Wednesday 22 July 2015

BOMB BLAST PAKISTAN!



Kini anda berpeluang utk melihat TARIKH TARIKH DAN VIDEO VIDEO tentang letupan bom yg  selalu berlaku dipakistan,taip sahaja word seperti tajuk diatas diyoutube dan anda akan dapat melihat video video tersebut terpampang dimana ianya berlaku dimerata rata tempat disana.sepanjang panjang page barjela jela video disajikan,semoga kita terus bersyukur diatas keamanan yg dikurniakan ditanahair kita dan jauhi bangsa kita dari perangai yg seperti itu.

Berbesar harapan agar gadis gadis dan wanita wanita kita yg memilih berkahwin dgn org disana dijauhkan dari menjadi mangsa letupan bom ketika berkunjung atau bermastautin disana,semua berbahagia bersama keluarga dan bergembira disana,jauh dari perkara yg tk di ingini ini..amin!

Dimaklum bahawa letupan berlaku dimana mana sehingga kepengangkutan awam,naik bas,dlm bas pun ada bom maka bas pun meletup.naik keretapi,dlm keretapi pun ada bom maka keretapi pula meletup.
     
  (Letupan yg berlaku ketika keretapi baru shj sampai di station melibatkan ramai penumpang mati)



Namun kalau menaiki bas adakalanya ada juga syarikat bas express yg pernah saya naiki ada membuat pemeriksaan logam dibadan sblm menaiki bas menggunakan alat imbasan besi menggunakan tangan yg turut utk mengesan senjata api yg dikhuatiri digunakan utk merompak didlm bas (bkn diblack area) manakala kalau anda menaiki keretapi tiadalah dibuat pemeriksaan seperti itu tapi adakalanya anda akan dpt melihat seorang atau dua org polis turut menaiki keretapi tersebut atas tujuan keselamatan.

Sebab itu bila anda jumpa disana org pakistan yg pernah biasa melancong keluar negara terutamanya malaysia diantaranya yg akan geleng kepala bila mendapat tahu kami dtg dari malaysia hanya utk belajar dinegara mereka.Katanya bagaimana tenteramnya dan damainya negara kita tanpa perlu dgr hampir setiap hari bunyi bom dan tembakan tapi sanggup pula memilih negara mereka utk belajar.

Ok,Mari kita lihat tarikh tarikh letupan bom yg berlaku hampir setiap hari dipakistan dari awal tahun ini dan tak termasuk tahun yg sudah sudah dan adakalanya sehari sampai 5/6 kali letupan berlaku.Ada tarikhnya ketika kita disini sedang seronok memakan rendang,ketupat dan lemang,dinegara mereka pula berlaku juga letupan dihari yg sama.

Laman web dibawah ini memaparkan data letupan yg berlaku diseluruh pakistan dan ianya adalah laman web rasmi dan diupdate dari masa kesemasa.

Contoh screenshot yg diambil:



Jgn terkejut melihat akan datanya,sila klik link dibawah utk melihat update terkini:


(Catatan terkini 24hb feb 2016)

Update terbaru dibawah adalah utk tahun 2016.
Update 2015 tidak dipaparkan lagi

http://www.satp.org/satporgtp/countries/pakistan/database/bombblast.htm

Screenshot kejadian letupan bom ditaman permainan pada 27 march 2016 yg lalu, 300 cedera , 75 terkorban.


KEJADIAN DITEMPAT LAIN DIPAKISTAN:

Ketika pihak polis sdg menyiasat letupan yg telah berlaku dgn dihadiri wartawan tv dan ambulan berlaku satu lagi letupan berhampiran tempat yg sama:

Gmbar kejadian:




VIDEO KEJADIAN:





REKOD JENAYAH DALAM SEMINGGU:



SCREENSHOT LAPORAN LETUPAN BOM BERMULA JANUARY 2016:

(Sila klik link diatas yg diberi utk melihat rekod letupan terbaru)





Update : 7/9/16
Letupan bom Yg berlaku di ibunegara balochistan iaitu quetta dlm bln ogos lps.
93 maut,100 cedera.





Ianya dikatakan dilakukan oleh seorang budak:




                 





Sunday 19 July 2015

CANTIKNYA WANITA PAKISTAN!KENAPA WANITA KITA PULA YANG DICARI?

Alhamdulillah berjumpa kita kembali,ketika sya sedang menulis nota ini sudah pun masuk hari raya idilfitri yg ke3, sya harap saya tidaklah terlambat utk mengucapkan selamat hari raya kepada para pembaca blog ini dan berbanyak banyak maaf sya pinta jika selama ini tulisan saya menyinggung perasaan sesiapa jua yg membacanya,sebenarnya sya berkeinginan utk menulis pada bln ramadhan yg lepas namun semangat utk menulis begitu lemah ditambah dgn kerja yg lain,kini skrg sya cuba utk menjawab persoalan yg pernah ditanyakan org kpd sya iaitu cantik sangatkah wanita atau gadis pakistan ini?kalau cantik kenapa ada dikalangan LELAKI/JEJAKA pakistan ini beralih arah mencari cari wanita kita utk dijadikan sebagai teman atau bakal isteri mereka pula?itulah yg perlu kita selidiki knpa ianya berlaku.HAIRAN YE,knapa?adakah sebab mereka tahu mmg perempuan mereka sgtlah cantik tapi memilih perempuan mereka utk dikahwini hanya setelah balik dan bermastautin ditempat sendiri ,manakala yg tak cantik ni yakni perempuan malaysia mmg amat diperlukan tapi sekadar utk maksud kepentingan diri ketika berada dinegara org, begitukah?

Kini sya akan " tunjukkan " cara utk melihat kecantikan gadis gadis pakistan ini SEBAGAI BUKTI tapi ianya hanya utk KAUM PEREMPUAN SAHAJA dan tak perlulah Promot blog ni dan tntang fb perempuan pakistan ni kat "Kawan kawan lelaki atau rakan lelaki sepejabat" anda.
Tahukah anda dizaman apa anda berada sekarang?ia, mmg anda berada dizaman moden yg mempunyai berbagai bagai kemudahan utk berhubung terutama melalui laluan internet ditambah pula dgn berbagai bagai medium, antara yg popular ialah facebook.(Bkn shj dgn fb ni perkenalan jarak jauh ada berlaku diantara perempuan malaysia dgn jejaka pakistan kemudiannya bahkan dinegara jiran juga)
Sya begitu tak menyangka dengan facebook ini gadis atau wanita pakistan yg dulunya ada diantaranya adalah wajah wajah yg bertutup atau berkerudung mahupun berselendang kini mudah utk dilihat akan keayuan kecantikan keanggunan wanita mereka difb ini (selagi mereka tidak menukar profile picture mereka).

Oh ye,tanyalah mereka yg pernah melawat dlm tempoh yg agak lama dipakistan, adakah majoriti perempuan mereka cantikkah atau perempuan kita?ditambah pula dgn perempuan perempuan mereka yg duduk dibelah belah utara pakistan,apapun saya bersyukur krn kelembutan, keramahan dan kulit yg lembut dan halus berpihak kepada perempuan kita.
Kepada para wanita kita yg ingin melihat wanita mereka,saya sarankan sila buka akaun 'khas' fb yg berasingan (fb yg baru,adalah sebab tu!) setelah itu carilah gadis gadis pakistan utk dijadikan kenalan fb anda,jika tak tahu .taip aje CTH: lovely rose,ayesha anayat,ayesha khan,malaikha khan dll. lama kelamaan bila rakan fb anda disana dh bertambah anda sendiri nanti akan teruja betapa ramainya diantara mereka yg mempunyai wajah wajah yg cantik  dan mudahnya pula mereka add anda sebagai kenalan mereka.

Dulu sya mengetahui ketika disana hanya melalui penglihatan kini sya mempunyai saksi iaitu dengan era kemodenan melalui "dunia tanpa sempadan".





TERKINI:

Kpd perempuan yg ingin melihat terus kecantikan dan keayuan wanita/ gadis pakistan ini sebagai bahan bukti bolehlah klik link web dibawah ini:

PERINGATAN:

HANYA UTK PEREMPUAN SHJ


Adakah anda seorang perempuan?
sila klik!



**********************


Kemaskini terbaru 28feb 2016:

Link ke laman blog yg tertera diatas telah diubah atas sbb sbb tertentu,oleh yg demikian kpd pihak yg ingin melihat blog tersebut bolehla email kpd saya ,insha Allah akan saya berikan linknya tapi utk kaum perempuan shj.

Maaf diatas pemberitahuan ini.

Boleh juga menggunakan email ini utk menghubungi saya.

uzairku@gmail.com

****************

Kemaskini terbaru: 9/11/16

Tajuk Blog ni telah sya tutup krn linknya sudah terdedah dipelayar internet yg membolehkan sesiapa jua melihatnya hatta lelaki sekalipun.

Bagi pihak perempuan yg ingin melihat kecantikkan perempuan mereka boleh terus mencari sendiri dgn menggunakan akaun facebook masing masing,terimakasih!