Saturday 1 August 2015

PERSEDIAAN MENTAL KAHWIN WARGA ASING!

Persediaan mental dan spiritual penting jika ingin kahwin warga asing


(Kisah dari akhbar lama)

Kepayahan ibu muda Siti Nadzirah Mohd Nasir dalam memperjuangkan hak penjagaan terhadap anak lelakinya berusia setahun hasil perkahwinan dengan warga Pakistan mungkin boleh dijadikan iktibar kepada wanita dalam memilih pasangan hidup.
Ungkapan jodoh pertemuan di tangan tuhan adalah satu ketentuan tetapi sewajarnya seoang wanita mengkaji dahulu siapakah calon suami sebelum bersetuju mengikat tali perkawinan.
Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Nurhidayah Muhd Hashim berkata apabila seorang ingin berkahwin dengan warga asing, banyak persediaan perlu dilakukan khususnya persediaan mental, spiritual, fizikal dan kewangan.
"Kita terpaksa mengakui perbezaan budaya, suasana, makanan, serta cara hidup seseorang itu akan mempengaruhi pasangan. Ajaran Islam juga menyarankan agar menilai bakal pasangan yang secara tidak langsung menunjukkan perkahwinan itu adalah sesuatu dirancang dan bukan sekadar berserah," katanya.
Nurhidayah berkata adalah amat penting bagi seorang perempuan untuk mengkaji latar belakang calon suami kerana selepas berkahwin mereka terpaksa akur dengan keputusan suami, termasuk perlu meninggalkan keluarga di negara sendiri dan mengikut suami ke negara asing.
"Kegagalan membuat persediaan boleh menimbulkan kejutan demi kejutan yang mungkin menjadi faktor kepada kegagalan perkahwinan," katanya.
Menurutnya apabila sudah berkahwin, isteri perlu mengikut suami yang pastinya akan kembali semula ke negara asal dan pada peringkat ini perbalahan sering terjadi yang seterusnya membawa kepada perpisahan.
Nurhidayah berkata kesan daripada perpisahan itu adalah perebutan anak dan lebih memilukan sehingga berlakunya insiden menculik anak antara bekas isteri dan suami.
Siti Nadzirah, 20, masih berjuang untuk mendapatkan hak penjagaan kekal terhadap anaknya Arman Khan hasil perkahwinan dengan Faizal Azim pada 17 Jan 2006 yang kemudian mengikut suaminya pulang ke Pakistan pada 14 Feb tahun lepas.
Sepanjang lima bulan berada di Pakistan, Siti Nadzirah mendakwa diberi layanan buruk dan hanya diberi minum susu kerbau dicampur air gula oleh keluarga mertuanya menyebabkan beliau nekad untuk pulang ke Malaysia.
Sementara itu, Peguam Syarie dan Runding Cara Keluarga Islam Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain berpendapat berkahwin dengan lelaki warga asing boleh diatasi sekiranya individu itu mempunyai pegangan agama yang kuat.
"Kita tak boleh halang...tetapi sebaiknya sebelum mengahwini lelaki warga asing, fikirkan sedalamnya akan risiko yang bakal dihadapi dan jangan jadikan rasa cinta menguasai diri," katanya.
Mohd Zaidi berkata antara jalan terbaik mengatasi masalah berebut anak ialah ketepikan sikap pentingkan diri, bertolak ansur dan fikirkan masa depan anak.
Mengenai kes seumpama itu yang pernah dikendalikannya, beliau berkata kebanyakan kes membabitkan usia perkahwinan yang masih di peringkat bawah lima tahun.
Terdapat beberapa kes yang mula dikendalikan ketika usia anak baru berumur setahun masih belum selesai walaupun anak itu kini telah mencecah 18 tahun sematamata kerana sikap pasangan yang enggan bertolak ansur dan sukar menerima keputusan awal mahkamah, katanya.
Statistik menunjukkan bagi tempoh tiga tahun sehingga 2006, seramai 5,577 wanita tempatan berkahwin dengan lelaki asing sementara 19,633 lelaki tempatan mengahwini wanita asing. BERNAMA

ULASAN SAYA:

Dah banyak onar yg dibuat sebilangan puak pakistan ini ditempat mereka dan ditempat kita.kadangkala terasa susahnya sya nk memahamkan gadis dan wanita kita yg tak tahu apa apa ini takkala cinta telah menguasai diri.mabukkah namanya?
Lain kali kalau ada puak mereka ni nk kahwin dgn gadis atau wanita kita cuba test mereka dgn menyuruh mereka berjanji akan kahwinkan pula org lelaki kita dgn adik beradik atau saudara mara mereka.tengok apa jawapannya! (jgn haraplah).


------------------------------------------------------------------------------


Kisah sedih Gadis Diperdaya Majikan Pakistan|6 Bulan Tersadai Di Pakistan


Tanpa teman, tanpa keluarga, memberikan Nur Quranie Muhammad Shahpiie, 21, menjadikan peristiwa pahit itu sebagai pengalaman paling tragis dalam hidupnya.
Segalanya bermula selepas Nur Quranie ditakut-takutkan kononnya akan diburu ah long, selepas majikan terbabit membuat pinjaman wang dengan sindiket pemberi pinjaman wang haram.
Nur Quranie tidak menyangka akhirnya perkara itu mengundang sengsara bukan sahaja kepada diri sendiri malah keluarga.
“Saya mula mengenali majikan terbabit, seorang wanita berusia 38 tahun, awal tahun lalu dan ketika itu wanita berkenaan mengusahakan sebuah perniagaan di Jalan Bunga Raya bersama suaminya seorang warga Pakistan.
“Selepas bekerja selama kira-kira tiga bulan di kedai berkenaan, saya tidak sangka, dia (majikan) menggunakan saya sehinggakan kad pengenalan saya turut disimpannya.
“Majikan memberitahu saya, dia meminjam wang along dan tidak mampu bayar, lantaran mendesak saya supaya melarikan diri ke Pakistan. Dia menakut-nakutkan saya, kononnya akan diancam along sekiranya tidak ikut, sebabnya saya adalah pekerjanya,” katanya yang menjadi punca dia lari ke Pakistan.
Nur Quranie berkata, turut sama mengekorinya ke Pakistan adalah anak saudara kepada suami majikan, yang bernama Abd Majid Abd Karim, 25, dan setibanya di sana, mereka dibawa ke Dewana Baba, dalam daerah Buner yang bersempadan dengan Afghanistan.
“Sepanjang berada di sana, saya dilayan bagaikan orang gaji sedangkan sebelum pergi dia kata saya ke sana umpama melancong.
“Selepas beberapa bulan di sana, majikan terbabit bertindak meninggalkan saya bersama Majid dan kami tinggal menumpang di rumah saudara Majid. Setiap hari saya menonton siaran berita televisyen di sana tentang peperangan dan kekacauan. Saya jadi semakin bimbang apabila mendapat tahu lokasi berlakunya kejadian itu tidak jauh dari daerah saya tinggal,”
Nur Quranie berkata, selepas empat bulan berada di Pakistan, akhirnya dia berjaya menghubungi keluarga di Melaka namun, itu pun atas bantuan saudara kepada Majid yang meminjamkan telefon.
“Mujur saya dapat menghubungi keluarga dan merekalah yang memohonkan bantuan menerusi Pembela BN Melaka yang akhirnya isu saya mendapat perhatian Kementerian Luar.
“Saya lega apabila ada kakitangan di Kedutaan Malaysia di Islamabad menghubungi yang kemudiannya mengaturkan saya bersama Majid keluar dari Pakistan.
“Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang menyelamatkan saya dari terus tersadai di negara berkenaan seterusnya dapat kembali ke tanah air pada 22 Februari lalu,” katanya.
Menurut Nur Quranie, sebaik kembali masalah lain menanti pula apabila beberapa agensi kewangan mula menghubunginya kononnya ada meminjam sejumlah wang.
“Saya terkejut apabila diberitahu keluarga beberapa agensi kewangan mencari saya berikutan kegagalan saya membuat pembayaran balik sejumlah wang bernilai ratusan ribu ringgit.
Lebih mengejutkan lagi apabila saya bakal dikenakan tindakan muflis sekiranya gagal menjelaskannya.
“Semua itu adalah angkara majikan saya. Saya tidak tahu langsung dia ada menukarkan nama saya dan Majid sebagai pengarah urusan syarikat sehingga tergamak membuat pinjaman menggunakan nama kami tanpa pengetahuan.
“Patutlah selama ini, dia menyimpan kad pengenalan saya, rupa-rupa dia mahu mempergunakan saya. Sebelum ini dia ada menyuruh saya menandatangani beberapa borang kononnya atas tujuan kerja.
“Bayangkan dalam keadaan usia saya sebegini telah membuat pinjaman ratusan ribu ringgit,” katanya.
Sementara itu, masalah Nur Quranie terus mendapat pembelaan daripada Pembela BN Melaka yang berjanji akan membantu menyelesaikan kekusutan yang berlaku.
Pengarahnya, Amir Hamzah Aziz berkata, Pembela akan menyediakan khidmat guaman bagi membantu gadis berkenaan dan seterusnya memaklumkan kepada Bank Negara tentang situasi sebenarnya.
“Gadis ini sebenarnya diperdaya bekas majikannya dan kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengesan di mana dia berada bagi diambil tindakan undang-undang,” katanya.

ULASAN SAYA:

Sedih mmg sedih .nasib bangsa dipermainkan dinegara sendiri.kenapa mudah kita mempercayainya,melihatkan janji kebanyakkan org pakistan ini ketika belajar dulu mmg banyak yg tak boleh percaya.lebih lebih lagi istilah ek minit,karib,kal dll.Bayangkan menumpang  dinegara kita sendiri pun mereka berani berbuat dan boleh permainkan kita apatah lagi dibumi mereka.ingatlah org pakistan ni majoriti bertubuh besar.sakitkah agaknya kalau kena pukulan mereka?


11 comments:

  1. Bukan semua pakistani macam apa yang awak gambar kan. Datuk saya pakistan. Bapa saya pakistan. Suami saya pakistan. Takde apa yang seperti awak gambarkan. Saya rasa tak kira melayu cina pakistan jawa.. Semua bergantung pada individu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Hawa. please contact me, haslindanur89@gmail.com

      Delete
  2. Susu kerbau tu adalah susu terbaik di pakistan bukan susu Lembu. Mungkin awak cepat menilai dan membuat perbandingan. Cuba baca artikel mengenai susu kerbau- ghee Yang terbaik pun dibuat Dari susu kerbau.

    ReplyDelete
  3. Susah nak cakap. Saya pernah bercerai dengan lelaki warga Jordan. Panas baran orangnya dan pemalas. Kerja nak kena ketuk baru jalan. Lama juga saya tak berteman selepas bercerai.

    Tahun lepas...depan kaabah saya berdoa pada Allah..moga bertemu jodoh tahun 2018 ini juga sebab nak kahwin tahun ini juga. Umur pun dah lanjut. Anak tak ada lagi ni.

    Nak tunggu lelaki Melayu? Dah cuba..jual mahal. Saya tau la saya ni tak la cantik..Badan berisi. Yang datang kalau nak berkawan pun...tak ikhlas. Nak menggesel2.

    Apa barang kalau jumpa 1st time dah menggatal cam tu? Ada pulak nak dengan kita umur dah pencen anak dah ramai. Biasa kalau macam ni berpenyakit pulak. Dan, soalan cepu emas biasanya.."U kerja mana? U gaji berapa?" Rimas betul.

    Sekarang berkenalan pula dengan mamat pakistan seorang ni. Saya tak tau la sebab Allah yang beri impak saya berdoa depan kaabah ke..atau dugaan apakah ini. Saya lupa pulak nak berdoa depan kaabah minta orang Melayu. Tapi kalau yang datang Malayu macam tadi? Hmm...
    Masalahnya mak & ayah tak setuju sebab orang luar lagi. Saudara pun ada tak setuju.

    Ini yang saya buntu..saya dah istikharoh. 2 kali mohon dengan Allah. Saya jiwa saya tenteram dan senang bila bercakap dengan mamat pakistan ni. Tak tau la saya. Sekarang ini cuma Redha..dan ikut saja flow...Doakan saya ada jodoh

    ReplyDelete
  4. Pakistan have many kind nation .punjbi are indian .sindi balochi are different. But khan are different generation. So every where good and bad people have.as for my knowledge punjbi is worse and bad people in Pakistan .other are good.im from Afghanistan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam hi, so far what do you think about Afghan?

      Delete
  5. perempuan melayu tak tahu malu tak sedar diri nak jugak batang pakistan masok sumbat dalam lubang puki perempuan melayu!!!!!puuuiiihhh!!!! yang lelaki melayu pun sama tak sedar diri tak takut azab Allah SWT di padang mahsyar!!! kena rejam dlm neraka... gatal nk kawin dgn wanita thailand indonesia keparat pukimak betul la!!!!! puiiihh!!!! buat malu agama islam!!!! puiiihh!!! haramjadah!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik, tidakkah encik sedar bahawa kata kata encik ini juga boleh memalukan agama islam. saya tidak menyokong mana mana pihak sekadar berharap encik boleh menggunakan kata kata yang lebih baik untuk menzahirkan rasa kesal encik

      Delete