Saturday 22 August 2015

ULASAN SAYA DIDALAM EMAIL EMAIL: (part 1 + part 2)


Dikesempatan ini sya kumpulkan sedikit beberapa ULASAN SAYA yang ada sya jawap dibeberapa email yg dihantar ke inbox saya utk bertanyakan soalan.
(ada satu dua perkataan yg sya ubah sedikit disini dikhuatiri kurang tepat)
Tujuan sya paparkan adalah utk bacaan umum agar penanya yg menghadapi situasi yg sama dpt menjadikan ulasan itu sbagai rujukan,juga dapat mengurangkan soalan yg sama terpaksa dijawap berulang ulang.
Terimakasih yg tak terhingga juga diucapkan kepada mereka yg sudi bertanya kpd saya melalui email,yang mana secara tak langsung turut membantu saya utk memperkatakan isu isu yg berlaku dikalangan gadis atau wanita kita yg mungkin terlepas dari pandangan saya.
Jgnlah malu malu utk bertanya dan saya alu alukan sebarang soalan dan saya tidak mendedahkan diblog ini apakah soalan soalan yg bersifat pribadi mereka dan siapakah pengirim kpd email tersebut krn privasi yg harus dijaga kecuali diizinkan itupun tanpa alamat email pengirim maklumlah kebanyakkan yg menanya banyak mendedahkan crita pribadi mereka dikaitkan dgn soalan soalan pula maka saya pun serba salah macamana nk pecahkan atau asingkan dialog dialog soalan itu!

===========================

(PART 1)

Soalan: warga islamabad dan mengenai dokumen yg ditunjukkan.

Ulasan 1:

Terimakasih atas email yg dihantar.Insyaaalah sya cuba membantu tapi Keputusan terpulanglah pada yg empunya diri.

Bagi pandangan saya abaikan dia adalah jln utk mengelakkan risiko yg akan dtg.risiko utk tak mahu cari penyakit."kalau dia buat perangai pun sya bkn isteri dia"

Dia dari islamabad?sya pernah berada di islamabad yg mana sblm itu kawan sya memberitahu ada melihat  terjadinya kes perempuan diangkut keluar oleh beberapa org lelaki dari rumahnya utk berkahwin secara paksa ,dimana setiap dua tangan dan dua kakinya ditarik setiap seorang utk dimasukkan kedlm kereta yg mana keadaan perempuan itu menjerit jerit meminta org ramai agar ia diselamatkan,malangnya tiada org yg mahu ambil tahu termasuk jiran jiran yg buat tak tahu je,betapa hidup diislamabad tiada erti hidup berjiran atau bermasyarakat.

Sya pernah bertegur sapa dgn beberapa org pakistan yg ada dimalaysia dan bila sya tanya berasal dari mana kebanyakkannya memberikan jwapan yg tak tepat,mereka lebih mudah memberikan nama tempat tempat yg masyhur atau yg agak dikenali dipakistan.
Cth:dia duduk bunir tapi kata duduk Peshawar atau duduk islamabad,ada pula yg kata
duduk lahore tapi gujrat padahal jarak antara satu sama lain beratus km.
Bila saya tanya nama nama tempat yg pernah sya pergi yg didakwa tmpat mereka tinggal,hairan langsung tak tahu pula,ada yg kata duduk bandar tapi rupanya duduk jauh dikg kg pendalaman yg hidupnya susah.

Tentang dokumen pula yg menjadi masaalah ialah benar atau tidak?Cerita tntang dokumen dan surat surat palsu pula dipakistan ini mmg bermasaalah dari dulu lagi krn ijazah palsu ada,ijazah beli pun ada, semua boleh.asal ada duit.Berapa ramai ahli parlimen pakistan yg ada ijazah palsu.kawan sya ada pengalaman masuk wad hospital dinegara mereka,bila Kami ziarah dia tgk pesakit kurang diberi layanan,rawatan pun lebih kurang,mujur ada pelajar malaysia bhgian kedoktoran dtg membantu hingga bertekak dgn doktor,jika anda kesana adakalanya berlaku bila anda keklinik dan beritahu sakit anda maka terhegeh hegeh doktor klinik tadi membuka buku kedoktoran didepan kita utk melihat sakit kita.klinik kat sana tumbuh mcm cendawan.
Memalsukan dokumen mmg banyak.kalau duit palsu pun boleh buat dokumen lagilah.alangkah dah ada dokumen yg real pun boleh ditutup sebelah mata.cth kisah benar yg terjadi dikarachi.seorang pelajar malaysia yg dh confirm tiket flight balik kemalaysia ,tarikh berlepas dah tetap,waktu pun dah tetap.tiket pun dah beli tapi bila smpai airport nk balik malaysia apa yg berlaku?bila dia nk ambil boarding pas pihak penerbangan kata seat utk dia tak ada,walaupun kat tiket ada nama tapi kat boarding pas tak ada nama,pelik!.Seat pula dah penuh,akhirnya balik la ia semula ketmpat ia tinggal menanti penerbangan flight yg sama diminggu hadapan pula.byangkan mcmana seat tak ada?kan tiket dah confirm,kalau ikut siapa pun tak boleh kacau! Rupa rupanya ada org pakistan yg nk terbang cepat ni sogok kat pjabat penjualan tiket penerbangan utk memadamkan nama penumpang lain utk dptkan seat utknya,akhirnya yg jadi mangsa pelajar kita juga,org malaysia lagi,yg mana mak bapak dia punyalah tertungu tunggu diairport ditanahair.Tahukah anda syarikat penerbangan mana tu?ianya ialah malaysia airlines.adakah salah mas.tidak! tapi salah perangai staff yg ambil rasuah lebih lebih lagi semua staff dipjabat jualan tiket mas dikarachi ini semuanya org pakistan.

Knapa dia pilih cik?sedangkan ramai wanita diorang yg lagi cun melecun,setahu sya kalau org pakistan ada isteri org malaysia ni kebanyakkan org pakistan akan dpt duduk lama lama dimalaysia walaupun tk dpt kewarganegaraan malaysia hanya sekadar renew permit je,secara tak langsung senang la mereka nk lama lama berniaga ditmpat kita.Untung sini pula lumayan berbanding ditmpat mereka,lagipun brg ditmpat mereka murah murah,tak boleh jual mahal untung tak tinggi.
sya pernah berjumpa org pakistan wlaupun dia dh beristeri dgn org pakistan yg sebangsa dan dimport bawa dari sana pun tapi masih nk berkahwin dgn perempuan kita,knapa? demi kesinambungan perniagaan mereka agar terus mudah di backup,maklumlah isteri warga malaysia.

Sya tak tahu isi hati sebenar org pakistan yg berkawan dgn cik tu tapi kata org mencegah lebih baik dari merawati.

============================


Soalan: mengenai warga kashmir dan ibu yg tidak bersetuju

Ulasan 2:

Waalaikumussalam
Terimakasih atas email yg dihantar.

Siapalah kita.kita ialah seorang anak yg mempunyai seorang ibu.
Jika 3org tenggelam didlm lombong serentak,seorang ibu.seorang anak dan seorang isteri maka siapakah yg akan kita selamatkan dulu.kita hanya ada 1 pilihan sahaja.maka dlm situasi begini ibulah yg akan kita selamatkan krn isteri boleh dicari ganti.anak juga boleh dptkan yg lain tapi ibu tiada gantinya.kalaulah jahat mcamana pun ia ttp ibu kita,pernah ke kita terfikir utk cari perkara yg boleh   membahagiakan ibu?mcmana pun keadaan kita satu hari nanti kita akan berbalik kpd ibu kita juga.ibulah yg membesarkan kita bkn kwan atau boyfriend kita.ibulah tmpat kita bermanja.
knapa dgn org luar yg tak membesarkan kita,yg tk ada apa hubungan asal dgn kita,yg boleh ambil apa jua kesempatan dgn memerangkap menggunakan cinta menyebabkan kita terlupa lidah yg menasihat kita adalah dari lidah ibu kita.ibulah yg risau tntang anaknya.sedangkan kawan kawan atau boyfriend hanya suka bersama kita shj.

Tentang warga kashmir semua rakyat mereka sama shj ada yg okay dan ada yg tidak.kashmir ada 2 ,satu jamu kashmir bawah jajahan india manakala bawah jajahan pakistan pula dipanggil azad kashmir.yakni azad bermakna bebas.iaitu kashmir yg bebas (dari jajahan india)
sya pernah 3 kali kesana mmg cantik kawasannya.panorama gunung ganang mcm eropah.

Buatlah Solat istiqarah minta petunjuk dari tuhan dan solat hajat minta dimudahkan mana yg baik dan diberikan kesabaran.jika keputusan utk menghidari dtg maka ianya juga khair dari tuhan.seolah olah suis tu jgn dipetik .itulah yg terbaik.anggaplah seolah olah anda tak pernah berkawan atau bercinta dgn warga mereka.
percintaan bkn brg boleh di try try atau di test test.
Ianya amat mengasyikkan hingga mereka yg asyik menganggap jln yg tak betul pun dianggap betul.smpai ada org mengatakan cinta itu buta.
Semua org inginkan kebahagiaan tapi kita mesti amat amat berhati hati apabila memilih jln kebahagiaan yg lebih berisiko dgn berkahwin dgn pakistan.jgn smpai sangka yg indah akan dtg sebaliknya malapetaka dlm Hidup yg dtg.

=====================

Soalan: Pandangan tentang blog

Ulasan 3:

Oh ye lupa nk britahu, mungkin ada yg beranggapan adakah saya seorang yg 'anti' pakistan apabila membaca blog tersebut?oh tidak! sya masih mempunyai hubungan baik dgn mereka, ketika ini pun sya dah hampir sebulan melayan rombongan dari muzafargarh pakistan yg dtg ke tanahair kita yg dijangka pulang semula pada 13 may ini,tulisan sya diblog itu pun bukanlah kpd "anti pakistan" tapi berdasarkan tunjuk jln kepada yg ingin tahu dlm bab bab perkahwinan dgn mereka,ada juga pengalaman yg saya tak ceritakan diblog sya tapi ada sya ceritakan ketika menjawab email email pembaca.
skian utk makluman. terimakasih!

=========================

Soalan: Tentang ilmu pengasih dikalangan warga pakistan

ULASAN 4:


Terimakasih atas email yg dihantar . Rasanya ilmu pengasih dikalangan warga pakistan tiada krn setahu saya tidak ada rekod warga mereka mengamalkannya dan itu bkn budaya mereka,bagi mereka memberi puji pujian dan pandai mengambil hatilah adalah ibarat "ilmu pengasih yg paling suci".
sya ada membuka blog tentang hal hal perkahwinan dgn warga pakistan ini namun terlebih dahulu sya meminta maaf atas isi kandungan blog tersebut dan sya ingin jelaskan disini bahawa sya bknlah penghalang kpd sesiapa yg ingin mengahwini warga mereka dan lps membaca blog dibawah jgnlah marahkan sya pula,benar bkn semua jahat ,yg baik pun ada cuma ambil jln berhati hati seperti sikap yg xxxxx (maaf!nama dideletekan) sendiri ada.pointnya ialah menghalang bknlah keputusan muktamad.
Kpd pembaca yg dh membaca blog sya dan jika mereka adalah golongan yg baru nk bercinta dgn warga pakistan ini atau yg blm sempat bercinta dan juga dikalangan ahli keluarga perempuan biasanya semuanya mereka bersikap positif setelah membaca blog tersebut manakala yg dh benar benar kemaruk cinta mmg adalah golongan yg sukar pula menerima, adakah cinta itu buta, wallahualam!
Sekian,.... selamat membaca .

Apa yg baik dari Allah,apa yg kurang dari kelemahan sya sendiri.

============================

Soalan: Mengenai nasib wanita yg disepak dipakistan


ULASAN 5:



Tentang gadis sabah yg disepak, diterajang, dipukul dan dia kata dijadikan seperti hamba tu sya jumpa di embassy malaysia di islamabad ketika ingin renew passport saya,dia ada juga kata ia selalu ditipu,suaminya selalu cakap bohong dgn dia, padahal katanya ia tak pernah sekalipun berbohong krn telah dididik oleh keluarganya dulu yg pantang jika ahli keluarganya berbohong,bersama dia ada 2 org anak dia yg masih kecil,dia pergi ke embassy utk mengadu dan minta utk balik ke malaysia.sya tgk staf embassy agak marah marah kerana kes kes rumahtangga mcm ni dah byk kali diadukan diembassy oleh wanita wanita kita, staf tu kata 'akak,ini bkn tempat mengadu masaalah rumahtangga akak, ini pejabat kak, pejabat!
Mmg saya pun dh dgr mcm mcm cerita sblm tu tentang kes kes rumahtangga yg berlaku dikalangan wanita kita ni disana,saya faham ianya mungkin tekanan juga kpd staf embassy ni.maklumlah kes mcm ni dah terlalu banyak.
Akhirnya staf embassy tadi menawarkan akak tadi utk menggunakan talipon kedutaan utk menghubungi keluarga akak tu tentang tiket utk ia balik ketanahair krn pihak embassy tidak ada menyediakan perkhidmatan seperti itu,akak tadi telah minta keluarganya disabah utk belikan tiket utk ia balik, lps tu sya tanya lps ni akak nk kemana? katanya terpaksa la ia balik kerumah suaminya semula sementara urusan tiket diuruskan oleh keluarganya disabah.katanya lagi 'tak tahulah akak mungkin suami akan pukul lagi krn dia pergi ke embassy pun diam diam ketika suaminya tiada dirumah,maklumlah dia pernah dihalang oleh suaminya sblm ini,kemudian sya lihat dia keluar dari embassy utk balik dgn berjalan kaki kestation yg agak jauh juga sebagaimana ia kata itulah cara ia dtg diembassy tadi,dari rumah ke embassy lebih kurang 3-4 jam  perjalanan.
Itulah kali terakhir sya melihatnya, tak tahulah apa yg berlaku slps itu, wallahualam!
Apa pun tahniahlah kpd akak tu krn akak tu cepat menguasai bahasa daerah mereka tu.bkn senang bahasa daerah tu kak, sya pun tk reti mana, maklumlah bkn tinggal kat tempat mereka.berkat akak tu tak pernah cakap bohongla agaknya.

|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||

PART 2

SOALAN:
Tentang teman lelaki pakistan sanggup tandatangan perjanjian yg dibuat utk berkahwin.

ULASAN 1:

Terimakasih atas kehadiran email.
Jika suami sanggup tinggal dimalaysia kuranglah sedikit risikonya.Tntang surat tu boleh chop dgn pesuruhjaya sumpah dan utk kuat lagi boleh buat surat perjanjian dipjabat guaman.namun sudah tentu ianya memerlukan kos.
Cuma apa yg terpakai itu tidak semestinya ianya legal bila berada dipakistan dgn undang undang yg berlainan,lebih lagi undang undang disana lebih sedikit memihak kpd kaum lelaki,senang kata jika suami ada dimalaysia maka ianya boleh dirujuk utk tindakan saman tpi jika suami lari kepakistan mmg teramat susah utk perkara itu dikuatkuasakan.
Hanya itu yg sya tahu namun lebih baik pn. merujuk kpd pihak yg berkenaan utk kepastian.
Mengenai suami yg lari dan tidak balik dan isteri yg mahu memohon penceraian ini lah antara masaalah yg agak mencabar krn sya dgr ianya mengambil masa yg agak lama utk diselesaikan, bayangkan dgn warga sendiri pun terpaksa turun naik mahkamah dan ada yg smpai setahun pun tk selesai selesai apatahlagi tnpa kehadiran suami warga asing yg lari balik kenegara sendiri.

------------------------------



Tuesday 4 August 2015

DICULIK WARGA PAKISTAN


(ARKIB)

Guru Penolong Kanan Diculik Rakan Facebook Warga Pakistan –

KUALA LUMPUR  : Gara-gara mempercayai rakan laman sosial Facebook yang tidak pernah ditemuinya, seorang guru penolong kanan di sebuah sekolah menengah di sini, menjadi mangsa culik empat lelaki warga Pakistan.
Dalam kejadian Isnin lalu, mangsa yang berusia 40-an mengadakan pertemuan dengan seorang rakan Facebook di sebuah rumah di Setapak yang turut dihuni oleh tiga lagi rakan suspek.

Walau bagaimanapun semasa dalam perjalanan pulang, mangsa telah diculik keempat-empat suspek dan dikurung di rumah berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, kumpulan suspek kemudian menghubungi keluarga mangsa dan menuntut wang tebusan berjumlah RM5,000.
“Selepas wang tebusan dimasukkan di dalam kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik mangsa, dia telah dibebaskan keesokan paginya iaitu selepas dikurung kira-kira 36 jam di sebuah rumah,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Chin Wah, sebaik sahaja laporan polis dibuat oleh keluarga mangsa pada hari sama lelaki itu dibebaskan, pihaknya telah menubuhkan satu pasukan khas seterusnya memberkas kesemua suspek.
Katanya, kesemua suspek ditangkap dalam dua serbuan berasingan iaitu di sebuah rumah di Jalan Maarof, Bangsar dan Jalan Ketumbar, Cheras Utama pada pukul 3.20 petang dan 9.40 malam.

“Modus operandi kumpulan ini adalah dengan memerangkap mangsa selepas berkenalan di laman sosial Facebook dan memperdaya mangsa untuk bertemu di suatu tempat sebelum menculik untuk dijadikan tebusan bagi mendapatkan wang,” katanya lagi.
Tambah Chin Wah, hasil siasatan mendapati keempat-empat suspek yang berusia 30 hingga 40-an itu memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial tetapi tidak bekerja dan telah tinggal lebih masa.

Kata beliau, kesemua suspek direman selama dua minggu dan akan disiasat mengikut Seksyen 11 Akta Culik 1961 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup.
“Setakat ini, terdapat tiga kes dilakukan kumpulan itu yang dipercayai aktif sejak awal Januari tahun ini. Kita juga percaya ada mangsa yang tidak melaporkan kejadian menimpa mereka.

“Sehubungan itu, saya ingin menasihatkan orang ramai agar berhati-hati apabila berkenalan dengan mana-mana individu yang tidak dikenali di laman sosial apatah lagi dipujuk untuk berjumpa,” jelasnya. – UTUSAN


ULASAN SAYA:


Berdasarkan cerita diatas saya percaya warga Pakistan ini tidak mengetahui apa yg diketahui oleh org lain yg sewarganegara dengan mereka,sebenarnya mereka tak perlu meletakkan risiko besar terlibat dengan jenayah yg seperti itu yg membahayakan diri,jika mereka mahukan wang dengan cara mudah mereka hanya perlu menyamar dgn meminta derma atas nama sedekah jariah utk madrasah madrasah atau pertubuhan agama atau anak anak yatim dinegara mereka seperti yg dibuat oleh warga mereka yg dtg atas tujuan itu dinegara kita.

Pengalaman bertahun tahun duduk bersama mereka dengan melihat tingkah laku perangai dan sikap org mereka sudah boleh menjadi panduan dan asam garam.

Saya pernah memberitahu tentang ketidak percayaan saya kepada org mereka yang meminta derma dari kalangan mereka,saya bukan mengatakan semuanya namun dengan hati yg berat ini saya mengakui hampir hampir semua adalah penipuan,ketika saya berada dinegara mereka disana,kenalan saya pernah menunjukkan rumah banglo besar yg didiami oleh warga mereka(pakistan) dari hasil wang yang diterima atas nama derma,siap ada kereta besar lagi,bayangkan mereka boleh dtg dan bawa balik duit yg bnyak ketempat mereka hnya melalui kegiatan derma shj,ada juga yg pungut derma dgn muslihat nak buat perbelanjaan utk duduk diaustralia,lihatlah betapa pemurahnya warga kita,saya pernah menasihatkan sebuah pertubuhan ditanahair yang memungut derma untuk mangsa gempa bumi dibalakot Pakistan beberapa tahun dahulu agar pergi sendiri utk mengagihkan derma tersebut kepada mangsa disana dengan sedikit cara panduan yg saya berikan, namun mereka tidak pergi kesana dan entah macam mana derma org ramai tersebut akhirnya hilang begitu sahaja setelah dibankinkan kepada pihak disana tanpa ada sebarang khabar berita.

Kepada warga kita,sya ingin menanya perasan tak anda dgn trend terbaru mereka iaitu cara memungut derma yang dibuat oleh warga Pakistan ini dengan menipu melalui kutipan derma? trend terkini yg ada dikalangan mereka lakukan ialah dgn berpakaian seperti org arab dengan jubah dan serban yg dililit atau yang jenis letak shj dikepala seperti imam mekah,kemudian mereka akan pergi pula kemasjid masjid.Terus terang saya katakan org Pakistan ini tak iktiraf pakaian jubah atau serban yg jenis letak shj atas kepala ini,bagi mereka pakaian jubah itu bkn pakaian sunnah nabi tapi pakaian org arab,sbb itu smpai kemekah pun mereka dgn pakaian kurtah gamis mereka,dibuka hanya ketika ihram shj namun kini kenapa nak memakai pula pakaian seperti org arab tu,apa maksudnya ?nak menyamar jadi pak arab ke?utk dapat simpati lebih ke?cuba anda cakap arab kpd mereka langsung tak boleh,bila berkomunikasi hanya tahu bahasa mereka shj habis habis
pun boleh berbahasa inggeris.setakat ini yang saya jumpa adalah org yg
mendakwa dari azad Kashmir Pakistan,pergerakan mereka adalah dimasjid masjid dan disurau RNR dilebuh lebuhraya.

Bayangkan seperti yg dilapor oleh akhbar tempatan tentang kutipan derma dari peminta sedekah yg ada dimalaysia yg mana adakalanya kutipan smpai mencecah rm1000 sehari,berapakah pula jika sebulan? kalau terkumpul kutipan rm500 sehari pun tapi kalau dah sebulan…Rm15000 bkn?tapi bagi pandangan saya kutipan yg warga pakistan ini lakukan mungkin lebih lagi dari rm500 sehari krn mereka ini bergerak bkn kemasjid masjid shj sambil diiklankan oleh tuan iman dan pengerusi masjid yg telah ditipu,bahkan mereka ni juga akan bergerak ke surau surau rnr pula,saya pernah melihat sekali imbas dimana ratusan ringgit didepan mereka sudah dikutip hanya di surau rnr plus,nk saya bertekak dgn mereka dan britahu kpd org disitu supaya jgn memberi derma kpd mereka?tak pasal pasal nanti ada lebai lebai yg akan memarahi saya.bagaimana tntang gambar dan resit yg ditunjukkan? nk tahu?boleh email sya.

Kini bkn warga mereka yg bergelar lelaki shj yg membuat perkara ini tapi pernah juga yg sya jumpa perempuan mereka ketika singgah digombak dulu tapi bkn lah dimasjid hanya dikawasan bazaar.mereka buat secara orang perseorangan,mungkin perempuan ni bergerak merata tmpat juga krn sya nampak dia menaiki bas setelah itu.

Kalaulah dgn imam masjid dan didalam masjid atas nama derma utk kebajikan pun mereka berani tipu apatah lagi dgn perempuan atau gadis gadis kita ditanahair,kena tipu dgn janji janji manis sblm kahwin dan ada juga yg berjanji kebahagiaan yg menanti bila duduk ditempat suami tapi akhirnya titisan airmata kesedihan dan penyesalan pula yg jatuh disana,perkara ini dah pun berlaku,mereka pernah "kencing" gadis kita,kalaulah disana rakyat mereka boleh secara live...real kencing ditepi tepi jln dan ditepi tembok tembok dinding bangunan atau jln,tanpa rasa malu apatah lagi kalau nk didakwa mereka 'akan rasa malu' jika mereka cuba nk menipu kpd gadis atau wanita kita.Kalau anda kesana tanpa pernah melihat org mereka kencing ditepi jln itu bermakna anda seolah olah tak pernah kepakistan,ianya umpama 'trademark' yg ada dimana mana disana iaitu budaya kencing merata rata,bohongkah saya?ok! tak apa,nanti abg carpet dtg rumah jual brg atau jika anda keluar rumah dan terjumpa bangsa mereka cuba cubalah tanya ye! Maaf banyak banyak kerana sya mendedahkan perkara ini.maaf sekali lagi.maafkan saya.

               Orang atas masak roti dan masak lauk tapi dibawah tembok pulak jadi tempat port lepas kencing! Excellent!Nanti dh rasa nk kencing yg atas pun akan turun bawah.



Ditempat lain:


Polis mereka pun tumpang sekaki:







Perempuan sana jarang open kalau buang air tepi jln,biasa dia akan masuk dlm semak semak tpi yg ni betul betul ikut mcm org lelaki sana buang air.

(Ada link yg mengatakan gmbar perempuan buang air ni di india,tapi utk makluman anda setahu saya mmg 3 negara ni kencing open tepi jln.. Pakistan,india dan bangladesh,yg lain sya tk tahu)




----------------------------------------------



Update terkini:

SINAR HARIAN 12 OGOS 2015:

Kisah Aktiviti warga pakistan kutip duit.



Untuk cerita lanjut sila klik link dibawah:

http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/lelaki-berjubah-putih-minta-derma-ditahan-polis-1.418808

ULASAN SAYA:

Masa kena tangkap 3.45ptg duit pungutan yg terkumpul 'baru' je rm700,kalaulah smpai 7 ptg berapa agaknya ye,nk tanyalah kalau dah sbln berapa pula pungutan awak bhai shab?Pakai kreta myvi tu hasil duit derma ke,....apa?....nahe? Balik negara pakai kreta cash ke?Dari tahun 2012 smpai 2015 berapa semua duit yg dh terkumpul tu?Setahun berapa kali dah ulang alik malaysia bhai shab?

---------------------------------------------------------------------------------------------

update terkini:

HARIAN METRO: 1 SEPTEMBER 2015


PEMURAHNYA ORG KITA:








Saturday 1 August 2015

KISAH BAWA PULANG ANAK DAN KISAH BAWA LARI ANAK

ARKIB : 22/11/2007



KUALA LUMPUR 21 Nov. – Seorang ibu muda, Siti Nadzirah Mohd. Nasir, 20, yang terlibat
dalam pertikaian penjagaan anak
bersama suaminya di Pakistan sejak empat bulan lalu sanggup meredah segala kepayahan
 bagi memastikan bayinya,
 Arman Khan Fazal Azim, yang berusia setahun berjaya dibawa pulang semula ke Malaysia.
Arman Khan kembali ke Malaysia semalam selepas Siti Nadzirah menempuh perjalanan
yang panjang iaitu selama
hampir 24 jam.
Siti Nadzirah pergi ke Pakistan pada 16 November lalu dan merancang dengan rapi operasi 
membawa pulang Arman Khan.
Ibu muda itu yang sepatutnya berlepas ke Malaysia dengan menaiki pesawat di Islamabad bertindak nekad menaiki teksi ke Lahore yang memakan masa perjalanan empat jam bagi mengelak dijejak oleh keluarga suaminya.
Selepas menempuh segala kepayahan, berbekalkan semangat dan kasih sayang yang teramat sangat terhadap anaknya, Siti Nadzirah sekeluarga selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang kira-kira pukul 2 petang semalam.
Ketika ditemui di rumah keluarganya di Rawang, Selangor dekat sini malam ini, Siti Nadzirah bersyukur impiannya membawa Arman Khan pulang ke tanah air tercapai.
‘‘Walaupun saya berpendapat saya membawa Arman Khan pulang ke Malaysia melalui saluran betul, tetapi perasaan bimbang tetap ada,’’ katanya kepada Utusan Malaysia.
Pada 14 Julai lalu, Siti Nadzirah mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia kerana tidak tahan dengan layanan keluarga mertuanya.
Beliau mendakwa hanya diberi susu kerbau basi dan capati bagi makanan seharian sejak dibawa ke negara itu oleh suaminya, Fazal Azim Abdul Ahad, 24.
Sebelum pulang ke tanah air, Siti Nadzirah mendapatkan hak penjagaan anaknya dari Mahkamah Daerah Bruner, Pakistan bagi membolehkannya membawa anaknya kembali ke Malaysia.
Bagaimanapun, beliau terpaksa pulang ke Malaysia dengan tangan kosong selepas keluarga mertuanya enggan menyerahkan anaknya.
Pada 23 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Peshawar, Pakistan yang sepatutnya mengumumkan keputusan mengenai hak penjagaan ke atas anak Siti Nadzirah membuat keputusan menyerahkan anak itu kepada Fazal Azim atas alasan Arman Khan tidak mengenali ibunya.
Bagaimanapun, Siti Nadzirah dibenarkan bertemu anaknya setiap hari Sabtu selama enam jam.
Menurut Siti Nadzirah, beliau dan kedua-dua ibu bapanya berlepas ke Islamabad Jumaat lalu semata-mata mahu berjumpa dengan anaknya seperti yang diarah oleh Mahkamah Tinggi Peshawar sebelum ini.
‘‘Namun, Sabtu lalu, suami saya tidak datang ke Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Islamabad seperti yang diarah menyebabkan saya bimbang.
Perbicaraan
‘‘Saya dapat tahu rupa-rupanya suami saya sedang menghadiri perbicaraan pertama kes kami tanpa memaklumkannya kepada saya,’’ ujar beliau.
Siti Nadzirah memberitahu, dengan pertolongan beberapa kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pakistan, akhirnya suaminya akur dan membawa Arman Khan untuk berjumpa dengannya keesokan hari.
‘‘Apabila memikirkan saya telah mendapat hak penjagaan ke atas Arman Khan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Daerah Bruner Julai lalu, saya nekad membawa anak saya pulang ke Malaysia.
‘‘Selain itu, Arman Khan juga mempunyai dokumen perjalanan sementara yang diperoleh di Islamabad sejurus selepas mahkamah tersebut memberi hak penjagaan itu kepada saya,’’ katanya.
Dengan dokumen perjalanan itu, Siti Nadzirah memberitahu, tiada alasan untuk mana-mana pihak mengatakan anaknya tidak boleh dibawa keluar dari Pakistan kerana mereka telah melepasi kaunter Imigresen di lapangan terbang di Lahore secara sah.
Sementara itu, peguam syarie, Zainul Rijal Abu Bakar yang dilantik mewakili Siti Nadzirah ketika dihubungi memberitahu, mahkamah di sana tidak mengenakan sebarang sekatan yang menghalang wanita itu daripada membawa anaknya keluar dari Pakistan.
Menurut Zainul Rijal, kes tuntutan fasakh Siti Nadzirah untuk memutuskan perkahwinannya dengan Fazal Azim akan didengar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pada 9 Januari depan.
“Siti Nadzirah juga akan membuat permohonan jagaan anak kepada mahkamah negara ini,” katanya.
Menurut peguam syarie itu, kes jagaan anak itu seharusnya dibicarakan di Malaysia dan bukannya di Pakistan kerana Siti Nadzirah dan suaminya berkahwin di Malaysia.
‘‘Selain itu, anaknya juga dilahirkan di Malaysia dan merupakan warganegara Malaysia,’’ jelasnya.
Zainul Rijal berkata, beliau dalam proses mengumpul segala maklumat berkaitan tuntutan tersebut sebelum dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah dalam masa terdekat ini.
‘‘Saya baru sahaja dilantik oleh keluarga Siti Nadzirah bagi mewakili mereka pagi ini dan buat masa ini masih terlalu awal untuk saya mengulas mengenai kes itu,’’ ujarnya.


ULASAN SAYA:

Susu basi itu namanya dahie.sebenarnya ia bkn basi tapi ianya masam krn diperam sejak mlmnya.kmudian pgnya pula ianya dicecah dgn roti.dahea ini mmg masyarakat sana memakannya setiap pg krn bagi mereka ianya bagus utk mencuci perut,bagi rakyat kita mmg susah utk menelannya apatah lagi kali pertama.tapi utk percubaan bolehlah ditabur dgn gula, adakalanya susu masam tadi dibuat minuman yg dipanggil laisi,utk minum laisi pula jika tidak berselera bolehlah ditaruk dgn airbatu dan mmg menyegarkan bila meminumya.


 --------------------------------------------------------------------------





ARKIB

Bapa larikan anak ke Pakistan

Oleh MOHD. TURMADZI MADUN


BILAL yang dilarikan bapanya Nasir sejak 26 Julai lalu.

KUALA LUMPUR - Selepas berakhirnya kisah Siti Nadzirah Mohd. Nasir, 21, yang terpaksa berulang alik ke Pakistan sebelum dia mendapat semula anaknya, kini timbul pula kisah hampir sama membabitkan Salwanis Ma'az, 31.
Pegawai Penyelidik di Stesen Penyelidikan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) itu, kini sedang sengsara mengenangkan nasib bayi lelakinya, Muhammad Bilal yang baru berusia tiga bulan hasil perkongsian hidup dengan seorang rakyat Pakistan, Nasir Mahmood Qadri Nisar Ahmed, 39 (gambar kecil).
Salwanis yang tinggal di Serdang Perdana di sini berkata, beliau mengenali suaminya itu melalui ruangan sembang internet dan telah berkahwin empat bulan kemudian di Kepala Batas, Pulau Pinang, Ogos tahun lalu.
Bagaimanapun, menurutnya, semasa mengandung lapan bulan, suaminya minta mereka tinggal berasingan selepas mendakwa dia (suami) terlalu tertekan dengan masalah perniagaan yang dihadapinya.
Suaminya mempunyai perniagaan sebuah pasar mini tidak jauh dari rumahnya dan juga menjadi pembekal peralatan sukan. Bagaimanapun, katanya, selepas beliau melahirkan anaknya, Nasir selalu datang menziarahi dan kadang kala membawa anaknya keluar.
Cerita Salwanis, pada pukul 7 pagi, 26 Julai lalu, seperti biasa suaminya yang juga jurulatih taekwando datang menjemput anaknya dengan alasan mahu membawa ke rumah sepupunya yang tinggal tidak jauh dari rumahnya.
"Selepas empat jam, Bilal tidak dihantar pulang, saya mula risau selain perlu menyusukan Bilal.
"Saya pergi ke rumah sepupu suami saya yang tidak jauh dari rumah tetapi mendapati rumah tersebut tiada penghuni menyebabkan saya mula mengesyaki sesuatu,'' kata beliau semasa membuat aduan di Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO di Jalan Kampung Attap di sini semalam.
Menurutnya, dalam keadaan panik, beliau pergi pula ke pasar mini suaminya tetapi suaminya juga tidak ada di situ.
Berikutan itu, Salwanis memberitahu, dia telah menghubungi telefon bimbit suaminya dan alangkah terkejutnya apabila suami memaklumkan dia sedang dalam perjalanan ke Dubai bersama Bilal.Katanya, tanpa membuang masa beliau telah bergegas ke Pesuruhjaya Tinggi Pakistan di sini yang kemudiannya dimaklumkan suaminya memang ada membuat permohonan pasport dan visa Pakistan buat Bilal.
"Pemeriksaan dengan imigresen juga mengesahkan yang suaminya telah keluar bersama anaknya dari negara ini pada 26 Julai,'' katanya yang mengesyaki anak dan suaminya ada di Pakistan.
Bagaimanapun, kata wanita itu, beliau juga mengesyaki sesuatu selepas suaminya pernah menunjukkan wang RM23,000 kononnya 'hadiah' yang diperolehnya selepas membawa Bilal berjumpa dengan seseorang beberapa minggu lalu.
"Saya takut ada kemungkinan Bilal dijual kepada sindiket sebab itu suami saya dapat wang sebanyak itu,'' katanya.
Oleh itu, ujarnya, beliau kini berharap ada pihak yang dapat membantunya mencari dan mendapatkan kembali anaknya.
Tambahnya, selain khuatir dengan keadaan anaknya, beliau juga tidak tahan menanggung bebanan ansuran bulanan kereta dan sewa premis pasar mini yang kesemuanya berjumlah RM2,100 yang didaftarkan atas namanya.

ULASAN SAYA:

Melihatkan gambar ayah kpd bilal ini dgn serban hijaunya beliau adalah seorang pengikut brelwi yg ada mempunyai sedikit kefahaman yg berlainan dari mazhab hanafi lebih lebih lagi tentang nur muhammad.dipakistan golongan ini juga adalah antara golongan majoriti.ada juga antara golongan ini yg melampau dgn menjadikan kubur org alim atau yg dianggap wali sebagai tempat utk meminta pertolongan.jika kita berpeluang kekuburan yg didakwa mereka hebat itu maka ada antara mereka yg akan sujud kekuburan tersebut.belum kita bercerita lagi pasal setiap tangga dan kubur yg dicium mereka tapi bknlah semuanya begitu.

Dipakistan bkn semua yg berjanggut itu baik krn ianya sudah menjadi budaya menyimpan seperti mana diafghanistan antara yg dihukum gantung krn kesalahan liwat adalah mereka yg berserban.ada juga kes yg ada berlaku iaitu ketika beratur membeli tiket bas,dimana ada yg berjanggut dibelakang "berjoget" dgn "pung.... "org yg didepan.berjumpa org yg cakap pasal islam  ni mmg banyak disana namun tak semua berperangai seperti apa yg dikata.

PERSEDIAAN MENTAL KAHWIN WARGA ASING!

Persediaan mental dan spiritual penting jika ingin kahwin warga asing


(Kisah dari akhbar lama)

Kepayahan ibu muda Siti Nadzirah Mohd Nasir dalam memperjuangkan hak penjagaan terhadap anak lelakinya berusia setahun hasil perkahwinan dengan warga Pakistan mungkin boleh dijadikan iktibar kepada wanita dalam memilih pasangan hidup.
Ungkapan jodoh pertemuan di tangan tuhan adalah satu ketentuan tetapi sewajarnya seoang wanita mengkaji dahulu siapakah calon suami sebelum bersetuju mengikat tali perkawinan.
Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Nurhidayah Muhd Hashim berkata apabila seorang ingin berkahwin dengan warga asing, banyak persediaan perlu dilakukan khususnya persediaan mental, spiritual, fizikal dan kewangan.
"Kita terpaksa mengakui perbezaan budaya, suasana, makanan, serta cara hidup seseorang itu akan mempengaruhi pasangan. Ajaran Islam juga menyarankan agar menilai bakal pasangan yang secara tidak langsung menunjukkan perkahwinan itu adalah sesuatu dirancang dan bukan sekadar berserah," katanya.
Nurhidayah berkata adalah amat penting bagi seorang perempuan untuk mengkaji latar belakang calon suami kerana selepas berkahwin mereka terpaksa akur dengan keputusan suami, termasuk perlu meninggalkan keluarga di negara sendiri dan mengikut suami ke negara asing.
"Kegagalan membuat persediaan boleh menimbulkan kejutan demi kejutan yang mungkin menjadi faktor kepada kegagalan perkahwinan," katanya.
Menurutnya apabila sudah berkahwin, isteri perlu mengikut suami yang pastinya akan kembali semula ke negara asal dan pada peringkat ini perbalahan sering terjadi yang seterusnya membawa kepada perpisahan.
Nurhidayah berkata kesan daripada perpisahan itu adalah perebutan anak dan lebih memilukan sehingga berlakunya insiden menculik anak antara bekas isteri dan suami.
Siti Nadzirah, 20, masih berjuang untuk mendapatkan hak penjagaan kekal terhadap anaknya Arman Khan hasil perkahwinan dengan Faizal Azim pada 17 Jan 2006 yang kemudian mengikut suaminya pulang ke Pakistan pada 14 Feb tahun lepas.
Sepanjang lima bulan berada di Pakistan, Siti Nadzirah mendakwa diberi layanan buruk dan hanya diberi minum susu kerbau dicampur air gula oleh keluarga mertuanya menyebabkan beliau nekad untuk pulang ke Malaysia.
Sementara itu, Peguam Syarie dan Runding Cara Keluarga Islam Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain berpendapat berkahwin dengan lelaki warga asing boleh diatasi sekiranya individu itu mempunyai pegangan agama yang kuat.
"Kita tak boleh halang...tetapi sebaiknya sebelum mengahwini lelaki warga asing, fikirkan sedalamnya akan risiko yang bakal dihadapi dan jangan jadikan rasa cinta menguasai diri," katanya.
Mohd Zaidi berkata antara jalan terbaik mengatasi masalah berebut anak ialah ketepikan sikap pentingkan diri, bertolak ansur dan fikirkan masa depan anak.
Mengenai kes seumpama itu yang pernah dikendalikannya, beliau berkata kebanyakan kes membabitkan usia perkahwinan yang masih di peringkat bawah lima tahun.
Terdapat beberapa kes yang mula dikendalikan ketika usia anak baru berumur setahun masih belum selesai walaupun anak itu kini telah mencecah 18 tahun sematamata kerana sikap pasangan yang enggan bertolak ansur dan sukar menerima keputusan awal mahkamah, katanya.
Statistik menunjukkan bagi tempoh tiga tahun sehingga 2006, seramai 5,577 wanita tempatan berkahwin dengan lelaki asing sementara 19,633 lelaki tempatan mengahwini wanita asing. BERNAMA

ULASAN SAYA:

Dah banyak onar yg dibuat sebilangan puak pakistan ini ditempat mereka dan ditempat kita.kadangkala terasa susahnya sya nk memahamkan gadis dan wanita kita yg tak tahu apa apa ini takkala cinta telah menguasai diri.mabukkah namanya?
Lain kali kalau ada puak mereka ni nk kahwin dgn gadis atau wanita kita cuba test mereka dgn menyuruh mereka berjanji akan kahwinkan pula org lelaki kita dgn adik beradik atau saudara mara mereka.tengok apa jawapannya! (jgn haraplah).


------------------------------------------------------------------------------


Kisah sedih Gadis Diperdaya Majikan Pakistan|6 Bulan Tersadai Di Pakistan


Tanpa teman, tanpa keluarga, memberikan Nur Quranie Muhammad Shahpiie, 21, menjadikan peristiwa pahit itu sebagai pengalaman paling tragis dalam hidupnya.
Segalanya bermula selepas Nur Quranie ditakut-takutkan kononnya akan diburu ah long, selepas majikan terbabit membuat pinjaman wang dengan sindiket pemberi pinjaman wang haram.
Nur Quranie tidak menyangka akhirnya perkara itu mengundang sengsara bukan sahaja kepada diri sendiri malah keluarga.
“Saya mula mengenali majikan terbabit, seorang wanita berusia 38 tahun, awal tahun lalu dan ketika itu wanita berkenaan mengusahakan sebuah perniagaan di Jalan Bunga Raya bersama suaminya seorang warga Pakistan.
“Selepas bekerja selama kira-kira tiga bulan di kedai berkenaan, saya tidak sangka, dia (majikan) menggunakan saya sehinggakan kad pengenalan saya turut disimpannya.
“Majikan memberitahu saya, dia meminjam wang along dan tidak mampu bayar, lantaran mendesak saya supaya melarikan diri ke Pakistan. Dia menakut-nakutkan saya, kononnya akan diancam along sekiranya tidak ikut, sebabnya saya adalah pekerjanya,” katanya yang menjadi punca dia lari ke Pakistan.
Nur Quranie berkata, turut sama mengekorinya ke Pakistan adalah anak saudara kepada suami majikan, yang bernama Abd Majid Abd Karim, 25, dan setibanya di sana, mereka dibawa ke Dewana Baba, dalam daerah Buner yang bersempadan dengan Afghanistan.
“Sepanjang berada di sana, saya dilayan bagaikan orang gaji sedangkan sebelum pergi dia kata saya ke sana umpama melancong.
“Selepas beberapa bulan di sana, majikan terbabit bertindak meninggalkan saya bersama Majid dan kami tinggal menumpang di rumah saudara Majid. Setiap hari saya menonton siaran berita televisyen di sana tentang peperangan dan kekacauan. Saya jadi semakin bimbang apabila mendapat tahu lokasi berlakunya kejadian itu tidak jauh dari daerah saya tinggal,”
Nur Quranie berkata, selepas empat bulan berada di Pakistan, akhirnya dia berjaya menghubungi keluarga di Melaka namun, itu pun atas bantuan saudara kepada Majid yang meminjamkan telefon.
“Mujur saya dapat menghubungi keluarga dan merekalah yang memohonkan bantuan menerusi Pembela BN Melaka yang akhirnya isu saya mendapat perhatian Kementerian Luar.
“Saya lega apabila ada kakitangan di Kedutaan Malaysia di Islamabad menghubungi yang kemudiannya mengaturkan saya bersama Majid keluar dari Pakistan.
“Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang menyelamatkan saya dari terus tersadai di negara berkenaan seterusnya dapat kembali ke tanah air pada 22 Februari lalu,” katanya.
Menurut Nur Quranie, sebaik kembali masalah lain menanti pula apabila beberapa agensi kewangan mula menghubunginya kononnya ada meminjam sejumlah wang.
“Saya terkejut apabila diberitahu keluarga beberapa agensi kewangan mencari saya berikutan kegagalan saya membuat pembayaran balik sejumlah wang bernilai ratusan ribu ringgit.
Lebih mengejutkan lagi apabila saya bakal dikenakan tindakan muflis sekiranya gagal menjelaskannya.
“Semua itu adalah angkara majikan saya. Saya tidak tahu langsung dia ada menukarkan nama saya dan Majid sebagai pengarah urusan syarikat sehingga tergamak membuat pinjaman menggunakan nama kami tanpa pengetahuan.
“Patutlah selama ini, dia menyimpan kad pengenalan saya, rupa-rupa dia mahu mempergunakan saya. Sebelum ini dia ada menyuruh saya menandatangani beberapa borang kononnya atas tujuan kerja.
“Bayangkan dalam keadaan usia saya sebegini telah membuat pinjaman ratusan ribu ringgit,” katanya.
Sementara itu, masalah Nur Quranie terus mendapat pembelaan daripada Pembela BN Melaka yang berjanji akan membantu menyelesaikan kekusutan yang berlaku.
Pengarahnya, Amir Hamzah Aziz berkata, Pembela akan menyediakan khidmat guaman bagi membantu gadis berkenaan dan seterusnya memaklumkan kepada Bank Negara tentang situasi sebenarnya.
“Gadis ini sebenarnya diperdaya bekas majikannya dan kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengesan di mana dia berada bagi diambil tindakan undang-undang,” katanya.

ULASAN SAYA:

Sedih mmg sedih .nasib bangsa dipermainkan dinegara sendiri.kenapa mudah kita mempercayainya,melihatkan janji kebanyakkan org pakistan ini ketika belajar dulu mmg banyak yg tak boleh percaya.lebih lebih lagi istilah ek minit,karib,kal dll.Bayangkan menumpang  dinegara kita sendiri pun mereka berani berbuat dan boleh permainkan kita apatah lagi dibumi mereka.ingatlah org pakistan ni majoriti bertubuh besar.sakitkah agaknya kalau kena pukulan mereka?