Friday 26 February 2016

APAKAH YG TELAH BERLAKU INI?


Video ini memaparkan sesaorang sedang memukul beberapa org,nmpaknya mcm suasana diladang,sudahlah kena murgha punishment (denda ayam) atau diistilahkan 'kan pakro' ditambah pula rotan yg dibantai ke punggung beberapa kali setiap seorang.

Adakah lelaki itu adalah seorang majikan dan yg dirotan itu adalah pekerja pekerja ladangnya? ( maaf,tk berapa jelas butir percakapannya , bahasa yg digunakan semacam bahasa kaum sendiri dan bkn urdu)

Tak kira lah umur berapa pun samada yg muda ke yg tua ke,semua kena rembat.

Jikalaulah benar ia seorang majikan masih wujud lagikah sekarang zaman yg dipanggil zaman jahilliah ni?Ada lagi ke seorang pekerja dianggap seperti hamba abdi hingga didenda dan dipukul majikannya sebegitu rupa?
Kenapa mereka ini tidak membantah atau melawan.

Apapun kisah yg berlaku dan siapakah dia orgnya adakah perbuatan denda ayam ini dilihat denda yg 'sopan' kpd org dewasa khasnya kepada org tua.Cuba lihat ada org yg lagi tua yg sdg menunggu giliran utk dirotan hingga terduduk krn lenguh dgn 'denda ayam' tu.

Inilah antara ragam yg berlaku dipakistan.

Fikir fikirlah sendiri,budaya sopan dan santun ditanahair kita yg lebih baik ke atau dipakistan dgn sikap org mereka yg kasar?








Budaya murgha punishment 

Dimana mana pun ada:




Disekolah pun ada:


Dimadrasah pun ada:


**************

Agak agaknya bagaimana pula siisteri disana didenda pula oleh suaminya?

Adakah perempuan kita yg berkahwin dengan rakyat mereka dan bermastautin disana boleh menerima nasib yang serupa disebabkan denda ayam ini adalah budaya denda yg ada dimana mana disana?


Juga utk kaum perempuan!















Thursday 25 February 2016

Monday 22 February 2016

SENGSARA DIKEMUDIAN HARI

SENGSARA BERSUAMIKAN LELAKI PAKISTAN

Tarikh paper: 22feb 2016



SUHANA mengetahui suaminya itu mempunyai seorang perempuan simpanan selepas membaca kiriman mesej menerusi aplikasi WhatsApp.


SEKALI imbas, wajah wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Suhana itu kelihatan persis bintang Bollywood ditambah lagi dengan gayanya yang gemar melawa.
Pada mulanya, kru Jurnal menyangkakan wanita secantik Suhana pasti tidak menghadapi sebarang masalah dalam kehidupan tetapi sangkaan itu ternyata meleset apabila dia mula berkongsi cerita mengenai perkahwinan yang terkandas selepas 10 tahun berkahwin.
Memilih seorang lelaki Pakistan sebagai suaminya merupakan pengalaman pahit yang pernah dialami Suhana sepanjang hidupnya.
“Kami diperkenalkan oleh seorang rakan. Ketika itu, dia menjalankan perniagaan perabot import yang diusahakan bersama rakan kongsinya, manakala saya pula bekerja sebagai eksekutif pemasaran di sebuah syarikat swasta.
“Saya mula mengenalinya sejak berusia 27 tahun lagi sehinggalah kami mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga selepas lima tahun berkawan,” katanya yang berasal dari Kuala Lumpur.
Berubah sikap
Jelasnya, perkenalan yang diatur oleh rakannya itu mula menimbulkan bibit-bibit cinta antara mereka.
“Sikapnya yang ramah membuatkan saya selesa bersamanya. Selepas tiga bulan berkawan, saya membawanya bertemu keluarga tetapi ibu seakan-akan tidak dapat menerima hakikat kami menjalinkan hubungan.
“Perhubungan kami ditentang oleh emak saya kerana dia tidak mahu bermenantukan warga asing,” ujar ibu kepada dua orang anak itu.
Suhana berkata, bermacam-macam perkara dilakukan untuk meyakinkan keluarga dan akhirnya mereka akur juga dengan keputusannya untuk menjadikan lelaki Pakistan tersebut sebagai suaminya.
“Kami berkahwin dan dikurniakan dua orang cahaya mata yang berusia sembilan dan tujuh tahun. Pada permulaan perkahwinan, segala-galanya indah tetapi disangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari apabila suami mula berubah sikap. Dia sering tidak pulang ke rumah apabila saya disahkan menghidap kanser payudara ketika berusia 37 tahun.
“Ketika itu, dunia saya seakan-akan gelap apabila mendapat tahu berita tersebut,” jelasnya sambil memberitahu, dia bertemu dengan pakar untuk mendapatkan rawatan susulan.
Kerjaya stabil
Tambahnya, selepas pemeriksaan, dia bersyukur kerana kanser yang dihidapinya berada di peringkat awal dan masih boleh diselamatkan.
“Selepas menjalani pelbagai cara untuk menyembuhkan penyakit ini, akhirnya saya disahkan bebas daripada kanser. Kegembiraan itu tidak kekal lama apabila mendapat tahu suami sebenarnya mempunyai seorang isteri di kampung halamannya.
“Sejak mula berkawan sehinggalah berkahwin, saya tidak pernah mengetahui saya sebenarnya hidup bermadu sehinggalah menjumpai dokumen berserta gambar perkahwinannya yang terdahulu tersimpan rapi di ruang pejabatnya di rumah kami” katanya yang tergerak hati untuk memasuki ruang pejabat suaminya itu ketika dia tiada di rumah.
Ujarnya, dia menuntut penjelasan mengenai perkara itu kepada suami dan akhirnya lelaki Pakistan itu mengakui yang dia sebenarnya memang mempunyai isteri di kampung.
“Bukan itu sahaja, saya juga mendapat tahu yang dia sebenarnya mempunyai seorang perempuan simpanan selepas membaca kiriman mesej menerusi aplikasi WhatsApp di telefon bimbit miliknya.
“Tidak hairanlah dia sering berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dengan alasan urusan perniagaan tetapi rupa-rupanya ada udang di sebalik batu,” ceritanya lagi.
Katanya, satu demi satu rahsia suaminya itu terbongkar menyebabkan Suhana nekad memfailkan perceraian dan hak penjagaan kedua-dua anaknya itu diperoleh Suhana.
“Saya bersyukur kerana masih mempunyai kerjaya yang stabil untuk menyara kehidupan kami anak-beranak. Jika diikutkan, bekas suami pernah menyuruh saya berhenti kerja untuk menjadi suri rumah sepenuh masa tetapi saya menolaknya,” ujar Suhana mengakhiri bicara.

Link kisah ini di harian metro:


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0215&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_05.htm




Ulasan saya:

Begitulah antara perkara yg biasa berlaku bermenantukan warga asing,Kononnya silelaki mengaku bujang walaupun sebenarnya isteri kesayangan ada ditanah tumpah sisuami,isteri warga pakistan yg lebih melecun.Fikirlah apa motif nk sgt dgn perempuan kita.
Ada juga bbrapa org yg bertanya kpd sya bgaimana utk mengetahui samada jejaka pakistan yg ingin dimiliki mmg seorang yg bujang,soalan ini sebenarnya bagus utk kepastian agar tidak tertipu tpi saya sendiri tk berani nk mengesahkannya memandangkan seperti apa yg sya katakan dulu kalau silelaki tunjuk dokumen yg menyatakan ia bujang walhal ia sudah berkahwin itu mmg boleh terjadi krn dokumen palsu bnyk dan amboi laju aje boleh dibuat disana jika ada sesuatu yg dihulur,apa yg diharapkan yg paling utama ialah kepercayaan sesama pasangan dan barulah kmudian dokumen,senang kata bkn hitam putih dulu tpi kepercayaan dulu,so fikirlah sendiri bgaimana cara utk percayakan ia 100% yg ia bercakap benar.
Mungkin juga perempuan kita tahu ia sudah beristeri pakistan hnya sesudah kita berkahwin dgnnya seperti yg biasa berlaku.
Kalau tidak terjumpa gmbar isterinya yg ada dinegaranya mungkin anda syak dia sudah berpunya krn kenapa bila ada satu call misteri ni dia akan jauh sikit duduk dari kita.
Namun kalaulah anda dpt memahami bahasa yg dia bualkan didlm talipon untung juga ye,
cth: 'tum mera piara atau tum mera jan atau tum mera dil atau me tum se bohot yad ati he atau seumpamanya ada maknalah tu,maka kena kuatkan semangat tau dan hati hati ye!tpi periksalah dulu jgn terus balun je.


Apa pun tindakan akak yg tidak mahu berhenti kerja krn diminta oleh suami mmg ada benarnya,dlm situasi yg sebegini barulah kita menyedari masanya telah tiba risiko yg mendatangi berkahwin dgn seorang warga asing.Bila perkara ini terjadi kita mempunyai backup maklumlah kita tidak menyedari bila dtgnya akan risiko ini.
Sya memahami mmg kebanyakkan wanita dinegara mereka pakistan mmg tidak bekerja disbbkan budaya dan adat disana,mungkin budaya itu yg terbawak bawak kesini,Dipakistan kaum perempuan yg agak berani bekerja lebih lagi didlm bidang profesional atau lasak adalah hanya mereka yg lebih bersifat terbuka dan berani melawan budaya adat disana dan sanggup terima kritikan masyarakat seperti menjadi polis,tentera,pilot pejuang atau komersial dll.lagi,namun kita harus memahami juga dlm beberapa perkara ditambah dgn situasi disesuatu negara termasuk dinegara kita dan khasnya pakistan masyarakat sana perlu terbuka sedikit dlm soal wanita yg bekerja disana kerana adakalanya mereka sendiri akan terdesak dan memerlukan wanita utk berkhidmat atau bekerja,cthnya menjadi seorang doktor perempuan,menjadi ustazah dan dlm bbrapa pekerjaan yg lain.Mana mana golongan yg agak 'jumud' sdikit sepatutnya nmpak akan pentingnya perkara ini cth bila isteri mereka atau anak perempuan mereka sendiri sakit,ramai suami yg sudah tentu tidak mahu isteri mereka dirawat dgn doktor lelaki lebih lagi waktu bersalin dipakistan kerana soal penjagaan aurat wanita yg ketat disana,begitu juga menjadi seorang ustazah..seorang perempuan disana tidak akan belajar dgn seorang lelaki utk menjadi seorang alimah terutama menjadi hafizah.Oleh itu bertolak ansurlah dlm bbrapa perkara utk kemaslahatan umum.