Friday 26 December 2014

TAHUN 2015 AZAM LEBIH UTK MENJAGA DIRI


Tanamkan azam bagi gadis dan wanita kita utk lebih berhati hati dengan lebih menjaga harga diri dari mudah ditipu, dipermainkan,digula gulakan lebih lebih lagi terhadap org luar yg jauh , yg kita tidak tahu tentang perangai dan keadaan atau situasi sebenar mereka ditempat mereka.ingatlah apabila kita kahwin ditempat sendiri dan berlaku apa apa kita masih disini,kita masih ditanahair, masih ada tempat utk lari atau mengadu.kita tahu jln balik, masih ada keluarga,ibu ayah, Ada sanak saudara, ada adik beradik, ada kawan taulan utk ikhtiar diminta tolong,bagaimana pula jika kita ditipu, dipermainkan, dizalimi, diseksa ketika kita berada jauh dinegara mereka?

Sunday 16 November 2014

BERAPA RAMAI WANITA YANG DISIMBAH ASID?

Yg kena curah asid sampai ketangan.


Dlm link video yg dipaparkan dibawah, Ini hanyalah antara 600 org yg dibawah organisasi yg menjadi mangsa,bkn semua mangsa dan tidak termasuk kes kes simbahan asid yg tidak dilapurkan kerana malu!
Adalah dimaklumkan lebih dari 100 org perempuan menjadi mangsa simbahan asid setiap tahun dipakistan,kebanyakan oleh suami mereka.

Klik link utk melihat video antara mangsa curahan asid dipakistan.


https://www.youtube.com/watch?v=ErFnCDqwQL0&feature=youtube_gdata_player


Inilah antara masalah yg kerap berlaku berpuluh tahun sejak dulu lagi, kini dan wallahualam!

Adakah wanita kita terlibat sama menjadi mangsa curahan asid?tak berani saya mengiakan dan tak berani saya menafikan.ini krn apa jua boleh berlaku kpd perempuan kita dikawasan pendalaman pakistan sana krn budaya kehidupan yg amat terikat dan tidak bebas disana khasnya kpd kaum perempuan.setakat ini berita perempuan kita dicurah asid blmlah sampai lagi ditelinga cuma kalau dah dikurung disana siapalah yg tahu untung nasibnya.


Monday 3 November 2014

TANGISAN SEORANG WANITA MUDA MELAYU!


Kisah kali ini pernah dikongsikan oleh seorang pelajar malaysia ketika sya masih belajar disana.Pengalaman ini adalah pengalaman beliau sendiri dan bukan didengar atau diceritakan oleh org lain kepadanya. Kisah yg dinyatakan ianya berlaku ketika ia sedang menuntut dibahagian yg terletak agak keutara pakistan iaitu peshawar,pada suatu hari ketika sedang ia merayau dgn berjalan kaki dikawasan bandar ia telah dihampiri oleh seorang tua yg ia tidak kenali lalu menegurnya dgn bertanya adakah ia org asing dan adakah ia dari malaysia berdasarkan raut wajahnya,setelah pelajar tadi mengatakan mmg ia dari malaysia maka org tua tadi telah memberitahu kepadanya tentang keadaan seorang wanita muda dari malaysia yg kini sedang berlindung dirumahnya dan sedang mengalami kesusahan dan ia rasa pelajar tadi mungkin boleh membantu wanita tadi maklumlah rakan senegara lagi pun kata org tua tadi ia pun kurang faham sangat akan pertuturan bahasa wanita tersebut bagi mengetahui lebih lanjut tentang ehwal dan perancangannya.Oleh itu org tua tadi telah meminta agar beliau sudi pergi bersama dgnnya kerumahnya utk berjumpa dgn wanita tersebut,akhirnya pelajar tadi terpaksalah akur dan berjumpalah ia dgn wanita tersebut diruang tamu dgn ditemani oleh org tua tadi sambil masing masing memperkenalkan diri,rupa rupanya org tua itu adalah pakcik kpd suami wanita tadi dan wanita itu adalah wanita melayu,tinggal disemenanjung,kisahnya wanita tersebut telah pun melarikan diri dari rumah suaminya seorang warga tempatan pakistan yg sblm itu pernah bekerja dimalaysia.,wanita itu telah berlindung sementara dirumah pakcik kepada suaminya yg turut bersimpati dengan apa yg telah dialaminya.(tak sangka ada juga saudara mara sebelah suami yg masih terbuka hatinya utk memberikan perlindungan kepada wanita tersebut) Cerita sebenarnya ialah wanita ini telah dizalimi dan ditipu oleh lakinya dan ia tidak mahu balik kerumah suaminya lagi,ia bimbang akan didera lagi,matlamat wanita ini adalah satu iaitu dia ingin pulang ketanahair secepat mungkin sebelum apa apa yg tak di ingini berlaku lagi,malangnya ia tidak ada langsung belanja utk balik ketanahair lebih lebih lagi utk membeli tiket penerbangan balik ketanahair,dgn nada yg begitu sedih dia merayu agar apalah kiranya pelajar tadi sudi membantu dgn cara meminjamkan duit utknya agar dia dpt balik kepangkuan ibunya ditanahair (bapa wanita tadi telah tiada manakala ibu dan saudara maranya dikg adalah org org miskin dan tambah menyedihkan lagi bagi wanita tadi ialah sebenarnya ibunya telah pun melarang ia dari mengahwini lelaki pakistan yg mengatakan ia menyintai anaknya,namun atas desakan demi desakan yg dibuat oleh wanita tadi demi percintaan mereka dgn mengikut aje kepala batunya dgn membelakangan nasihat ibunya akhirnya menyesallah ia yg amat amat atas apa yg telah berlaku kpdnya skrg ) Dgn jujuran airmata ditambah dgn suara yg menghibakan ia telah berkata kpd pelajar itu yg mengambil jurusan agama tadi dgn berkata lebih kurang "tolonglah ust,tolonglah,kasihanilah sya ust, bantulah saya ust,sya nk balik ust,sya nak balik,saya janji ust,saya janji akan bayar balik kesemua duit ust bila saya balik kemalaysia nanti" Pelajar tadi telah memaklumkan kpd wanita tadi bahawa ia tiada punyai wang lebih lebih lagi sebanyak yg diperlukan maklumlah ia dtg belajar pun dgn biayai sendiri maka wanita itu telah memohon agar adalah kira kiranya ada pelajar pelajar lain yg sudi membantunya,tapi hanya kesedihan shj yg dpt diiringi sebagai bukti sokongan terhadap nasib wanita kita ini,wanita melayu kita yg sebangsa,yg seagama,yg sebahasa,yg teraniaya dibumi yg terasing,yg jauh beribu ribu batu dari keluarga dan sanak saudara. Dgr khabar,akhirnya berjaya juga ia balik ketanahair setelah lama berusaha.

Bagaimanakah agaknya jika mangsa seterusnya adalah anak anak kita,adik beradik kita atau kawan kawan kita?

(Kes lari ini bukanlah 1 kes je, dan yg dtg ke embassy malaysia (sekarang pesuruhjaya tinggi) yg mengadu masalah rumahtangga mereka pun banyak, tanyalah kakitangan embassy malaysia yg pernah bertugas disana dulu)

Saturday 25 October 2014

APAKAH POINTNYA?


Apakah bezanya adat budaya dan pengamalan islam?Cthnya bertudung,kata ust ust,jika bertudung itu krn beramal mengikut syariat islam dgn niat dan cara yg betul dan ikhlas maka ianya akan dihayati walaupun pemakainya berada diluar anjung rumah shj pun dia ttp. akan bertudung,sidai baju atau menyapu sampah diluar rumah pun dia akan bertudung atau menutup rambut krn dia menghayati peraturan bertudung yg diwajibkan dlm syariat tapi bila dia pakai tudung krn maksud maksud lain maka bila dia berada dianjung rumah atau dilaman rumah pun dia tidak akan menutup rambutnya atau bertudung walaupun ada lelaki ajnabi didepan rumah krn tudungnya dah jadi adat memakai iaitu hanya memakai diluar shj krn mengikut fesyen atau trend skrg yakni perempuan bnyak yg diluar dah bertudung atau krn tuntutan ditmpat kerja yakni buat bkn krn perintah Allah tapi krn mengikut keadaan semasa mcm ikut jadual kerja.Mcm budak budak sekolah, pergi sekolah pakai tudung bila balik sekolah keluar gate sekolah je atau smpai gate rumah je dah buka tudung.Begitu juga dipakistan,ada yg dah jadi adat,maka tidak dihayati,nmpak mcm islam,nampak semua tutup aurat,nampak semua mcm dah jadi baik,nampak gaya dah duduk dlm suasana mcm islam,tapi dah berpeluang duduk dlm suasana yg didakwa islam itu pun buat perkara yg tak dpt diterima oleh org islam,ada juga berlaku bapa sanggup tembak anak yg bercakap dgn lelaki bkn muhrim,tembak anak!cara islam kah itu?Ada pula satu keluarga bunuh anak perempuan atau adik perempuan sebagai pembunuhan yg terhormat,krn berhubungan dgn lelaki yg tak direstui,maka dibunuhlah anak atau adik perempuan tu!cara islamkah itu?Ada yg kapak kedua dua belah kaki isteri ketika bertengkar dgn suami,kapak kaki isteri!cara islam kah itu? Simbah asid kemuka isteri,simbah asid!cara islamkah itu?Kawan pakistan yg sama sama belajar dgn sya pun pernah menceritakan kisah yg meruntunkan hati tntang ibunya yg turut menderita disimbah asid oleh perbuatan bapanya.Mana perginya sifat seorang islam yg mana mereka mendakwa tempat mereka lagi bagus islamnya.Tak bersosial seperti sosialnya mcm rakyat dinegara kita tapi walaupun kita dianggap begitu tapi sanggupkah kita yg didakwa suka sgt bersosial itu berbuat seperti apa yg mereka buat?Adakah ditmpat kita kes ini ada berlaku atau kerap berlaku?Disana ianya bknlah kes yg terpencil malah ianya adalah kes yg kerap berlaku sejak saya belajar dulu smpai skrg ianya masih lagi berlaku,masih lagi terjadi,masih lagi berjalan,tak tahu bila lagi akan berhenti,bgitu juga kes berbuat zalim kpd isteri.Masa saya disana dulu ada juga kes isteri disembelih hidup hidup.Bacalah paper mereka online utk puaskan hati,Ambil akhbar tempatan yg berbahasa inggeris punya,cth akhbar News,Dawn,The Nation,The Express Tribune dll. walaupun adakalanya yg inggeris dilihat terlepas pandang dibandingkan urdhu yg disajikan utk tatapan dlm negara shj.Lihat berita diakhbar mereka sendiri hampir setiap hari ada saja kes kes yg timbul,Itu blm kes kes rasuah yg jadi menu disana.Pernahkah anda menaiki sebuah bas ditanahair kita,dlm perjalanan bas bergerak berlaku 3 x rasuah oleh bas yg sama dgn pihak polis sepanjang perjalanan?juga yg lucunya ada juga pihak polis yg meminta bayaran tambang keretapi jika anda menaiki keretapi tanpa sempat membeli tiket dikaunter.itulah pengalaman sya disana,cth lain pernahkah anda ketika ditanahair ketika melalui pemeriksaan imigresen dan kastam maka berlaku 2x permintaan rasuah berturut turut oleh mereka?itulah pengalaman sya juga disana.Cara islamkah itu semua?Jgn lupa,bknkah kita selalu disajikan dgn berita ledakan bom disana sini yg selalu berlaku disana,pergi sekolah kena bom,pergi beli brg kena bom,dgr ceramah pun kena bom.Beginikah budaya bom yg disajikan jika ada dinegara kita?Itu blm kes mcm cendawan tumbuh pasal tembak menembak yg berlaku disana,sya pernah menginap beberapa hari disebuah kg dikawasan buner sana yg mana ketika itu baru shj berlaku kejadian dimana seorang lelaki telah ditembak krn berebutkan kayu api,cuba tanya di provence nwfp yg agak ke utara sana,dlm satu kg. berapa rumah yg tak ada mesingan atau pistol?hampir setiap rumah ada,cuba pergi ke bbrapa tempat diutara sana juga,khasnya black area iaitu new bara dipeshawar,anda seolah olah berada dibandar koboi,yg mana persekitarannya penuh dgn senjata api,kiri kanan semua org pakai senjata,penjual buah dan penjual sayur pun pakai klansinkov AK47,pekedai dan pengunjung lain pun ada membawa senjata yg tergantung dibadan mereka berupa mesingan dan ada juga yg memakai pistol.Pelajar kita yg melawat kesana pernah dipaksa membeli sebuah pistol,bkn itu shj,duit palsu pun dijual disana,ia mmg dijual.Cara islam dan Suasana amankah ini semua?

Jgn lupa macamana lebih kurang bilangan kedai kasut yg anda jumpa ditanahair begitulah lebih kurang kedai menjual senjata yg ada di pakistan,tk perlu susah susah sgt utk anda mencarinya.

Jika anda ketempat tempat tertentu di utara pakistan cth di dir dan seumpamanya yg dianggap kawasan berisiko anda jgn terkejut bila anda melihat betapa ketika anda ingin solat dimasjid anda akan dapati di saf pertama adakalanya berderet senjata AK47 dpn anda...mereka pergi bersolat dgn membawa senjata!

Ia sya masih ingat kisah yg diceritakan kenalan tentang 4 org pelajar agama selatan thailand termasuk seorang pelajar yg mempunyai 2 kewarganegaraan malaysia thailand ditembak mati di karachi ketika mereka baru balik dari menziarahi kawan mereka.
Dimaklumkan penembak itu menyorok di parit yg berhampiran,seorang terselamat namun cedera parah dibahagian kaki.kenapa pelajar luar negara yg tk ada kena mengena dgn konflik disana pun nk ditembak?

Tak dpt nak dinafikan amalan islam yg diamalkan disana mmg ada yg sudah menjadi adat,sudah menjadi budaya,sudah menjadi resam hidup,kita dianggap oleh warga pakistan ini sbagai rakyat yg ikut barat,rakyat yg bersosial tapi sosial kita ni pun kita tak bom org,sosial kita pun kita tak tetak 2 kaki isteri smpai kudung,sosial kita pun tak simbah asid kat isteri kita.Inilah persoalan yg jika diajukan kpd org bangsa patthan ni khasnya mereka akan malu sendiri.Tanya pada mereka apa pandangan kamu tntang wanita kami,kenapa kamu berani masuk ke rumah rumah perempuan kami walaupun ketika ketiadaan suami,sedangkan kamu ketika ditempat kamu,kamu tak berani pula membuat seperti mana yg kamu buat ditmpat kami?knpa kamu pakai seluar dan baju yg kamu anggap barat tapi ditmpat kamu dibuner, di dir, diswat, dipeshwar, dinwfp, kamu tak mahu pula memakai pakaian yg kamu anggap barat itu?Persoalan inilah yg membuat mereka serba salah utk menjwapnya,yg menjwap pun jwapannya itu jika kita diperhatikan ianya mengambarkan apakah dia status wanita kita didlm otak fikiran mereka.Knapa mereka berani jumpa wanita kita,anda tak percaya? okay esok tanya!Oleh itu knapa pula ada diantara mereka mengajak perempuan kita utk berkahwin dgn mereka?walaupun ada yg dah beristeri disana,itulah point penting yg kita kena selidiki,point penting yg kita kena amati,point penting yg kita kena memikir mikirkannya,dh dpt pointnya?mudah mudahan kita sudah pun memahaminya!itulah antara point utama tajuk blog ini dicipta,blog utk membantu gadis gadis dan wanita kita,utk membuat keputusan di dlm dunia percintaan mereka,wassalam!



                    Senjata yg ada dirumah rumah dipakistan khasnya diarea provence nwfp:




                     

Keluarga sikh walaupun tidak islam mereka terpaksa mengalah dgn memakai pakaian mengikut budaya adat masyarakat disana,Biasa yg duduk dibelah nwfp shj.




RUJUKAN SEMULA:
Sila klik laman web dibawah.
(semoga kita tidak melupainya)

http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/utara/baju-diselak-penjual-karpet-1.26883

Monday 20 October 2014

MALAYSIA BOLEH! DARI PANDANGAN SEORANG JEJAKA PAKISTAN


Teringat saya tntang pengalaman berdepan dengan org pakistan ini ditanahair ketika saya dan kawan saya (yg juga bekas pelajar melayu yg menuntut di karachi pakistan selama 3 tahun yg kemudiannya beliau telah melanjutkan pelajaran di Mesir) pergi ke Kuala Lumpur,Ketika sya dan beliau ke KL krn ada urusan dan bila tiba waktu makan tengahari kami pun singgahlah makan,ketika sedang menunggu order makanan yg dipesan (nasi goreng) diRestoran Yasin dkt area jln masjid india kl,dtg la disebelah dpn meja kami seorang gadis melayu bertudung dgn memakai baju kurung dtg bersama seorang jejaka pakistan yg mancung hidungnya,putih kulitnya,handsome juga la ala ala siapa ye,entahlah! umur anggaran 20an, sya agak sedikit terganggu krn suara lelaki tu bercakap agak kuat sedikit berbanding gadis itu dgn gurau senda dan senyum tawanya (dptlah sya dgr akan isi dialog sipakistan ni yg menceritakan tntang kehebatan negaranya dlm bahasa inggeris) biasalah tu mana ada jenis pakistan ni ditmpat mereka bercakap perlahan atau bercakap mcm dlm kelambu,kmudian dtglah 4-5 org gadis melayu lain duduk semeja dgn mereka,tak tahulah saya adakah mereka ini dipanggil oleh gadis itu dgn niat utk ditunjukkan akan boyfriend dia yg macho tu tapi introduce tu mmg adalah,dlm melihat lihat tu tak nampaklah pula mereka semua makan cuma sekadar minum je,terfikir pula ada duit ke mamat pakistan ni atau pun mungkin mereka dh kenyang agaknya.Selepas selesai minum dan bersembang mereka pun bangun utk pergi dan ketika melintasi meja kami itulah sya memberi isyarat tangan utk menahan beliau sebentar,manakala gadis gadis tadi dibiarkan terus berlalu pergi. Sya dan kawan saya telah berdialog dgn lelaki pakistan ini dlm bahasa kebangsaan mereka iaitu urdhu tntang asal usulnya dan tujuan beliau kemari dan kmudian barulah kami mempersoalkan knapa beliau membuat perkara tadi apa yang mereka tidak buat seperti dinegara mereka.(dinegara mereka yg telah menjadi budaya adat,mereka tidak berani bercakap dgn perempuan yg bkn muhrim,apatah lagi duduk semeja dgn gelak ketawa pula) tahukah anda apa yg dia kata? "ye to malaysia he na......! sab kuch karsakhta he,malaysia boleh! "hujung perkataan tu je bunyi melayu,faham? abg carpet kan ada,pergilah tanya mereka tapi yg boleh urdhu la,kebanyakannya bangsa mereka yg duduk dibahagian utara tak semua yg tahu urdhu,mereka lebih taksub kpd bahasa ibunda mereka iaitu poshto,kawasan mereka pun kawasan pendalaman dan dlm area nwfp.area ni semua org pakai bahasa masing masing.(mcm dimadras india,rakyatnya tak boleh berbahasa urdhu walaupun urdhu bahasa kebangsaan india,mereka hanya berbahasa tamil shj,tak percaya?ginilah,cuba tanya jiran dpn rumah anda tu yg berbangsa india,sbb tu filem india ni pakai 2 versi,satu tamil satu lagi kuch kuch hota he,dil to pagel he.khabi khus khabi gham dan seumpamanya.
Okay,sambung crita - lps simamat pakistan tu ckap mcm tu - "ini malaysia la,apa perkara pun boleh buat,malaysia boleh" mcm 'satu angin bau pakistan' masuk,tapi kita orang still okay la,tak adalah nak kecoh kecoh,belajar sabar,walaupun terasa juga,maklumlah kita orang ni 'pendatang asing' kenalah dimaklumkan apa itu malaysia, abg abg polis pun kebetulan tgh makan juga dkt hujung penjuru kedai tu. Inilah pemikiran yg ada pada pandangan diorang terhadap kita,siapakah yg telah mengajar dialog ini kepada mereka,kawan kawan bangsa mereka?adakah krn itu mereka bebas sahaja masuk kerumah kita menjual brg walaupun suami tiada dirumah,memikat anak dara kita,berpegang pegang tangan pula,padahal ditempat bangsa mereka patthan,(bangsa patthan tapi bahasa poshto) bercakap atau memegang tangan anak dara org pun boleh ditembak.Yg saya risaukan ialah apakah yg telah terjadi pada sigadis melayu yang berbaju kurung itu.Dimanakah sigadis itu skrg?Bagaimanakah nasibnya?Adakah dia ditipu?Apakah dia sudah terlanjur atau sudah bernikah? jika ia,bahagiakah dia skrg?gembirakah dia sekarang,seronokkah dia sekarang,atau apa ye,atau adakah ketika ini dia sedang menjinjing seberkas air diatas kepala yg diambil dikaki gunung utk dibawa pulang kerumah suami? walllahualam!

UPDATE TERKINI. (KEMASKINI SEMULA)

Sila lihat dlm tajuk - MENCARI JAWAPAN!

Adalah dimaklumkan bahawa adakalanya sya akan menambah tulisan saya diatas tajuk yg sedia ada,oleh yg demikian adalah digalakkan agar pembaca sekali sekala membuka semula tajuk yg sedia ada utk melihat kemaskini yg dibuat.
Terimakasih!

LINK LINK PAUTAN UTK BACAAN KHASNYA BUAT GADIS GADIS ATAU WANITA KITA!



SERAMNYA! SIKAP LELAKI PAKISTAN NI DINEGARA MEREKA!

Sila klik pautan laman laman web dibawah utk paparan.



http://penpatah.blogspot.sg/2012/11/omg-bunuh-anak-hanya-kerana-memandang.html?m=0

http://www.skanaa.com/en/news/detail/patah-hati-lamaran-ditolak-pemuda-di-pakistan-bakar-hidup-hidup-gadis-pujaannya

http://kezoom.blogspot.com/2013/04/kejam-gadis-di-kapak-15-kali-kerana.html? m=1 

http://m.merdeka.com/dunia/cekcok-suami-di-pakistan-tebas-dua-kaki-istrinya-dengan-kapak.html

http://gilakahaku.blogspot.com/2012/05/sadis-wanita-cantik-pakistan-jadi.html?m=1

http://www.infospesial.net/34754/memilih-kawin-lari-perempuan-di-pakistan-ini-tewas-dilempari-batu/




APAKAH MAKSUD YANG TERSIRAT?

http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/JeratcintalelakiPakistan/Article/index_html

http://www.sufferedge.my/2010/04/dipukau-pakistan-jual-kain-sebelum.html?m=1

http://www.anasofiya.com/2011/02/gaduh-pukul-dalam-mahkamah-hah.html?m=1

hhtp://alhafiz.net/soaljawabagama/assalamualaikum-saya-telah-6-tahun-berkahwin-dgn-seorang-peniaga-warganegara-pakistan-sebagai-isteri-kedua-isteri-pertama-bermastautin-di-pakistan-kami-telah-bernikah-di-yala-thailand-dan-mendafta/

http://www.sabahdaily.com/2011/03/lelaki-pakistan-nikah-wanita-malaysia.html?m=1

http://www.satusabah.com/2014/09/semasa-warga-pakistan-kahwin-wanita.html?m=1#axzz3CaE3oaYF http://mforum.cari.com.my/portal.php? mod=view&aid=14505

http://slumberaja.blogspot.com/2009/03/jangan-kahwin-lelaki-pakistan.html?m=1

http://www.siakapkeli.com/2014/05/aina-tidak-tahan-diseksa.html?showComment=1412943090077htm

http://aphidsparasit.blogspot.com/2011/03/apa-yang-menarik-sangat-lelaki-hidung.html?m=1

http://mforum.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=14505

http://rotiburn.blogspot.com/2013/09/awas-romeo-pakistan-kahwin-kerana-nafsu.html?m=1



DITIPU,WANG DIKIKIS , DIPERALATKAN:

http://albanjarionline.blogspot.com/2011/03/rm300-ribu-untuk-cinta-sugihnya-gadis.html?m=1 

http://www.relevansokmo.com/2012/02/sangkar-asmara-derita-bersuami-lelaki.html?m=1 

http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-411311.html

http://www.utaranews.com/2014/08/gadis-melayu-jadi-mangsa-ketampanan-mat.html?m=1

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2009/03/31/siti-aishah-dibebas-dari-penjara-pakistan/



MENGENAI HAL ANAK:

http://zahirzainudin.blogspot.com/2008/08/wanita-dakwa-suami-warga-pakistan.html?m=1 

http://mzubairafandi.blogspot.com/2009_03_06_archive.html?m=1

http://musangmadot.blogspot.com/2014/02/mamat-pakistan-itu-mengajak-aku-kahwin.html?m=1


YANG CURANG:

http://pakcikli00.wordpress.com/2010/02/09/isteri-curang-masakini-ketagih-diratah-warga-asing/ 

http://labuemas8.blogspot.com/2013/08/isteri-mati-dalam-dakapan-bai-penjual.html? m=1



YANG MENJADI MANGSA:

http://mforum.cari.com.my/forum.php? mod=viewthread&tid=692216 

http://www.theborneopost.com/2012/12/18/kes-kes-kematian-norikoh-saliwa-peniaga-pakistan-didakwa/

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2011/02/dinikahkan-pasal-tak-mampu-bayar-hutang.html?m=1

http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/utara/baju-diselak-penjual-karpet-1.26883

http://www.ehoza.com/v4/forum/showthread.php?15558-Umpan-hadiah-melancong


Sunday 19 October 2014

'BERMADAH' DI DUA NEGARA

Ingatlah tntang 2 situasi warga pakistan 'bermadah' dinegara kita dan kmudian 'bermadah' pula dinegaranya.

Sila besarkan gambar utk baca keratan akhbar.




Friday 17 October 2014

PENAFIAN!

PENAFIAN! Kenapa dalam blog ini banyak yg menceritakan hal negatif tntang perkahwinan dgn lelaki pakistan ini, seolah olah tak adakah kebaikan pada bangsa atau negara pakistan ini? eh! siapa kata begitu!dibumi pakistan ini adalah juga kebaikannya,kalau tak kenapa saya memilih belajar dinegara mereka?cuma krn tajuk blog kita TENTANG PERKAHWINAN DENGAN LELAKI PAKISTAN maka itulah hakikat yang terpaksa diterima,krn banyak negatifnya dari positifnya,terimalah walaupun pahit,inilah kebenaran yg tak boleh disorokkan dari gadis dan wanita kita demi masa dpn rumahtangganya.kebaikan bangsa pakistan ni ada juga,mereka kuat patriotiknya,pandai bermain hokey dan pandai bermain cricket juga,lagi sifat yg bagus pada mereka ialah melayani tetamu,kalau kita pergi kerumah mereka disana sebagai tetamu mmg mereka melayani kita dgn amat baik.Ada juga tuan rumah yg berkemampuan menyediakan 'meheman khana',rumah utk tetamu yg dtg ,letaknya bersebelahan rumah atau didalam halaman rumah mereka.seperti dibalochistan,siap dgn tandas,katil dll.Kalau ditanya antara malaysia dan pakistan,siapa yg lebih dlm bab bab tadi,sya akan kata pakistan walaupun saya ni org malaysia,begitu juga kalau bab hockey atau cricket,pasukan siapa yg paling baik dan bagus maka saya ttp juga akan katakan pakistan,walaupun saya bkn warga negara pakistan dan bangsa pakistan,kalau bab melayan tetamu pula saya akan katakan lebih baik juga kpd pakistan,kalau bab patriotiknya pun pakistan.mana mana orang mereka pergi,keluar negara sekalipun kebanyakannya tetap dgn pakaian kebangsaan mereka,kalau kita pergi umrah atau haji mereka juga ttp dgn pakaian kebangsaan mereka.Tentang kelebihan bangsa pakistan ini lagi ialah kebanyakkan mereka tahan lasak dan ada juga yg mempunyai wajah yg cantik belaka,lelaki ada yg handsome,manakala perempuan mereka pula kebanyakkan lebih cantik dan cun dari perempuan kita dan dari yg ada di area area asean ini,hidung mereka mancung mancung belaka,bibir ada juga yg mengancam,kalau disebelah utara pula boleh jumpa gadis gadis yg bermata biru dan hijau pun ada.cantiknya!
Ok,....adakah bila saya kata begini sya adalah pengkhianat bangsa saya atau pengkhianat negara saya?Terimalah hakikat dlm bab ni bahawa mereka lebih baik dari kita,ini bkn bodek,ini kenyataan,bahawa mereka lbih baik dari kita dlm bab bab yg disebutkan tadi.Sya akur menerima akan kenyataan ini tapi bila masuk bab kahwin pakistan ini,knpa antara wanita atau gadis kita tak boleh pula terima hakikat bahawa banyak buruknya dari baiknya,banyak peratusan risikonya.banyak yg perlu diberi perhatian tentangnya,sedih bila memikirkannya! knapa tak mahu terima kenyataan ini ye?knapa?Ada antara gadis kita kata bkn semua orgnya yg jahat,benar!tapi itu bukan lesen utk membenarkan perbuatan mereka itu sehingga tak perlulah dijadikan panduan atau suri tauladan utk kita.Seperti ditempat kita,bukan semua kita buang bayi,bukan semua kita hisab dadah,bukan semua kita merompak.tapi kalau buang bayi apa risikonya,hisab dadah apa risikonya,merompak apa pula risikonya.Kalau jadi atau kena kat keluarga kita tabahkah kita utk menghadapinya.Ingatlah bukankah kita selalu mendengar pembunuhan pergaduhan huru hara dan bermacam macam masaalah yg berlaku dinegara mereka?bangsa atau warganegara mana Yang terlibat tu,rakyat negara mana tu?bukankah itu juga tanda sikap dan perangai rakyat mereka?berisiko tak?kenapa antara gadis kita berani menerima peratusan besar risiko memilih lelaki pakistan,knapa tak mahu memilih hanya peratusan kecil dlm menerima risiko.Kan kita dah tahu apa risikonya.Itukah pertaruhan dlm percintaaan?kita rasa yg baik shj pada mereka,tidakkah anda tahu apa pula tanggapan lelaki pakistan pula tentang wanita dan lelaki kita lebih lebih lagi dibelakang kita?pernah ke dgr lelaki pakistan ni crita indah dan baik saja tentang kita?
Okay nak crita pula lagi tentang kelebihan dan keindahan bumi pakistan ini.indahnya ialah terletak dibahagian utara pakistan,iaitu kawasan pergunungan,(kalau kawasan selain pergunungan,semua berdebu shj) setakat ini tiada negara diasean yg lebih menandingi kecantikan pemandangannya dari luar,ianya lebih indah dari bali dan lebih indah dari langkawi.Itulah kelebihan bumi dibahagian utara mereka tapi apakah pula kekurangan atau kelemahan mereka?Tang ni lah yg gadis kita jadi "lain macam",itulah yg saya dah kata,knapa kita tak boleh terima hakikatnya?kenapa?Kalau pun kita cerita kelebihan lain pun dan crita yg indah indah sahaja pun tentang mereka dan berjela jela pula panjangnya pun tapi ingatlah bila kita berbalik kpd BAB PERKAHWINAN perempuan atau gadis kita dgn mereka,itu jugalah hakikat yg kita kena terima dari dulu smpai skrg,bahawa sedikit sahaja yg bahagia,sedikit sahaja yg berjaya,terimalah kenyataan ini walau seindah mana percintaan gadis atau wanita kita dgn mereka,walaupun sanggup  membina taj mahal kedua sebagai bukti cinta,ingatlah jgn kerana hembusan cinta mereka kita mengabaikan akan risiko risikonya.

BERHARTA ATAU TIDAK BERHARTA?


Timbul persoalan pula tentang seorang gadis yang menyintai 2 jejaka pakistan,mana satukah yg harus dipilih sebagai bakal suami?

Jika ditanya akan soalan ini kpd saya maka bagi pandangan saya bahawa saya tetap dgn jawapan tidak menggalakkan mana mana wanita atau gadis kita utk meneruskan hasrat tersebut,namun jika sigadis ttp. dgn kehendak utk meneruskan niatnya,maka pilihlah mengikut apa yg telah diajar oleh islam dlm memilih calon suami dan khusus utk lelaki pakistan ini pula fikirkanlah juga yang agak berharta,bknlah semestinya kaya raya,walaupun harta bukanlah segala galanya,bukanlah punca utama kebahagiaan namun dlm status sebagai isteri berlakikan warga pakistan ini dan berdasarkan pengalaman saya ianya perlu ditekankan juga,kategori ini nampaknya memberi sedikit ruang kpd pihak isteri,lebih lagi merupakan  kemudahan untuk siisteri utk masa yang akan dtg,maklumlah risiko kahwin pakistan ini tak dpt diduga bila dtgnya.Sepanjang pengetahuan saya gadis kita atau wanita kita yang bersuamikan org pakistan ini yang kebanyakan suaminya yang berharta termasuk golongan profesional ini kurang pula menimbulkan kes kes yang membabitkan tekanan kepada siisteri dlm melibatkan hal kewangan dlm rumahtangga mereka,lebih lagi yang tinggal dibandar dengan berbagai kemudahan,knpa?Secara tepatnya tidaklah saya dpt menjawabnya namun secara zahir berkemungkinan besar bersangkut paut juga dgn keadaan gadis atau wanita kita yang mana ditanahair kebanyakannya tidak pernah hidup susah atau seperit wanita yang tinggal dikg. kg. dipendalaman pakistan, maklumlah dipendalaman sana kemudahan amat kurang dan bkn semua gadis kita pernah hidup susah ketika ditanahair,disana terpaksa membanting tulang pula ,mencari kayu api,ada yg terpaksa mengambil air diperigi atau gunung dan bermacam macam kerja yang susah susah,membasuh baju menggunakan tangan,memasak dapur pula berkayukan api,mengharungi cuaca sejuk digunung yang tak pernah dirasakan sejak kecil ditanahair.

Utk makluman sebut sahaja pasal memasak dirumah memang disana perempuannya yg kena masak,tk kira penat ke,tgh tidur ke,tgh buat kerja lain ke,bagi sebahagian besar penduduknya khasnya dibahagian utara kerja memasak adalah kewajipan bagi pihak wanita shj,menjadi seolah seperti satu keaiban jika dirumah yg memasak nya adalah kaum lelaki,oleh itu fikirlah bagaimana keadaan wanita kita yang tidak biasa hidup begitu dan bermastautin pula disana nanti,manakala wanita kita yg berlakikan suami pakistan yg berharta, duduk pula dibandar,ditambah dengan kemudahan yang ada,dpt membawa keluarga termasuk isteri berjalan jalan,bershopping kesana sini,melawat tempat tempat menarik dinegara suami,bkn kata nk enjoy sangat, tapi adalah peluang sekali sekala begini bersama suami.Bagi mereka dgn adanya kemudahan dari segi kewangan ini mudah utk mereka pergi dan balik utk melawat atau balik ketanahair si isteri bila bila masa yang dirancang.Golongan siisteri yang bersuamikan pakistan yang berharta ini tidak juga terkongkong berbanding dikawasan pendalaman yang agak ketat pengawalan dan cara hidupnya dgn budaya adat yang dah lama diamalkan,walaupun ada tmpat wanita disana menutup aurat dan lelaki tidak memakai pakaian barat,namun kebanyakannya cara itu sudah menjadi budaya hidup walaupun si suami atau isterinya bknlah orang yg bersolat atau mengamalkan penuh ajaran islam,ada pula suami yang minum arak tapi isteri pula hanya nampak mata shj,mcm perempuan kita ada yang bertudung tapi sekadar berfesyen,ketika saya menaiki bas express disana utk kesuatu destinasi yang mengambil masa 5-6 jam perjalanan,dan bila tiba waktu solat,hampir semua wanita baik yang menutup aurat yg nampak mata shj dan lelaki yg tidak berpakaian barat tiada pula yg mahu turun utk menunaikan solat ketika bas berhenti rehat,nak kata mereka solat jamak tidak juga krn solat jamak tiada dlm mazhab mereka (kecuali waktu mengerjakan haji),inilah satu perkara yg sudah menjadi budaya adat dlm bermasyarakat,contoh lain dipakistan mereka yg bkn beragama islam perempuan mereka juga menutup kepala mereka dgn selendang ketika keluar rumah,bagi lelaki pula serupa dgn pakaian org yg beragama islam disana iaitu kurtah gamis.Disana juga ada kawasan pelancuran yg mana bila dilihat pakaian mereka yg menjual diri bknlah pakaian ahli pelancuran.

******************************

Pemandangan yg biasa dipakistan,si isteri akan memasak roti utk suami dan anak anak menggunakan kayu api atau pokok kayu kapas dirumah.


Gmbar lain:



Thursday 16 October 2014

MENGAPA KEBANYAKKAN SUAMI PAKISTAN AKAN BERKAHWIN LAGI APABILA PULANG KETEMPAT ASAL MEREKA?



Dimana mana tempat pun dipakistan baik diselatan iaitu pantai karachi sehingga kebahagian akhir keutara pergunungan pakistan yang mengambil masa perjalanan hampir 2 setengah hingga 3 hari melalui jln darat biasalah ditemui budaya kahwin dipakistan yang sudah menjadi lumrah dimana jua pun,perkahwinan terdekat dikalangan saudara mara adalah yang biasa diamalkan,antara yang paling banyak ialah kahwin yang melibatkan 'title' dikalangan sesama mereka iaitu "title dimana selain dia seorang pakcik atau makcik dia juga bapak atau mak mertua suami,begitulah juga title selain dia anak pakcik atau makcik dia jugalah isteri" faham...? (=kahwin sepupu) Golongan yang berkahwin dengan orang luar biasanya dianggap oleh masyarakat mereka seolah olah telah membelakangkan adab tatasusila yang telah sekian lama diamalkan oleh masyarakat mereka,mmg ada juga lelaki pakistan yang berkahwin dgn orang luar termasuk dgn gadis kulit putih bila duduk diluar negara tapi tidak bagi perempuan mereka yang duduk didalam negara,agak susah utk mendapatkan seorang gadis mereka berkahwin dengan orang luar,yang ada berlaku ialah jika kedudukan gadis atau pemuda adalah orang kaya dan terpelajar atau biasa duduk dinegara luar maka ia lebih terdedah kpd open minded,iaitu kebebasan berfikiran dan memilih dari mengikuti pengamalan budaya lama, Oleh itu selari dengan tuntutan disana maka akan adalah suami suami yg beristerikan perempuan luar akan mengambil semula perempuan perempuan ditempat asal mereka dan ada juga berlaku kes dimana ianya adalah atas desakan ibu atau bapa atau pakcik atau datuk keluarga sebelah suami mereka yg mahu tradisi turun temurun diamalkan.

Kebiasaannya kebanyakkan yg dtg kenegara kita ramai juga yg sudah berkahwin tapi harus ingat juga tidak semestinya yg dtg kemalaysia tu yg mengaku bujang tu mmg bujang.Atas desakan hidup mereka merantau kenegara org utk mencari peluang pekerjaan utk menampung keluarga dan mereka bijak mencari peluang khasnya jika dpt berkahwin dgn wanita kita yg bagi mereka lebih sosial.lebih terbuka dan lebih mudah ditipu utk kelangsungan matlamat mencari duit dinegara org dgn mempergunakan wanita kita utk kepentingan pemastautin serta perniagaan mereka.

Saya juga pernah berjumpa bangsa yg bertutur bahasa yg sama dgn mereka yg sanggup kahwin dgn org asli sekalipun demi memudahkan tujuan utk mereka berada lama dinegara kita.

Wednesday 15 October 2014

ANTARA "CENDERHATI" UNTUK RUJUKAN SUAMI

Maaf, flayer berbahasa melayu itu bkn utk promot tapi utk pengesahan bahawa isi gambar ini bkn dicopy paste atau diupload dari pakistan sana.







MENCARI JAWAPAN!


Jika dari mula anda membaca diblog saya ini anda akan dapat menilai bahawa saya mmglah tidak menggalakkan warga kita khasnya kaum hawa memilih lelaki pakistan sebagai calon suaminya,semua ini adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit pengetahuan yang ada,namun ianya bukanlah keputusan yang muktamad disebabkan masih ada peratusan kecil kelompok yang diharapkan masih boleh ditemui dan boleh dipertimbangkan semula contohnya bakal suaminya adalah dalam kelompok seorang yang benar benar taat kepada perintah Allah swt dan mempunyai sifat suami yang baik dan bertanggungjawab seperti cth yang ditunjukkan oleh nabi saw dalam adab berumahtangga,saya rasa para pembaca boleh merujuk dengan ust ust yang arif dalam bab ini.

Mengenai percintaan gadis kita dengan lelaki pakistan, mmg kebanyakkannya terperangkap dlm permainan cinta yang memperdayakan.Bila kita kata risikonya agak besar maka yg besar itulah "kolam yg dicari dan kolam yg cuba direnangi"apakah itu tanda kesetiaan dlm percintaan ketika mana si lelaki hanya tersenyum krn mangsanya telah masuk ke dlm kurungan diatas nama label sebuah khayalan dialam percintaan.

Saya ingin buka minda gadis kita yang bermain cinta dengan warga pakistan,sebagai orang melayu umumnya, kita dilahirkan dan dibesarkan dalam satu tempat yang kita anggap tanahair kita iaitu malaysia, disinilah kita mengharungi segala macam keadaan dalam kehidupan kita sejak dari kecil hinggalah dewasa,dengan budaya hidup kita,menu makanan dengan selera kita,bahasa dan pertuturan cara kita,cuaca negara kita,mazhab pegangan kita dan bermacam macam lagi,tahukah kita bahawa setiap negara mempunyai keadaan yang berbeza beza, Begitulah juga dengan lelaki pakistan ini,mereka dtg dari luar dan mempunyai cara hidup dan budaya yang berbeza beza dgn kita,Kita harus faham kenapa didunia ini Allah swt telah mengasingkan kita ditmpat masing masing dengan cara hidup,budaya,makanan serta bahasa dll.mengikut cara masing masing,apakah hikmahnya? Gadis kita telah meletakkan cinta mereka kepada lelaki luar ini dengan terlepas pandang dari melihat perbezaan perbezaan ini, Orang pakistan adalah warga yang sedikit kasar,kasar ini bukanlah penghinaan tapi resam hidup mereka,silalah bertanya kepada mereka yang pernah hidup bersama mereka.Oleh yang demikian bagi gadis gadis kita yang hendak bercinta atau yang telah bercinta dengan lelaki warga pakistan ini sila fikirkan dan renungkan tentang perkara perkara dibawah ini sebelum membuat apa apa keputusan yang akan menentukan hala tuju rumahtangga mereka kelak,jika bakal isteri melihat ada banyak perkara yang dia boleh mengharunginya bersama dengan bakal suami pakistannya nanti maka rasanya layaklah ia utk bersama bakal suami mereka:

1- Apakah cinta mereka itu ikhlas tanpa ada maksud yang terselindung?
2- Apakah bakal isteri tidak kisah dengan perwatakan kasar suami mereka?
3- Suami yang duduk dinegaranya,biasanya makan roti setiap hari,jarang makan nasi,apakah isteri boleh memasakkan roti setiap hari utk suami dan makan roti bersama suami.
4- Kebanyakannya lelaki pakistan ini berasal dari pendalaman,ada yang hidup susah di gunung gunung,air pakai pam tangan atau ambil digunung atau perigi,adakah si isteri bersedia lebih lebih lagi bila suami buat keputusan untuk bermastautin semula dinegaranya.
5- Negara mereka ada musim panas dan musim sejuk ,bolehkah si isteri tabah mengharunginya,panas disana bknlah panas seperti negara kita bahkan berbahang panasnya,terutama pada bln jun,buka kipas,angin kipas pun panas,ambil tuala rendam dlm baldi kmudian jemur tanpa diperah,dlm 30-40 minit je kering kontang tuala tu,sbb itu musim panas semua org sana tidur kat luar rumah atau atas bumbung rumah krn bahang panas disiang hari masih berkumpul dlm rumah,musim sejuk pula bukan sejuk seperti yang gadis kita faham,'bestnya sejuk' (lebih lagi pada bln. january,dpt pula suami duduk kawasan pergunungan) masuk dlm selimut pun adakalanya mengigil lagi satu badan,airnya pula sejuk mcm baru keluar dari peti sejuk.Makanan yg dimasak harus segera dimakan kalau tidak kuah atau gulai yg dimasak akan beku minyaknya,Gadis atau wanita kita ni dah berbelas belas dan berpuluh puluh tahun dah biasa duduk dinegara semusim iaitu khatulistiwa ni,pakai baju pun tahap ketebalan yg sama pula sepanjang tahun,kalau rakyat pakistan ini kena bertukar tukar pula baju sepanjang tahun.maklumlah bertukar tukar musim.Sebenarnya org kita lebih mampu menghadapi musim panas berbanding musim sejuk dipakistan krn sejak lahir kita sudah didedahkan dan mengharungi musim panas ditmpat kita namun tidak bagi musim sejuk,tidak semua kita rasa senang menghadapinya krn kita tidak pernah dibesarkan dlm musim sejuk itu.
Tntang pertanyaan,bukankah student student atau warga kita ramai yg belajar atau menetap dibenua america, dibenua eropah dll. lagi negara negara yg bermusim sejuk.tiadalah kita pernah dgr sangat pun akan masaalah yg mendatangi mereka ketika mengharungi musim sejuk.Persoalan ini perlu ditanya pula iaitu samakah keadaan negara maju yg dengannya terdapat segala mcm kemudahan dlm mengharungi kehidupan dimusim sejuk dibandingkan dgn negara yang blm diketegorikan sebagai negara membangun dan masih dianggap negara miskin ini?Kalau dipakistan,bila tiba masa dtgnya cuaca yg lebih panas atau lebih sejuk ,tahukah anda apakah yg kerap berlaku disana?dlm sehari shj kadang kadang 2-3 kali blackout, adakalanya mengambil masa 3-4jam,kalau smpai 3 kali blackout sudah brapa jam?ini memandangkan bekalan elektrik disana tidak dpt menanggung keseluruhan kapasiti jumlah pengguna yg ramai dlm satu satu masa,bila berlaku blackout dipjabat atau dirumah org yg duduk dibandar pun,walaupun ada pemanas air,pemanas bilik/rumah,ada kipas,ada econ dll.semua itu tidak akan berfungsi dan hanya akan berfungsi mengikut catuan masa yg dibuat,tambah malang lagi selalunya tiada notis jadual catuan bekalan,fikirlah ditgh tgh mlm yg begitu sejuk kadang kadang mereka tidak dpt menggunakan pemanas badan,dimusim yg panas pula kipas atau econ tak juga dpt dimanafaatkan sepenuhnya,krn itu org yg berkemampuan disana ada yg beli generator sebagai ganti diwaktu blackout,generator pun guna minyak petrol.harus kita faham minyak disana langsung tiada subsidi dari kerajaan mereka.harga seliter petrol adakalanya hmpir mencecah rm4.50 -rm5.00 seliter.berapa sudah kos?bagaimana pula keadaan penduduk dipendalaman,lebih lagi dikawasan

EASEA(AISE) BE HOTE HE..........


Suami Kurung Istri di Kamar Selama 13 Tahun
(Diambil dari blog lain)

Tidak diizinkan keluar rumah dan bertemu siapa pun

Impian memiliki keluarga bahagia tidak dialami oleh perempuan India ini. Padahal ia sudah meninggalkan keluarga dan agama di India untuk terbang ke Pakistan bersama lelaki pujaan hatinya.

Setibanya di Landhi, Karachi, Pakistan, Shabnam Gul Khan harus menghadapi kenyataan pahit. Ia dikurung selama 13 tahun di sebuah kamar kecil yang terletak di lantai atas keluarga sang suami, Gul Muhammad Khan. Tak hanya itu, sang suami ternyata telah memiliki seorang istri dan enam orang anak.

Pertemuan kedua insan itu terjadi pada 1997 di Ahmedabad, India. Saat itu, Gul adalah seorang rentenir. Jatuh cinta, keduanya menikah di tahun yang sama.

Tiga tahun kemudian, Gul mengajak Shabnam dan puteri kecil mereka ke Pakistan dengan alasan untuk bertemu keluarganya di Pakistan. Ia meyakinkan istrinya bahwa mereka akan kembali ke India dalam waktu enam bulan.

Kenyataannya, Shabnam dan anaknya tidak pernah kembali ke Ahmedabad. Paspor India-nya ditahan, diminta memakai jilbab dan dikurung di rumah salah seorang saudara suaminya.

Selama tiga belas tahun hidup di ruangan sempit, ia tidak diperbolehkan bertemu dengan orang-orang selain keluarga Gulf. Jalan satu-satunya untuk berhubungan dengan dunia luar adalah handphone dan internet.

"Saya adalah seorang tawanan. Dan ini seperti di neraka. Selama bertahun-tahun, saya tidak pernah keluar kamar. Saya ingin kembali ke keluarga saya di India," katanya berbisik di telepon kepada The Express Tribune.

Sementara itu, salah seorang saudara perempuan Gul menyatakan Shabnam memakai jilbab. Untuk itu, ia tidak diperbolehkan bertemu dengan siapa pun.

"Saya tidak tahu kepada suami saya melakukan ini, kenapa dia membodohi saya. Apa salah saya?," ujarnya. "Anak perempuan saya dilarang sekolah. Kami sering dipukuli dengan tongkat," imbuhnya.

Selama ini, Shabnam diancam untuk tidak menceritakan perlakuan buruk suaminya kepada keluarga besarnya di India. Ia hanya diperbolehkan berbicara dengan keluarganya via Skype dan diawasi oleh Gul.

Tetapi, beberapa bulan lalu, ia nekat untuk menceritakan apa yang dialaminya kepada keluarganya secara sembunyi-sembunyi.

Salah seorang kakak Shabnam, Noel Hodges mengaku seluruh keluarga syok mendengar kisah sedih adiknya. "Dia [Shabnam] menangis setiap saat. Kami sekeluarga sangat cemas," katanya dari Ahmedabad.

Pihak keluarga pun berusaha membebaskan Shabnam dengan menempuh berbagai cara. Mereka telah mengirimkan surat kepada kementerian dalam negeri India, pejabat tinggi India di Pakistan dan aktivis HAM Asma Jahangir.

Di Karachi, anggota Komisi HAM Pakistan, Abdul Hai menyatakan pihaknya telah menerima surat dari keluarga Shabnam dan saat ini sedang mengusahakan bantuan hukum untuknya.

Sementara itu, ketika ditanya polisi soal pengurungan istrinya, Gul menyatakan,"Kami menerapkan aturan yang ketat soal jilbab di keluarga kami. Itulah alasan Shabnam tidak boleh keluar rumah," katanya.

Dia juga mengungkapkan bahwa dirinya telah melakukan hal yang besar karena berhasil mengajak istrinya untuk masuk Islam.

"Saya memiliki hati. Saat waktunya tepat, saya akan mengajaknya ke India. Tapi sekarang dia harus mengurus saya," imbuhnya.

Kepada Express Tribune, Shabnam menyatakan penyesalannya menikah dengan Gul.

"Ketika saya keluar nanti, saya akan menuntut dia dan membuat dia merasakan apa yang saya derita selama ini," tutupnya.

Saturday 11 October 2014

SEDIHNYA.MUNGKIN MEREKA PERGI TIDAK KEMBALI LAGI




PETIKAN DALAM AKHBAR UTUSAN ONLINE

(ruangan corat coret 30sept)


PELAJAR Malaysia dan pelajar Thailand di Islamabad memberitahu terdapat ramai wanita Melayu dari Malaysia, Thailand dan Indonesia yang berkahwin dengan lelaki Pakistan. Kebanyakan mereka berkahwin dengan orang miskin dan tinggal di daerah pedalaman, malahan ada di antara mereka hidup macam hamba.

Pasport mereka disembunyikan oleh suami dan suami pula tidak membenarkan mereka menziarah ahli-ahli keluarga di tanah air.

Mereka juga terpaksa patuh kepada adat suku yang sangat keras termasuk tidak boleh keluar rumah secara bebas seperti ketika berada di kampung. Mereka tidak boleh menegur atau bercakap dengan lelaki lain kecuali mendapatkan izin daripada suami terlebih dahulu.

Bagaimanapun, ada juga wanita Melayu yang berkahwin dengan lelaki Pakistan yang berada dan hidup mereka bahagia, tetapi jumlah mereka sangat sedikit.


- Ulasan sya: mmg benar ianya berlaku,majoriti perempuan kita yg kahwin kebanyakkannya adalah dgn lelaki disebelah kawasan NWFP utara pakistan, majoriti khasnya ialah area bunir.Mmg kawasan itu kawasan yg jauh dipendalaman dan ramai yg hidup susah,penuh dgn adat yg terkongkong,ada yg berbelas belas tahun lamanya tak dpt balik kemalaysia.Kuatnya adat disana hingga puak patthan yg berbahasa poshto ni sendiri pun mmg tak berani berniaga dgn cara pergi rumah ke rumah ditmpat mereka sprti mana yg mereka lakukan ditempat kita seperti jual carpet,kain kain dan lain brg krn kongkongan cara hidup disana,lebih lebih lagi tiada mereka berani masuk rumah org ketika sang suami tiada dirumah, khuatir boleh dipukul atau ditmbak,(krn senjata mudah didapati disana)

Apa yg kita rasa agak menyedihkan juga ialah melepaskan mereka pergi mengikut suami yg tak tahu memahami ialah risiko bimbang dikhuatiri mereka tidak dpt lagi bersalaman dan memeluk ibu dan ayah mereka ditanahair,yg mungkin akan pergi dulu meninggalkan mereka,adik tidak dpt jumpa kakak mereka lagi,abg pula tidak dpt jumpa adik mereka lagi,dimanakah kegembiraan ,keseronokkan,keriangan 2 belah pihak keluarga yg sepatutnya ada setelah perkahwinan mereka,sayangnya kini mereka  terkurung pula ditmpat suami mereka,dilarang balik pula.Ditambah pula kebiasaanya kebanyakan warga mereka akan berkahwin lagi apabila sudah bermastautin disana,yang jadi mcm hamba kemudiannya dikhuatiri adalah warga kita seperti yg mana pernah berlaku.

Friday 10 October 2014

RENUNGAN BUAT GADIS WARGA KITA


ISU KAHWIN WARGA PAKISTAN:

Menjauhi berkawan dgn warga pakistan sehingga dpt mengelakkan dari berkahwin adalah lebih baik,bila punca dtgnya masaalah dihindari maka kebiasaannya punca itu tidak akan dtg.Risiko mengahwini warga pakistan adalah agak besar,hanya 5-10 % shj yg selamat dan bahagia dlm mengharungi bahtera kehidupan berkeluarga, (status kelompok ini biasanya  kebanyakkan yg duduk ditanahair) manakala 90-95% adalah umpama kapal yg karam namun disebabkan masih ada peluang 5-10% maka menghalang bknlah keputusan muktamad,cuma persoalannya siapakah yg akan berjaya dlm kelompok ini?mmg kita pernah dgr ada yg okay shj setelah berumahtangga dgn warga pakistan, itulah suara kelompok kecil 5-10% yg berjaya tadi,manakala baki yg lain penuh dgn sakit hati dan pergaduhan kemudiannya,maksud mereka dtg dari negara mereka jarang dtg dgn tujuan perkahwinan semata mata,ianya dtg kmudian setelah dtgnya maksud yg tersirat dlm strategi kerja mereka dinegara kita sprti nk berniaga lama,nk dpt permastautin ttp,senang faham adalah utk kepentingan pribadi mereka,ada juga yg mencari tapak melalui kenalan Fb dgn bercinta secara tak langsung gadis kita seolah olah menjadi umpan utk mereka,kebanyakan bagi mereka isteri rakyat malaysia bknlah isteri utama,bkn maksud utama dlm penghidupan mereka.Isteri yg sebenar ialah bangsa mereka yg lebih lawa,cantik,hidung mancung,yg hidup dgn cara dan budaya mereka,berbahasa seperti bahasa mereka,yg duduk ditmpat asal mereka,sya sendiri sempat berjumpa dgn wanita sabah semasa belajar disana dulu yg disepak,diterajang,dipukul,ditumbuk hingga ia mengatakan kpd sya ianya dibuat seperti hamba,manakala isteri warga pakistan yg suami dia kahwini lagi adalah isteri yg patut dilayannya,(ada juga kes dimana suaminya diam diam kahwin warganya sebaik shj suaminya balik bercuti dinegaranya) Begitu juga kisah gadis perak yg terpaksa melarikan diri dari rumah suaminya ketika dipakistan,setelah ditipu,duduk pula jauh dipendalaman tanpa ada apa apa kemudahan,tahukah anda apabila pasport dan segala dokumen dipegang suami,sampai kemanakah ia boleh lari dinegara yg ia tiada sanak saudara,kwan taulan ,tambah pula dgn bahasa masyarakat yg berlainan dan keadaan tiada diberi belanja,cuma pandangan saya jika ada sesiapa warga kita yg tetap ingin meneruskan perkahwinan dgn warga mereka, sya hanya mampu doakan semoga mereka termasuk dlm kelompok 5-10% tadi.Sya bersetuju mengenai warga kita sblm berkahwin dgn warga pakistan ada yg telah meletakkan beberapa syarat sebagai jaminan sblm kahwin walaupun sebenarnya keputusan adalah dipihak suami krn khuatir perkara yg tk di ingini berlaku,antara syaratnya meminta isteri tidak akan tinggal bermastautin dinegara suami mereka,kalau pergi pun sekadar menziarahi keluarga suami dgn siap return tiket,duit nafkah dari suami kena masukan setiap bln dlm acc. bank isteri,juga tiada pinjaman yg dibuat utk suami menggunakan nama isteri begitu juga dgn bermacam mcm bil lagi,satu lagi harus kita faham amat susah warga kita bergelar lelaki yg dpt berkahwin dgn perempuan perempuan mereka lebih lebih lagi dgn adat yg ketat,mmg pernah berlaku (itupun dgn bapa kedutaan) tapi lazimnya mmg teramat sukar utk mereka memberinya walhal warga kita yg perempuan senang senang aje mereka mendekati dan mengambilnya,ingatlah tntang 2 situasi warga pakistan 'bermadah' dinegara kita dan kmudian 'bermadah' pula dinegaranya, .........maaf jika terkasar bahasa,skian dahulu utk renungan bersama,terimakasih.