Sunday 16 November 2014

BERAPA RAMAI WANITA YANG DISIMBAH ASID?

Yg kena curah asid sampai ketangan.


Dlm link video yg dipaparkan dibawah, Ini hanyalah antara 600 org yg dibawah organisasi yg menjadi mangsa,bkn semua mangsa dan tidak termasuk kes kes simbahan asid yg tidak dilapurkan kerana malu!
Adalah dimaklumkan lebih dari 100 org perempuan menjadi mangsa simbahan asid setiap tahun dipakistan,kebanyakan oleh suami mereka.

Klik link utk melihat video antara mangsa curahan asid dipakistan.


https://www.youtube.com/watch?v=ErFnCDqwQL0&feature=youtube_gdata_player


Inilah antara masalah yg kerap berlaku berpuluh tahun sejak dulu lagi, kini dan wallahualam!

Adakah wanita kita terlibat sama menjadi mangsa curahan asid?tak berani saya mengiakan dan tak berani saya menafikan.ini krn apa jua boleh berlaku kpd perempuan kita dikawasan pendalaman pakistan sana krn budaya kehidupan yg amat terikat dan tidak bebas disana khasnya kpd kaum perempuan.setakat ini berita perempuan kita dicurah asid blmlah sampai lagi ditelinga cuma kalau dah dikurung disana siapalah yg tahu untung nasibnya.


Monday 3 November 2014

TANGISAN SEORANG WANITA MUDA MELAYU!


Kisah kali ini pernah dikongsikan oleh seorang pelajar malaysia ketika sya masih belajar disana.Pengalaman ini adalah pengalaman beliau sendiri dan bukan didengar atau diceritakan oleh org lain kepadanya. Kisah yg dinyatakan ianya berlaku ketika ia sedang menuntut dibahagian yg terletak agak keutara pakistan iaitu peshawar,pada suatu hari ketika sedang ia merayau dgn berjalan kaki dikawasan bandar ia telah dihampiri oleh seorang tua yg ia tidak kenali lalu menegurnya dgn bertanya adakah ia org asing dan adakah ia dari malaysia berdasarkan raut wajahnya,setelah pelajar tadi mengatakan mmg ia dari malaysia maka org tua tadi telah memberitahu kepadanya tentang keadaan seorang wanita muda dari malaysia yg kini sedang berlindung dirumahnya dan sedang mengalami kesusahan dan ia rasa pelajar tadi mungkin boleh membantu wanita tadi maklumlah rakan senegara lagi pun kata org tua tadi ia pun kurang faham sangat akan pertuturan bahasa wanita tersebut bagi mengetahui lebih lanjut tentang ehwal dan perancangannya.Oleh itu org tua tadi telah meminta agar beliau sudi pergi bersama dgnnya kerumahnya utk berjumpa dgn wanita tersebut,akhirnya pelajar tadi terpaksalah akur dan berjumpalah ia dgn wanita tersebut diruang tamu dgn ditemani oleh org tua tadi sambil masing masing memperkenalkan diri,rupa rupanya org tua itu adalah pakcik kpd suami wanita tadi dan wanita itu adalah wanita melayu,tinggal disemenanjung,kisahnya wanita tersebut telah pun melarikan diri dari rumah suaminya seorang warga tempatan pakistan yg sblm itu pernah bekerja dimalaysia.,wanita itu telah berlindung sementara dirumah pakcik kepada suaminya yg turut bersimpati dengan apa yg telah dialaminya.(tak sangka ada juga saudara mara sebelah suami yg masih terbuka hatinya utk memberikan perlindungan kepada wanita tersebut) Cerita sebenarnya ialah wanita ini telah dizalimi dan ditipu oleh lakinya dan ia tidak mahu balik kerumah suaminya lagi,ia bimbang akan didera lagi,matlamat wanita ini adalah satu iaitu dia ingin pulang ketanahair secepat mungkin sebelum apa apa yg tak di ingini berlaku lagi,malangnya ia tidak ada langsung belanja utk balik ketanahair lebih lebih lagi utk membeli tiket penerbangan balik ketanahair,dgn nada yg begitu sedih dia merayu agar apalah kiranya pelajar tadi sudi membantu dgn cara meminjamkan duit utknya agar dia dpt balik kepangkuan ibunya ditanahair (bapa wanita tadi telah tiada manakala ibu dan saudara maranya dikg adalah org org miskin dan tambah menyedihkan lagi bagi wanita tadi ialah sebenarnya ibunya telah pun melarang ia dari mengahwini lelaki pakistan yg mengatakan ia menyintai anaknya,namun atas desakan demi desakan yg dibuat oleh wanita tadi demi percintaan mereka dgn mengikut aje kepala batunya dgn membelakangan nasihat ibunya akhirnya menyesallah ia yg amat amat atas apa yg telah berlaku kpdnya skrg ) Dgn jujuran airmata ditambah dgn suara yg menghibakan ia telah berkata kpd pelajar itu yg mengambil jurusan agama tadi dgn berkata lebih kurang "tolonglah ust,tolonglah,kasihanilah sya ust, bantulah saya ust,sya nk balik ust,sya nak balik,saya janji ust,saya janji akan bayar balik kesemua duit ust bila saya balik kemalaysia nanti" Pelajar tadi telah memaklumkan kpd wanita tadi bahawa ia tiada punyai wang lebih lebih lagi sebanyak yg diperlukan maklumlah ia dtg belajar pun dgn biayai sendiri maka wanita itu telah memohon agar adalah kira kiranya ada pelajar pelajar lain yg sudi membantunya,tapi hanya kesedihan shj yg dpt diiringi sebagai bukti sokongan terhadap nasib wanita kita ini,wanita melayu kita yg sebangsa,yg seagama,yg sebahasa,yg teraniaya dibumi yg terasing,yg jauh beribu ribu batu dari keluarga dan sanak saudara. Dgr khabar,akhirnya berjaya juga ia balik ketanahair setelah lama berusaha.

Bagaimanakah agaknya jika mangsa seterusnya adalah anak anak kita,adik beradik kita atau kawan kawan kita?

(Kes lari ini bukanlah 1 kes je, dan yg dtg ke embassy malaysia (sekarang pesuruhjaya tinggi) yg mengadu masalah rumahtangga mereka pun banyak, tanyalah kakitangan embassy malaysia yg pernah bertugas disana dulu)