Saturday 22 August 2015

ULASAN SAYA DIDALAM EMAIL EMAIL: (part 1 + part 2)


Dikesempatan ini sya kumpulkan sedikit beberapa ULASAN SAYA yang ada sya jawap dibeberapa email yg dihantar ke inbox saya utk bertanyakan soalan.
(ada satu dua perkataan yg sya ubah sedikit disini dikhuatiri kurang tepat)
Tujuan sya paparkan adalah utk bacaan umum agar penanya yg menghadapi situasi yg sama dpt menjadikan ulasan itu sbagai rujukan,juga dapat mengurangkan soalan yg sama terpaksa dijawap berulang ulang.
Terimakasih yg tak terhingga juga diucapkan kepada mereka yg sudi bertanya kpd saya melalui email,yang mana secara tak langsung turut membantu saya utk memperkatakan isu isu yg berlaku dikalangan gadis atau wanita kita yg mungkin terlepas dari pandangan saya.
Jgnlah malu malu utk bertanya dan saya alu alukan sebarang soalan dan saya tidak mendedahkan diblog ini apakah soalan soalan yg bersifat pribadi mereka dan siapakah pengirim kpd email tersebut krn privasi yg harus dijaga kecuali diizinkan itupun tanpa alamat email pengirim maklumlah kebanyakkan yg menanya banyak mendedahkan crita pribadi mereka dikaitkan dgn soalan soalan pula maka saya pun serba salah macamana nk pecahkan atau asingkan dialog dialog soalan itu!

===========================

(PART 1)

Soalan: warga islamabad dan mengenai dokumen yg ditunjukkan.

Ulasan 1:

Terimakasih atas email yg dihantar.Insyaaalah sya cuba membantu tapi Keputusan terpulanglah pada yg empunya diri.

Bagi pandangan saya abaikan dia adalah jln utk mengelakkan risiko yg akan dtg.risiko utk tak mahu cari penyakit."kalau dia buat perangai pun sya bkn isteri dia"

Dia dari islamabad?sya pernah berada di islamabad yg mana sblm itu kawan sya memberitahu ada melihat  terjadinya kes perempuan diangkut keluar oleh beberapa org lelaki dari rumahnya utk berkahwin secara paksa ,dimana setiap dua tangan dan dua kakinya ditarik setiap seorang utk dimasukkan kedlm kereta yg mana keadaan perempuan itu menjerit jerit meminta org ramai agar ia diselamatkan,malangnya tiada org yg mahu ambil tahu termasuk jiran jiran yg buat tak tahu je,betapa hidup diislamabad tiada erti hidup berjiran atau bermasyarakat.

Sya pernah bertegur sapa dgn beberapa org pakistan yg ada dimalaysia dan bila sya tanya berasal dari mana kebanyakkannya memberikan jwapan yg tak tepat,mereka lebih mudah memberikan nama tempat tempat yg masyhur atau yg agak dikenali dipakistan.
Cth:dia duduk bunir tapi kata duduk Peshawar atau duduk islamabad,ada pula yg kata
duduk lahore tapi gujrat padahal jarak antara satu sama lain beratus km.
Bila saya tanya nama nama tempat yg pernah sya pergi yg didakwa tmpat mereka tinggal,hairan langsung tak tahu pula,ada yg kata duduk bandar tapi rupanya duduk jauh dikg kg pendalaman yg hidupnya susah.

Tentang dokumen pula yg menjadi masaalah ialah benar atau tidak?Cerita tntang dokumen dan surat surat palsu pula dipakistan ini mmg bermasaalah dari dulu lagi krn ijazah palsu ada,ijazah beli pun ada, semua boleh.asal ada duit.Berapa ramai ahli parlimen pakistan yg ada ijazah palsu.kawan sya ada pengalaman masuk wad hospital dinegara mereka,bila Kami ziarah dia tgk pesakit kurang diberi layanan,rawatan pun lebih kurang,mujur ada pelajar malaysia bhgian kedoktoran dtg membantu hingga bertekak dgn doktor,jika anda kesana adakalanya berlaku bila anda keklinik dan beritahu sakit anda maka terhegeh hegeh doktor klinik tadi membuka buku kedoktoran didepan kita utk melihat sakit kita.klinik kat sana tumbuh mcm cendawan.
Memalsukan dokumen mmg banyak.kalau duit palsu pun boleh buat dokumen lagilah.alangkah dah ada dokumen yg real pun boleh ditutup sebelah mata.cth kisah benar yg terjadi dikarachi.seorang pelajar malaysia yg dh confirm tiket flight balik kemalaysia ,tarikh berlepas dah tetap,waktu pun dah tetap.tiket pun dah beli tapi bila smpai airport nk balik malaysia apa yg berlaku?bila dia nk ambil boarding pas pihak penerbangan kata seat utk dia tak ada,walaupun kat tiket ada nama tapi kat boarding pas tak ada nama,pelik!.Seat pula dah penuh,akhirnya balik la ia semula ketmpat ia tinggal menanti penerbangan flight yg sama diminggu hadapan pula.byangkan mcmana seat tak ada?kan tiket dah confirm,kalau ikut siapa pun tak boleh kacau! Rupa rupanya ada org pakistan yg nk terbang cepat ni sogok kat pjabat penjualan tiket penerbangan utk memadamkan nama penumpang lain utk dptkan seat utknya,akhirnya yg jadi mangsa pelajar kita juga,org malaysia lagi,yg mana mak bapak dia punyalah tertungu tunggu diairport ditanahair.Tahukah anda syarikat penerbangan mana tu?ianya ialah malaysia airlines.adakah salah mas.tidak! tapi salah perangai staff yg ambil rasuah lebih lebih lagi semua staff dipjabat jualan tiket mas dikarachi ini semuanya org pakistan.

Knapa dia pilih cik?sedangkan ramai wanita diorang yg lagi cun melecun,setahu sya kalau org pakistan ada isteri org malaysia ni kebanyakkan org pakistan akan dpt duduk lama lama dimalaysia walaupun tk dpt kewarganegaraan malaysia hanya sekadar renew permit je,secara tak langsung senang la mereka nk lama lama berniaga ditmpat kita.Untung sini pula lumayan berbanding ditmpat mereka,lagipun brg ditmpat mereka murah murah,tak boleh jual mahal untung tak tinggi.
sya pernah berjumpa org pakistan wlaupun dia dh beristeri dgn org pakistan yg sebangsa dan dimport bawa dari sana pun tapi masih nk berkahwin dgn perempuan kita,knapa? demi kesinambungan perniagaan mereka agar terus mudah di backup,maklumlah isteri warga malaysia.

Sya tak tahu isi hati sebenar org pakistan yg berkawan dgn cik tu tapi kata org mencegah lebih baik dari merawati.

============================


Soalan: mengenai warga kashmir dan ibu yg tidak bersetuju

Ulasan 2:

Waalaikumussalam
Terimakasih atas email yg dihantar.

Siapalah kita.kita ialah seorang anak yg mempunyai seorang ibu.
Jika 3org tenggelam didlm lombong serentak,seorang ibu.seorang anak dan seorang isteri maka siapakah yg akan kita selamatkan dulu.kita hanya ada 1 pilihan sahaja.maka dlm situasi begini ibulah yg akan kita selamatkan krn isteri boleh dicari ganti.anak juga boleh dptkan yg lain tapi ibu tiada gantinya.kalaulah jahat mcamana pun ia ttp ibu kita,pernah ke kita terfikir utk cari perkara yg boleh   membahagiakan ibu?mcmana pun keadaan kita satu hari nanti kita akan berbalik kpd ibu kita juga.ibulah yg membesarkan kita bkn kwan atau boyfriend kita.ibulah tmpat kita bermanja.
knapa dgn org luar yg tak membesarkan kita,yg tk ada apa hubungan asal dgn kita,yg boleh ambil apa jua kesempatan dgn memerangkap menggunakan cinta menyebabkan kita terlupa lidah yg menasihat kita adalah dari lidah ibu kita.ibulah yg risau tntang anaknya.sedangkan kawan kawan atau boyfriend hanya suka bersama kita shj.

Tentang warga kashmir semua rakyat mereka sama shj ada yg okay dan ada yg tidak.kashmir ada 2 ,satu jamu kashmir bawah jajahan india manakala bawah jajahan pakistan pula dipanggil azad kashmir.yakni azad bermakna bebas.iaitu kashmir yg bebas (dari jajahan india)
sya pernah 3 kali kesana mmg cantik kawasannya.panorama gunung ganang mcm eropah.

Buatlah Solat istiqarah minta petunjuk dari tuhan dan solat hajat minta dimudahkan mana yg baik dan diberikan kesabaran.jika keputusan utk menghidari dtg maka ianya juga khair dari tuhan.seolah olah suis tu jgn dipetik .itulah yg terbaik.anggaplah seolah olah anda tak pernah berkawan atau bercinta dgn warga mereka.
percintaan bkn brg boleh di try try atau di test test.
Ianya amat mengasyikkan hingga mereka yg asyik menganggap jln yg tak betul pun dianggap betul.smpai ada org mengatakan cinta itu buta.
Semua org inginkan kebahagiaan tapi kita mesti amat amat berhati hati apabila memilih jln kebahagiaan yg lebih berisiko dgn berkahwin dgn pakistan.jgn smpai sangka yg indah akan dtg sebaliknya malapetaka dlm Hidup yg dtg.

=====================

Soalan: Pandangan tentang blog

Ulasan 3:

Oh ye lupa nk britahu, mungkin ada yg beranggapan adakah saya seorang yg 'anti' pakistan apabila membaca blog tersebut?oh tidak! sya masih mempunyai hubungan baik dgn mereka, ketika ini pun sya dah hampir sebulan melayan rombongan dari muzafargarh pakistan yg dtg ke tanahair kita yg dijangka pulang semula pada 13 may ini,tulisan sya diblog itu pun bukanlah kpd "anti pakistan" tapi berdasarkan tunjuk jln kepada yg ingin tahu dlm bab bab perkahwinan dgn mereka,ada juga pengalaman yg saya tak ceritakan diblog sya tapi ada sya ceritakan ketika menjawab email email pembaca.
skian utk makluman. terimakasih!

=========================

Soalan: Tentang ilmu pengasih dikalangan warga pakistan

ULASAN 4:


Terimakasih atas email yg dihantar . Rasanya ilmu pengasih dikalangan warga pakistan tiada krn setahu saya tidak ada rekod warga mereka mengamalkannya dan itu bkn budaya mereka,bagi mereka memberi puji pujian dan pandai mengambil hatilah adalah ibarat "ilmu pengasih yg paling suci".
sya ada membuka blog tentang hal hal perkahwinan dgn warga pakistan ini namun terlebih dahulu sya meminta maaf atas isi kandungan blog tersebut dan sya ingin jelaskan disini bahawa sya bknlah penghalang kpd sesiapa yg ingin mengahwini warga mereka dan lps membaca blog dibawah jgnlah marahkan sya pula,benar bkn semua jahat ,yg baik pun ada cuma ambil jln berhati hati seperti sikap yg xxxxx (maaf!nama dideletekan) sendiri ada.pointnya ialah menghalang bknlah keputusan muktamad.
Kpd pembaca yg dh membaca blog sya dan jika mereka adalah golongan yg baru nk bercinta dgn warga pakistan ini atau yg blm sempat bercinta dan juga dikalangan ahli keluarga perempuan biasanya semuanya mereka bersikap positif setelah membaca blog tersebut manakala yg dh benar benar kemaruk cinta mmg adalah golongan yg sukar pula menerima, adakah cinta itu buta, wallahualam!
Sekian,.... selamat membaca .

Apa yg baik dari Allah,apa yg kurang dari kelemahan sya sendiri.

============================

Soalan: Mengenai nasib wanita yg disepak dipakistan


ULASAN 5:



Tentang gadis sabah yg disepak, diterajang, dipukul dan dia kata dijadikan seperti hamba tu sya jumpa di embassy malaysia di islamabad ketika ingin renew passport saya,dia ada juga kata ia selalu ditipu,suaminya selalu cakap bohong dgn dia, padahal katanya ia tak pernah sekalipun berbohong krn telah dididik oleh keluarganya dulu yg pantang jika ahli keluarganya berbohong,bersama dia ada 2 org anak dia yg masih kecil,dia pergi ke embassy utk mengadu dan minta utk balik ke malaysia.sya tgk staf embassy agak marah marah kerana kes kes rumahtangga mcm ni dah byk kali diadukan diembassy oleh wanita wanita kita, staf tu kata 'akak,ini bkn tempat mengadu masaalah rumahtangga akak, ini pejabat kak, pejabat!
Mmg saya pun dh dgr mcm mcm cerita sblm tu tentang kes kes rumahtangga yg berlaku dikalangan wanita kita ni disana,saya faham ianya mungkin tekanan juga kpd staf embassy ni.maklumlah kes mcm ni dah terlalu banyak.
Akhirnya staf embassy tadi menawarkan akak tadi utk menggunakan talipon kedutaan utk menghubungi keluarga akak tu tentang tiket utk ia balik ketanahair krn pihak embassy tidak ada menyediakan perkhidmatan seperti itu,akak tadi telah minta keluarganya disabah utk belikan tiket utk ia balik, lps tu sya tanya lps ni akak nk kemana? katanya terpaksa la ia balik kerumah suaminya semula sementara urusan tiket diuruskan oleh keluarganya disabah.katanya lagi 'tak tahulah akak mungkin suami akan pukul lagi krn dia pergi ke embassy pun diam diam ketika suaminya tiada dirumah,maklumlah dia pernah dihalang oleh suaminya sblm ini,kemudian sya lihat dia keluar dari embassy utk balik dgn berjalan kaki kestation yg agak jauh juga sebagaimana ia kata itulah cara ia dtg diembassy tadi,dari rumah ke embassy lebih kurang 3-4 jam  perjalanan.
Itulah kali terakhir sya melihatnya, tak tahulah apa yg berlaku slps itu, wallahualam!
Apa pun tahniahlah kpd akak tu krn akak tu cepat menguasai bahasa daerah mereka tu.bkn senang bahasa daerah tu kak, sya pun tk reti mana, maklumlah bkn tinggal kat tempat mereka.berkat akak tu tak pernah cakap bohongla agaknya.

|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||

PART 2

SOALAN:
Tentang teman lelaki pakistan sanggup tandatangan perjanjian yg dibuat utk berkahwin.

ULASAN 1:

Terimakasih atas kehadiran email.
Jika suami sanggup tinggal dimalaysia kuranglah sedikit risikonya.Tntang surat tu boleh chop dgn pesuruhjaya sumpah dan utk kuat lagi boleh buat surat perjanjian dipjabat guaman.namun sudah tentu ianya memerlukan kos.
Cuma apa yg terpakai itu tidak semestinya ianya legal bila berada dipakistan dgn undang undang yg berlainan,lebih lagi undang undang disana lebih sedikit memihak kpd kaum lelaki,senang kata jika suami ada dimalaysia maka ianya boleh dirujuk utk tindakan saman tpi jika suami lari kepakistan mmg teramat susah utk perkara itu dikuatkuasakan.
Hanya itu yg sya tahu namun lebih baik pn. merujuk kpd pihak yg berkenaan utk kepastian.
Mengenai suami yg lari dan tidak balik dan isteri yg mahu memohon penceraian ini lah antara masaalah yg agak mencabar krn sya dgr ianya mengambil masa yg agak lama utk diselesaikan, bayangkan dgn warga sendiri pun terpaksa turun naik mahkamah dan ada yg smpai setahun pun tk selesai selesai apatahlagi tnpa kehadiran suami warga asing yg lari balik kenegara sendiri.

------------------------------



No comments:

Post a Comment