat dari negara jiran yang lain,yang mana sanggup mengahwini lelaki pakistan ini dengan harapan besar untuk menemui sinar bahagia namun akhirnya ianya cuma kesedihan dengan berendam airmata,disusuli pula dengan tangisan kehibaan dan kelukaan menemui pula siisteri setelah pengorbanan besar dan hebat termasuk pengorbanan perasaan yang telah dilakukan oleh siisteri tidak dihayati pula dan tanpa pernah direnungi dan diinsafi oleh sisuami yang beristerikan perempuan malaysia ini.
Sanggup tak anda sebagai siisteri menemui kesudahan sebegini?boleh tahan tak anda untuk mengharungi penderitaan ini?percayakah anda 100% pada suami anda kahwini ini?jika benar suami anda mmg seorang yang terlalu baik dan pandai menghargai dan kuat memegang janji,silakan jika diajak bermastautin disana!mudah mudahan jadilah anda isteri yg solehah hendaknya dengan pengorbanan anda itu,amin!
Namun jika suami pakistan anda bukanlah golongan yang sebegitu atau tidak semudah itu untuk dipercayai maka tetaplah anda dalam keadaan yang sedia ada sekarang.Dipakistan pun ada syariat yang mengatakan " apna jan ko hifazat karna be fardz he" = Menyelamatkan diri sendiri (dari Kebinasaan) adalah juga fardu.

Kakak melayu yg mempunyai 2 org anak dgn suami pakistan yg pernah saya jumpa diembassy malaysia (sekarang pesuruhjaya tinggi) diislamabad dulu pernah memberitahu betapa suami pakistannya menyeksanya dan suka berjanji janji yg tak pernah ditunaikan serta membuat ia seperti hmba abdi dan kuat berbohong.
Ada juga kes suami pakistan yg mana dimalaysia berjanji bila smpai pakistan akan turut apa yg dijanji tapi bila sampai tempat suami lain yg jadi,janji tinggal janji.yg penting siisteri
telah selamat "dimastautinkan"

Monday 16 February 2015