Saturday 5 December 2015

SURAT YANG TERDAMPAR!




Teringat akan saya kisah yg berlaku ketika sya dan rakan rakan senegara menuntut dulu.Tempat kami belajar adalah merupakan bandar ke2 terbesar dipakistan slps karachi dan antara bandar yang banyak historicalnya dan disinilah tempat asal tinggalnya perdana menteri pakistan nawaz sharif seorang ahli perniagaan yg antaranya mempunyai beberapa kilang kain serta mempunyai harta dari perbagai industri lagi dan diantara org yg kaya dipakistan sblm menjadi menteri lagi yg ketika itu masih memegang jawatan chieff minister atau lebih dikenali sebagai menteri besar ditempat kita.Itulah pertama kali sya dapat melihat wajah beliau secara dekat ketika beliau turun dari kereta utk menghadiri solat jumaat,bersama beliau dtg ketika itu tiada siren polis tapi penuh satu jeep dgn bodyguardnya yg memegang pelbagai senjata antaranya mesingan yg tempat taruk pelurunya mcm tin biskut yg berbentuk bulat tu.
Simple sahaja 'kopiahnya' hnya perlu mengeluarkan sapu tangan dari dlm poket dan terus mengikatnya diatas kepala,sempat juga seorang budak perempuan meminta autograf darinya ketika ia nak masuk kereta utk meninggalkan perkarangan masjid selepas solat jumaat,dari apa yg sya tengok beliau dtg bknlah secara rasmi hanya dtg utk solat jumaat sebentar sahaja.
Tidak lama slps itu beliau dilantik menjadi prime minister pakistan.

Apa yg saya nk tumpang cerita disini ialah kejadian yg berlaku dihostel penginapan kami.Disinilah juga pengalaman kami merasa gempa bumi buat pertama kali sebelum subuh yg mana ketika itu gempa yg terkuat berlaku diafghanistan namun hujung ekornya terasa smpai ditempat kami.Ada kawan yg sedang solat malam ketika qiam bergoyang goyang sedikit qiamnya dan ada yg tidur diatas katil berhayun hayun pula katilnya,semacam je rasanya gempa bumi ini maklumlah tk pernah rasa ditempat sendiri namun mujurlah tiadalah berlaku apa apa yg merisaukan hanya sedikit jaluran rekah cat didinding hostel.

Antara pengalaman yg tak dilupakan ialah terdapatnya sepucuk 'surat misteri' yg  terdampar lebih kurang dua minggu lamanya dihostel kami yg hanya dihuni oleh foreigner student.Tiada siapa yg nk ambil tahu tentang surat tersebut.Ini memandangkan surat itu tiadalah seorang pun yg ada namanya tertulis seperti disurat itu dan yg peliknya juga ianya dialamatkan bkn kepada alamat ditempat kami.Persoalan yg bermain difikiran kami ialah bagaimana surat itu boleh berada disitu?apa yg kami akur memang surat itu datangnya dari tanahair dan tertulis nama tempat diselatan johor dibelakang surat,surat itu menggunakan earogram iaitu jenis surat tanpa sampul yg hanya perlu menulis diatas kertas surat itu dan setelah menulis terus lipat dan hantar.Aerogram inilah kos yg paling murah dizaman kami utk menghantar surat ketanahair.Bercerita tentang kisah surat tersebut yg hadir tanpa diundang itu pula,... setelah merisik dari kawan kawan akhirnya tahulah saya bahawa surat itu diserahkan oleh posmen yg tak menjumpai pemilik seperti alamat yg tertulis.Pening juga tengok perangai posmen ni dh tahu tak jumpa knpa kami pula yg jadi mangsa alasannya ini surat datang dari malaysia.Tak logik betul!
Oleh kerana itulah tiada siapa yg ingin ambil tahu tentang surat itu krn kami bkn pemiliknya,namun bila hari berganti hari,minggu berganti minggu akhirnya terlintas oleh kami apa yg perlu dibuat terhadap surat tersebut.
Akhirnya kami membuat keputusan setelah mendapat kata sepakat dari kawan kawan utk melihat isi didlm surat tersebut kalaulah ada alamat penuh yg tertulis yg boleh dihubungi utk memaklumkan tentang situasi surat itu kpd penghantar yg sebenar,dengan sedikit istighfar (maklumlah buka surat org) kami dpt membaca alamat yg tertulis dan yg menarik perhatian kami ialah isi kandungan surat tersebut yg agak menarik bahasanya yg tertulis dalam bahasa inggeris beserta secebis gambar sicomel yg ditampal diaerogram tu dan dari siapakah surat itu dikirim dan kepada siapakah ia dikirim.
Setelah membaca surat yg berjiwang jiwang tersebut kami pun mengambil keputusan utk membalas surat tersebut sambil meminta maaf banyak banyak kerana telah membuka surat tersebut.

Insha Allah bersambung..........


Sambungan (date:19 jan 2016.... maaf krn lewat )

Kawan kami dari kelantan telah ditugaskan untuk mengirim "surat pemberitahuan".Beliau telah menulis diatas kertas dari buku yang dikoyak dalam buku latihan,kemudian arahan telah diberikan agar alamat pengirim ditulis didalam surat tersebut dengan tujuan kalau kalau ada perkara penting yg mungkin ingin ditanyakan oleh penerima jika ada,namun tiadalah harapan besar yg kami harapkan melainkan lebih mengharapkan agar surat dari kami selamat mendarat kepada penerima.

Selang hampir 2 minggu kemudian kami menerima balasan dari tarikh surat tersebut yg kami kirim.

Kawan kami yg menulis surat beserta nama samarannya sebagai pengirim surat telah membuka surat balasan dari tanahair itu,setelah membacanya seorang diri beliau telah menyerahkan surat tersebut utk bacaan kami pula dan dari isi surat yg kami baca itu kami melihat surat itu telah ditandatangani lebih kurang 12 org pelajar yg sedang menuntut pada tahun yg mana mereka akan mengambil peperiksaan spm dalam 3bulan lagi dari tarikh surat tersebut.Menarik juga krn isi surat itu menyatakan pada mulanya mereka menyangka bahawa surat itu pasti dari bf mereka yang berada dipakistan tapi alangkah terkejutnya mereka bila mereka membuka surat dari kami dan mendapati bahawa surat itu bertulis dalam bahasa malaysia,setelah membaca surat tersebut barulah mereka faham akan isi kandungannya.

Adakah mereka marah kepada kami krn membuka surat dari mereka?

Alhamdulillah!Rupanya tidak..bahkan mereka mengucapkan berbanyak terimakasih diatas kehadiran surat dari kami dan mereka bersyukur krn surat dari mereka yg tersesat dan yg tak diundang itu sampai kpd pihak kami.

Setelah membaca surat dari kami katanya mereka agak takut dan sedih diatas isi kandungan surat yg kami hantar beserta gambar seorang perempuan yg disembelih hidup hidup dirumahnya.Sengaja kami hantar keratan gambar tersebut beserta ceritanya yg kami ambil dari newspaper tempatan yg berbahasa urdhu sebagai bukti,tak lupa juga coretan yg dipaparkan tentang kisah kisah benar penderitaan yg berlaku diantara perempuan malaysia yg berkahwin dgn lelaki pakistan diwaktu itu.

Selain berterimakasih mereka memberitahu bahawa syukurlah percintaan mereka belum smpai ketahap yg benar benar serius dan mereka mengenali jejaka pakistan tersebut melalui panpal.

Mereka minta kami agar dpt menghantar lagi gambar sebagai bukti dari keyakinan mereka 99.99% menjadi kpd 100%,akhirnya kami mengirim tentang komplot rampasan kapalterbang yg dirancang oleh org mereka yg mana akhirnya mereka semua ditembak diairport changi singapura dan akhir kata kami harap mereka tk perlulahlah membalas surat tersebut pula memandangkan mereka akan menghadapi peperiksaan spm yg semakin hampir dan kami mengharapkan agar mereka menumpukkan sahaja perhatian kpd peperiksaan tersebut.

Apakah pula isi surat jiwang yg mereka hantar kpd bf pakistan mereka sblm ni?
Rasanya tak perlulah saya ceritakan disini,Apapun Mmg kelaslah penulisan budak budak spm ni!

Sekian!


# nota:

Secara ikhlas bertanyalah kpd mana mana bekas bekas pelajar malaysia yg pernah belajar disana dlm bidang apa jua pun,tak kiralah jika anda jumpa dimana mana pun secara bersemuka atau melalui internet,Anda jgn terkejut krn setakat ini yg saya jumpa sama sahaja semuanya iaitu mereka memberikan pandangan yg agak negatif bagi perempuan malaysia utk berkahwin dgn jejaka pakistan.Cubalah fikirkan kenapa ye?Pelajar yg mengatakan sebaliknya pula blm pernah lagi saya mendengarnya setakat hari ini dan berjumpa dgnnya jika ada.

NAMUN saya tetap berpandangan bahawa menghalang bknlah keputusan muktamad tapi saya mmg tidak menggalakkan!