Wednesday 4 November 2015

PENGORBANAN CINTA SEORANG GADIS DARI NEGARA CHINA



Kisah diatas yg dipaparkan di tv pakistan express news adalah mengenai seorang gadis cina yg merantau kali ke2 utk mencari buah hatinya dipakistan,atas tujuan itu ia ke alipur muzafargarh punjab pakistan.

Panahan cinta menyebabkan ia mencari dan terus mencari teman lelakinya yg berbangsa pakistan.Beliau menyatakan ia mengenali teman lelakinya berbangsa dan berwarganegara pakistan ini ketika teman lelakinya menuntut dichina,pengorbanan kasihnya kpd teman lelakinya sehingga ia sanggup menjual rumah dan tanah utk membantu teman lelakinya belajar yg akhirnya melarikan diri setelah temannya mengambil harta dan wang ringgit yg diberikan oleh perempuan ini,sehingga kini ia mencari teman lelakinya namun masih tidak berjumpa.

Betapa agung cintanya sehingga ia berkata ia tak akan pulang kechina sehinggalah ia dpt berjumpa dan berkahwin dgn teman lelakinya

Inilah yg dikatakan org bagi mereka yg dilamun cinta bkn sahaja org ditempat kita bahkan di pakistan juga dimana dlm lagu selingan background video yg berbahasa urdhu ini pun mengatakan..."walaupun terpaksa ku tempuh 7 lautan sekalipun pasti aku akan dtg!"

Begitulah kisah cinta, jika ianya berjalan diatas jln yg betul betapa indahnya sebuah cinta tpi jika ianya berjalan atas jln yg salah merana badan dan perasaanlah jawapnya.

Dengan cinta sesaorang sanggup berbuat apa apa,sbb itu ada org lelaki diluar menggunakan jerat dgn umpan percintaan, "i sayang u la,i tak boleh hidup tnpa u la" dan seumpamanya, bila dh masuk jerat tunggu je la masa simangsa bagi duit ribu ribu masuk poket,brg kemas pun tergadai,silap hb. maruah pula terbang,lps dh capai target sipemasang perangkap pun hilang entah kemana dan meliar cari mangsa seterusnya.

Sbb itu menurut kata kata ust...dlm islam saat bercinta yg paling suci dan benar ialah bercinta slps bernikah.