Tuesday 2 May 2017

SARAK KINAREY

Alhamdulillah bertemu semula diruangan ini,maaf dipinta krn agak lama tidak update akan blog ini.

Sya terjumpa baru baru ini didalam youtube tentang satu rancangan yg mmg menarik,pendedahan berani yg dibuat oleh wartawan melalui satu rancangan yg bertajuk sarak kinarey dan bbrapa rancangan yg seumpamanya,terus terang apa yg ditunjukkan oleh rancangan tersebut mmg tk ubah seperti apa yg pernah saya tengok sepanjang pengalaman saya berada disana dulu.Kini siapa pun boleh mengetahui apa yg berlaku disana,juga ianya sbgai bukti apa yg pernah saya katakan ketika menjawap email para pembaca.Tahniah krn akhirnya ada juga segolongan pihak yg prihatin utk menyedarkan bangsa mereka sendiri utk berubah.syabas bhai jan!

Nampaknya masa masih diperlukan utk mengubah satu keadaan yg agak sukar yg sudah berlaku sejak dulu lagi,semoga keadaan akan berubah kpd yg lebih baik seiring dgn pembangunan dan teknologi yg mula membangun disana.

Namun apa yg agak terkilan utk dimaklumkan disini ialah rancangan tersebut adalah dlm bahasa urdhu dan ianya mmg sgt menarik jika anda dpt memahaminya apapun bagi yg tk tahu berbahasa urdhu lihat sahaja rancangan tersebut kurang lebih pun anda akan dapat memahami jua serba sedikit apa yg berlaku dinegara mereka melalui video yg ditunjukkan.lucu pun ada,serius pun ada,kasihan pun ada,bab buat anda geleng kepala pun ada,itulah rencah hidup dinegara mereka.

Antara yg didedahkan ialah fake pasport,fake doktor,ada klinik didalamnya ada perkhidmatan tailor,ada juga budak sekolah jadi doktor sementara dan boleh mengagihkan ubat,juga keadaan civil hospital yg kotor dgn kucing yg merayau rayau didalam wad,tandas yg juga kotor dan tiada air utk kegunaan pesakit,perkhidmatan membuat pasport dan i.c yg tk mesra serta rasuah.tk lupa juga sekolah yg kotor dan tk terurus,selalu bermusafir jauh dgn keretapi tanpa ada kipas dan lampu yg berfungsi serta bermacam macam hal lagi yg dikupas.

Senang crita selalukah anda melihatnya sendiri akan keadaan seperti itu ditanahair sendiri? Oleh itu bersyukurlah apa yg ada dinegara anda.

Kepada wanita kita yg ada bertanya sblm ini bagaimanakah keadaan hidup jika duduk disana bersama suami....maka dgn rancangan ini membuka sedikit minda anda utk mencari jalan menyesuaikan diri jika menghadapi suasana sebegitu.

Antara tajuk list video yg boleh anda cari di youtube:








Bagi mereka yg berminat utk mempelajari bahasa urdhu anda boleh juga mempelajarinya melalui video di youtube,antaranya video yg bertajuk dibawah:







Tuesday 31 January 2017

BERTEMU DITAHUN 2017:



Alhamdulillah bertemu kita kembali ditahun 2017 ni,tahun yg membuatkan sya rasa semakin jauh lagi dari tarikh terakhir sya mengunjungi negara pakistan dgn kenang kenangan ketika menjadi seorang student dahulu namun rindu sesekali menjelma terhadap kawan kawan pakistan sekelas yg telah lama sya tinggalkan ,juga khasnya terhadap guru yg pernah mengajar saya.
Mmg kebiasaannya setiap sesuatu ada pro dan kontranya,selama sya menulis didlm blog ni bknlah sya merendahkan sesuatu kaum yg telah Allah swt ciptakan,sya hnya mengritik apa yg tidak baik yg telah mereka lakukan dan seperti yg kita sedia maklum didlm sesebuah negara kita mempunyai rakyat yg baik dan ada juga yg sebaliknya,samada ianya rakyat malaysia mahupun rakyat pakistan namun seperti kata sesorang warga pakistan 'hormat itu penting'

Kalau sya benci dgn kaum pakistan adalah amat tidak logik utk sya pergi belajar dgn kaum yg sya benci.
Sebenarnya perkara ini telah sya terangkan didlm bab PENAFIAN,
Dari satu sudut sya tidak mampu utk berlakon dgn mengatakan bab perkahwinan dgn org mereka adalah digalakkan krn dari sudut sifir pun sudah tidak ballance dan pincang krn ketika lelaki mereka boleh senang senang aje mengkhawini wanita kita,mereka pula teramat susah utk memberikan wanita mereka pula utk dikahwini oleh org luar,jadi dimana adilnya?adat kita yg lebih hormat dan bertolak ansur ke atau adat mereka?

Mmg ada juga kebaikan yg ada dilakukan oleh segelintir org pakistan ini dan sya menghargai kebaikan yg sya pernah rasakan,adakalanya ianya seperti mengatasi sikap org kita seperti sikap mereka yg baik iaitu memuliakan tetamu disana,sya boleh bercerita apa yg indah disana namun sya tekankan sekali lagi bila sya melihat dari sudut bab tentang perkara yg melibatkan perkahwinan org kita dgn pakistan umumnya lain mcm pula rasanya,byk perempuan kita yg memilih pasangan yg agak negatif dari positifnya,krn itu sya lebih berpendirian bahawa mengelak adalah lebih baik bagi mereka yg tk mampu bertahan atau menanggung risiko jika 'tak keserasian' atau ' tersalah pilih' berlaku pada masa akan dtg.

Saya juga cuba utk terus membantu dgn memberi sedikit info kpd kaum wanita kita yg saya rasa bknlah salah mereka jika salah memilih tpi krn ada diantara mereka sendiri yg kurang mendapat maklumat tentang keadaan sebenar,maka sya rasa agak tergerak utk menumpang cerita yg mana setelah sya berkongsi sedikit maklumat diblog sya tnpa mengharap sbrang upah maka saya berharap agar wanita kita dapat membuat keputusan yg lebih teliti samada teman lelaki yg menjadi pilihannya itu adalah yg agak terbaik dgn ciri yg ada atau sebaliknya.

Harap dpt memahami apa yg sya sampaikan.


------------------------------------------------------


Susah Nk dpt kalau nk di ikutkan!