Tuesday 31 January 2017

BERTEMU DITAHUN 2017:



Alhamdulillah bertemu kita kembali ditahun 2017 ni,tahun yg membuatkan sya rasa semakin jauh lagi dari tarikh terakhir sya mengunjungi negara pakistan dgn kenang kenangan ketika menjadi seorang student dahulu namun rindu sesekali menjelma terhadap kawan kawan pakistan sekelas yg telah lama sya tinggalkan ,juga khasnya terhadap guru yg pernah mengajar saya.
Mmg kebiasaannya setiap sesuatu ada pro dan kontranya,selama sya menulis didlm blog ni bknlah sya merendahkan sesuatu kaum yg telah Allah swt ciptakan,sya hnya mengritik apa yg tidak baik yg telah mereka lakukan dan seperti yg kita sedia maklum didlm sesebuah negara kita mempunyai rakyat yg baik dan ada juga yg sebaliknya,samada ianya rakyat malaysia mahupun rakyat pakistan namun seperti kata sesorang warga pakistan 'hormat itu penting'

Kalau sya benci dgn kaum pakistan adalah amat tidak logik utk sya pergi belajar dgn kaum yg sya benci.
Sebenarnya perkara ini telah sya terangkan didlm bab PENAFIAN,
Dari satu sudut sya tidak mampu utk berlakon dgn mengatakan bab perkahwinan dgn org mereka adalah digalakkan krn dari sudut sifir pun sudah tidak ballance dan pincang krn ketika lelaki mereka boleh senang senang aje mengkhawini wanita kita,mereka pula teramat susah utk memberikan wanita mereka pula utk dikahwini oleh org luar,jadi dimana adilnya?adat kita yg lebih hormat dan bertolak ansur ke atau adat mereka?

Mmg ada juga kebaikan yg ada dilakukan oleh segelintir org pakistan ini dan sya menghargai kebaikan yg sya pernah rasakan,adakalanya ianya seperti mengatasi sikap org kita seperti sikap mereka yg baik iaitu memuliakan tetamu disana,sya boleh bercerita apa yg indah disana namun sya tekankan sekali lagi bila sya melihat dari sudut bab tentang perkara yg melibatkan perkahwinan org kita dgn pakistan umumnya lain mcm pula rasanya,byk perempuan kita yg memilih pasangan yg agak negatif dari positifnya,krn itu sya lebih berpendirian bahawa mengelak adalah lebih baik bagi mereka yg tk mampu bertahan atau menanggung risiko jika 'tak keserasian' atau ' tersalah pilih' berlaku pada masa akan dtg.

Saya juga cuba utk terus membantu dgn memberi sedikit info kpd kaum wanita kita yg saya rasa bknlah salah mereka jika salah memilih tpi krn ada diantara mereka sendiri yg kurang mendapat maklumat tentang keadaan sebenar,maka sya rasa agak tergerak utk menumpang cerita yg mana setelah sya berkongsi sedikit maklumat diblog sya tnpa mengharap sbrang upah maka saya berharap agar wanita kita dapat membuat keputusan yg lebih teliti samada teman lelaki yg menjadi pilihannya itu adalah yg agak terbaik dgn ciri yg ada atau sebaliknya.

Harap dpt memahami apa yg sya sampaikan.


------------------------------------------------------


Susah Nk dpt kalau nk di ikutkan!



No comments:

Post a Comment