Tuesday 19 January 2016

APA KATA SINAR HARIAN PADA HARI INI?




Kenapa ianya terjadi?
Apakah cara utk mengatasinya?

JEMPOL - Akibat berang dengan perangai suaminya yang selalu mendesak melakukan hubungan seks secara kasar, seorang isteri nekad memotong kemaluan suaminya ketika sedang tidur.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 pagi tadi, mangsa yang berusia 44 tahun merupakan seorang warga negara Pakistan mengalami pendarahan selepas kemaluannya dipotong dengan mata pisau cukur.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superitenden Noorzainy Mohd Noor  berkata, melalui siasatan awal yang dijalankan, kejadian dipercayai berpunca daripada sikap suami yang suka mendesak isterinya, melakukan hubungan seks secara kasar.
Katanya, sebelum kejadian, berlaku pertelingkahan antara mereka sehingga menyebabkan isterinya yang berusi 51 tahun itu dipukul kerana enggan mengikut kemahuan suami.
"Semasa suami sedang tidur, isterinya mengambil sebilah pisau cukur kemudian memotong bahagian sulit suaminya.
"Dalam keadaan berdarah, lelaki itu kemudiannya menuju ke Balai Polis Batu Kikir untuk meminta bantuan.
"Dia kemudiannya di bawa ke Hospital Jempol, sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur untuk penyambungan semula kemaluan yang telah dipotong," katanya kepada Sinar Harian.
Tambahnya, mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di hospital.
Kata Zainy, kedua-dua pihak telah membuat laporan polis dan pihaknya telah merakam percakapan mereka  untuk tindakan susulan.
"Isteri mangsa dibawa ke Mahkamah Majisteret Jempol untuk mendapatkan perintah reman," katanya.
Kes akan disiasat mengikut Sesyen 326 Kanun Keseksaan.

Link kisahnya ada dibawah ini:



Maaf byk byk krn kali ini menyiarkan kisah kisah yg agak "pemalu" di dlm ruangan ini.