Friday 29 April 2016

KAWASAN TOP WANITA KITA YG KAHWIN PAKISTAN!

BUNIR/BUNER:





Lokasi nama nama tempat dibunir: 



Antara rumah dibunir:



Pemandangan biasa disana,
Pengangkutan awam dibunir:





Bunir merupakan kawasan yg agak hmpir keutara pakistan disebelah timur,daerah yg berada dibanjaran bergunung ganang,apa yg agak masyhur disini ialah ramai juga org disini yg boleh berbahasa malaysia,agak sukar rasanya utk mencari org yg tidak tahu atau tidak pernah mendengar nama malaysia dibunir,ini disebabkan kerana terlalu ramainya org disana yg dtg ke negara kita dari sanak saudara mara hingga keadik beradik pun ada yg dtg bekerja atau berniaga dimalaysia,jika anda jumpa mana mana org pakistan dibumi malaysia ini kebanyakkan org yg mempunyai kulit cerah ni adalah dtg dari bunir dgn berbicara sesama mereka dgn menggunakan bahasa ibundanya iaitu phosto,ada bbrapa kg dibuner jika anda pergi jgn terkejut ada yg akan menyapa anda dgn bahasa kita,kalau di indonesia kita dihebohkan dgn nama tempat seperti lombok jika ianya berkaitan dgn hal perkahwinan begitulah juga dgn bunir yg mana byk warganya memilih wanita kita utk diperisterikan ketika bekerja atau berniaga ditmpat kita walaupun ada yg sudah pun berkahwin disana.

Kebanyakkan org bunir yg kahwin perempuan kita yg sya tahu paling ramai ialah yg berkerja/ berniaga ialah disabah,bkn bermaksud disemenanjung tk ramai tapi org bunir yg byk duduk dieast malaysia ni lah yg agak top jumlahnya mengkahwini wanita malaysia,mmg ada juga wanita kita yg berlakikan org pakistan dari lahore,karachi,gujrat,rawalpindi dll. namun ranking tertinggi setahu saya bunir lah yg berada comel dikedudukan carta ini.

Yg menarik juga jika anda kesana ada kg kg yg anda berjalan tk lekang juga ada yg menegur anda..... 'abg dari malaysia ke',ada juga yg tanya 'abg org malaysia?' kadang kala krn seronoknya mendengar rombongan dari malaysia dtg ketempat mereka maka ada yg menegur anda adalah org perempuan,rupa rupanya wanita india muslim malaysia pun ada yg kahwin org sana,amboi! beraninya akak tegur org lelaki ketika berada disana,suami org bunir tk nmpak ke?begitulah yg pernah diceritakan rombongan yg pernah kesana bila pernah disapa perempuan malaysia.
(Saya juga sebenarnya pernah berkesempatan berada dibunir utk bbrapa hari namun sya tidak menuju kekg dimana ramainya org mereka yg boleh berbahasa malaysia,sya ke area nawagai namun mmg benar saya juga disapa oleh org sana dgn bertanyakan adakah sya dari malaysia)

Ada juga sya mendengar bila rombongan dakwah dari tanahair ketempat mereka,mereka akan melayan dgn baik,ada juga terdapat kg disana yg mana bila rombongan ini memberi dakwah adakalanya dakwah mereka tak perlu diterjemah atau dialih bahasa.byangkan btapa ramainya yg boleh berbahasa malaysia dikg tu yg pernah bekerja atau berniaga dimalaysia?

Agak Indah sedikit juga bumi bunir ini dgn landskap banjaran gunung ganangnya walaupun kehidupan disana agak susah sedikit namun bkn semuanya indah bagi perempuan kita yg dh biasa hidup dibandar besar dgn kemudahan dan kesenangan ditanahair,nk cari dibunir pasaraya pasaraya dan segala kemudahan lain utk berseronok mmglah tiada harapan krn bumi bunir ini agaknya sesuai utk isteri yg berjiwa sentimental je dgn aliran air sungai,bukit,banjaran gunung ganang,pokok pokok,bunyi burung burung serta cuaca sejuk dan seumpamanya,namun jika ke northern area anda akan mendapati lagi betapa cantiknya muka bumi yg berada disana ditambah dgn salji yg turun,setahu saya bunir bukanlah kawasan yg dituruni salji.Utk merasa salji setiap tahun dimusimnya perlu kenorthern area atau paling dekat selain northern ialah di murre. Bertambahlah tension dibunir ini jika jumpa pula suami yg amat keras ketika berada ditempat mereka sendiri,mesti 100% ikut budaya dia.Sabar je lah kak!
Kalau akak nk rasa senang sikit dari segi kemudahan nk bershopping sakan,nk homestay,nk liputan luas dlm berinternet internet,nk tgk zoo,nk naik metro bus,nk kemudahan dkt dgn airport maka carilah bakal suami dari bandar bandar besar seperti lahore,rawalpindi,karachi,multan serta islamabad,kawasan yg bnyk membangun ni kebanyakkan area area punjab la.karachi je yg area sind.

Apa pun jika dibandingkan dgn kemajuan negara kita mmg berbezalah kak! berpuluh puluh tahun bezanya dibandingkan kita dgn pakistan,sana byk old stail,mcm terjun zaman dulu gak,nk tgk keldai,lembu atau unta bawa brg kat jln pun ada,pengangkutan awam pakai kuda pun ada,basikal mcm zaman penjajah pun bersepah diguna disana,cuma dlm hal telikumonikasi antaranya yg agak ok,gajet gajet pun dh ada.







Catitan:

Sya menulis rumi menggunakan rumi dlm sebutan kita dan bkn rumi dlm sebutan inggeris atau urdu,oleh itu rumi utk nama tempat dan dialog urdu tidaklah semestinya sama bila dituliskan,harap maklum!