Wednesday 15 October 2014

MENCARI JAWAPAN!


Jika dari mula anda membaca diblog saya ini anda akan dapat menilai bahawa saya mmglah tidak menggalakkan warga kita khasnya kaum hawa memilih lelaki pakistan sebagai calon suaminya,semua ini adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit pengetahuan yang ada,namun ianya bukanlah keputusan yang muktamad disebabkan masih ada peratusan kecil kelompok yang diharapkan masih boleh ditemui dan boleh dipertimbangkan semula contohnya bakal suaminya adalah dalam kelompok seorang yang benar benar taat kepada perintah Allah swt dan mempunyai sifat suami yang baik dan bertanggungjawab seperti cth yang ditunjukkan oleh nabi saw dalam adab berumahtangga,saya rasa para pembaca boleh merujuk dengan ust ust yang arif dalam bab ini.

Mengenai percintaan gadis kita dengan lelaki pakistan, mmg kebanyakkannya terperangkap dlm permainan cinta yang memperdayakan.Bila kita kata risikonya agak besar maka yg besar itulah "kolam yg dicari dan kolam yg cuba direnangi"apakah itu tanda kesetiaan dlm percintaan ketika mana si lelaki hanya tersenyum krn mangsanya telah masuk ke dlm kurungan diatas nama label sebuah khayalan dialam percintaan.

Saya ingin buka minda gadis kita yang bermain cinta dengan warga pakistan,sebagai orang melayu umumnya, kita dilahirkan dan dibesarkan dalam satu tempat yang kita anggap tanahair kita iaitu malaysia, disinilah kita mengharungi segala macam keadaan dalam kehidupan kita sejak dari kecil hinggalah dewasa,dengan budaya hidup kita,menu makanan dengan selera kita,bahasa dan pertuturan cara kita,cuaca negara kita,mazhab pegangan kita dan bermacam macam lagi,tahukah kita bahawa setiap negara mempunyai keadaan yang berbeza beza, Begitulah juga dengan lelaki pakistan ini,mereka dtg dari luar dan mempunyai cara hidup dan budaya yang berbeza beza dgn kita,Kita harus faham kenapa didunia ini Allah swt telah mengasingkan kita ditmpat masing masing dengan cara hidup,budaya,makanan serta bahasa dll.mengikut cara masing masing,apakah hikmahnya? Gadis kita telah meletakkan cinta mereka kepada lelaki luar ini dengan terlepas pandang dari melihat perbezaan perbezaan ini, Orang pakistan adalah warga yang sedikit kasar,kasar ini bukanlah penghinaan tapi resam hidup mereka,silalah bertanya kepada mereka yang pernah hidup bersama mereka.Oleh yang demikian bagi gadis gadis kita yang hendak bercinta atau yang telah bercinta dengan lelaki warga pakistan ini sila fikirkan dan renungkan tentang perkara perkara dibawah ini sebelum membuat apa apa keputusan yang akan menentukan hala tuju rumahtangga mereka kelak,jika bakal isteri melihat ada banyak perkara yang dia boleh mengharunginya bersama dengan bakal suami pakistannya nanti maka rasanya layaklah ia utk bersama bakal suami mereka:

1- Apakah cinta mereka itu ikhlas tanpa ada maksud yang terselindung?
2- Apakah bakal isteri tidak kisah dengan perwatakan kasar suami mereka?
3- Suami yang duduk dinegaranya,biasanya makan roti setiap hari,jarang makan nasi,apakah isteri boleh memasakkan roti setiap hari utk suami dan makan roti bersama suami.
4- Kebanyakannya lelaki pakistan ini berasal dari pendalaman,ada yang hidup susah di gunung gunung,air pakai pam tangan atau ambil digunung atau perigi,adakah si isteri bersedia lebih lebih lagi bila suami buat keputusan untuk bermastautin semula dinegaranya.
5- Negara mereka ada musim panas dan musim sejuk ,bolehkah si isteri tabah mengharunginya,panas disana bknlah panas seperti negara kita bahkan berbahang panasnya,terutama pada bln jun,buka kipas,angin kipas pun panas,ambil tuala rendam dlm baldi kmudian jemur tanpa diperah,dlm 30-40 minit je kering kontang tuala tu,sbb itu musim panas semua org sana tidur kat luar rumah atau atas bumbung rumah krn bahang panas disiang hari masih berkumpul dlm rumah,musim sejuk pula bukan sejuk seperti yang gadis kita faham,'bestnya sejuk' (lebih lagi pada bln. january,dpt pula suami duduk kawasan pergunungan) masuk dlm selimut pun adakalanya mengigil lagi satu badan,airnya pula sejuk mcm baru keluar dari peti sejuk.Makanan yg dimasak harus segera dimakan kalau tidak kuah atau gulai yg dimasak akan beku minyaknya,Gadis atau wanita kita ni dah berbelas belas dan berpuluh puluh tahun dah biasa duduk dinegara semusim iaitu khatulistiwa ni,pakai baju pun tahap ketebalan yg sama pula sepanjang tahun,kalau rakyat pakistan ini kena bertukar tukar pula baju sepanjang tahun.maklumlah bertukar tukar musim.Sebenarnya org kita lebih mampu menghadapi musim panas berbanding musim sejuk dipakistan krn sejak lahir kita sudah didedahkan dan mengharungi musim panas ditmpat kita namun tidak bagi musim sejuk,tidak semua kita rasa senang menghadapinya krn kita tidak pernah dibesarkan dlm musim sejuk itu.
Tntang pertanyaan,bukankah student student atau warga kita ramai yg belajar atau menetap dibenua america, dibenua eropah dll. lagi negara negara yg bermusim sejuk.tiadalah kita pernah dgr sangat pun akan masaalah yg mendatangi mereka ketika mengharungi musim sejuk.Persoalan ini perlu ditanya pula iaitu samakah keadaan negara maju yg dengannya terdapat segala mcm kemudahan dlm mengharungi kehidupan dimusim sejuk dibandingkan dgn negara yang blm diketegorikan sebagai negara membangun dan masih dianggap negara miskin ini?Kalau dipakistan,bila tiba masa dtgnya cuaca yg lebih panas atau lebih sejuk ,tahukah anda apakah yg kerap berlaku disana?dlm sehari shj kadang kadang 2-3 kali blackout, adakalanya mengambil masa 3-4jam,kalau smpai 3 kali blackout sudah brapa jam?ini memandangkan bekalan elektrik disana tidak dpt menanggung keseluruhan kapasiti jumlah pengguna yg ramai dlm satu satu masa,bila berlaku blackout dipjabat atau dirumah org yg duduk dibandar pun,walaupun ada pemanas air,pemanas bilik/rumah,ada kipas,ada econ dll.semua itu tidak akan berfungsi dan hanya akan berfungsi mengikut catuan masa yg dibuat,tambah malang lagi selalunya tiada notis jadual catuan bekalan,fikirlah ditgh tgh mlm yg begitu sejuk kadang kadang mereka tidak dpt menggunakan pemanas badan,dimusim yg panas pula kipas atau econ tak juga dpt dimanafaatkan sepenuhnya,krn itu org yg berkemampuan disana ada yg beli generator sebagai ganti diwaktu blackout,generator pun guna minyak petrol.harus kita faham minyak disana langsung tiada subsidi dari kerajaan mereka.harga seliter petrol adakalanya hmpir mencecah rm4.50 -rm5.00 seliter.berapa sudah kos?bagaimana pula keadaan penduduk dipendalaman,lebih lagi dikawasan
pergunungan yg amat sejuk yg mana tidak semua rumah disana mempunyai kemudahan itu,ditambah pula dgn 'hadiah' blackout yg diterima?kadangkala hari biasa pun selalu elektrik dipotong,itulah juga pengalaman bertahun tahun menghadapi catuan elektrik yg tak pernah berkesudahan sejak belajar hingga balik ketanahair.
Kini cuba renung sebentar kisah dibawah,asal terjadi krn bantahan tiada elektrik, sila klik pautan web dibawah:

http://www.sinarharian.com.my/mobile/global/bayi-9-bulan-didakwa-rancang-pembunuhan-1.268253

6- Mazhab mereka ialah mazhab imam yang dimuliakan iaitu mazhab Imam Hanafi rahmatullah alaih,mereka tidak makan seafood,cth mazhab mereka tidak boleh makan sotong,kerang,siput sedut,ketam,udang dan apa jua dari laut yg jenis tak berdarah,jika si isteri berada bersama suami disana tiadalah harapan ia utk memakannya lebih lebih lagi dibahagian tengah dan utara pakistan (termasuk kawasan pergunungan) tidak ada dijual akan segala hidupan laut ini iaitu tiadalah di jual akan ikan dari lautan,yg ada cuma ikan air tawar je iaitu yang datang dari sungai.
7- Disebabkan mazhab mereka adalah lain maka akan wujud dua pertembungan dalam pengamalan ibadah antara suami dan isteri, cth suaminya boleh menyentuh isteri ketika isteri masih berwuduk dan tidak batal,sedangkan wuduk bagi pihak isteri sudah pun terbatal,begitu juga dlm ibadat ibadat yang lain,si isteri akan tahu dimana janggalnya nanti,ada juga keadaan dimana pihak suami memaksa Isteri meninggalkan ikutan mazhab isteri sebaliknya mengikut mazhab ditempat mereka.

Seperti yang dimaklumkan oleh para para ust kita bahawa perbezaan mazhab adalah rahmat,kita tidak menyalahkan mana mana mazhab ,yang kita nak fikirkan ialah utk mencari keselesaan ketika mengamalkan ibadat dalam mengharungi kehidupan bersama sama suami yang bermazhab hanafi,isteri pula bermazhab shafiee dan anak anak pula yang bermazhab mengikut suami atau isteri.

* Nampaknya kalau pihak suami mengambil keputusan utk bermastautin dinegara isteri yang makmur ini berbanding negaranya,rasanya itulah yg lebih baik dan akan adalah beberapa masaalah yang boleh diatasi dari perkara perkara tersebut.
(suami yg okay la,kalau tak 2x5 juga)
Buat gadis dan wanita kita fikir fikirkanlah ye?

No comments:

Post a Comment