Saturday 1 August 2015

KISAH BAWA PULANG ANAK DAN KISAH BAWA LARI ANAK

ARKIB : 22/11/2007



KUALA LUMPUR 21 Nov. – Seorang ibu muda, Siti Nadzirah Mohd. Nasir, 20, yang terlibat
dalam pertikaian penjagaan anak
bersama suaminya di Pakistan sejak empat bulan lalu sanggup meredah segala kepayahan
 bagi memastikan bayinya,
 Arman Khan Fazal Azim, yang berusia setahun berjaya dibawa pulang semula ke Malaysia.
Arman Khan kembali ke Malaysia semalam selepas Siti Nadzirah menempuh perjalanan
yang panjang iaitu selama
hampir 24 jam.
Siti Nadzirah pergi ke Pakistan pada 16 November lalu dan merancang dengan rapi operasi 
membawa pulang Arman Khan.
Ibu muda itu yang sepatutnya berlepas ke Malaysia dengan menaiki pesawat di Islamabad bertindak nekad menaiki teksi ke Lahore yang memakan masa perjalanan empat jam bagi mengelak dijejak oleh keluarga suaminya.
Selepas menempuh segala kepayahan, berbekalkan semangat dan kasih sayang yang teramat sangat terhadap anaknya, Siti Nadzirah sekeluarga selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang kira-kira pukul 2 petang semalam.
Ketika ditemui di rumah keluarganya di Rawang, Selangor dekat sini malam ini, Siti Nadzirah bersyukur impiannya membawa Arman Khan pulang ke tanah air tercapai.
‘‘Walaupun saya berpendapat saya membawa Arman Khan pulang ke Malaysia melalui saluran betul, tetapi perasaan bimbang tetap ada,’’ katanya kepada Utusan Malaysia.
Pada 14 Julai lalu, Siti Nadzirah mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia kerana tidak tahan dengan layanan keluarga mertuanya.
Beliau mendakwa hanya diberi susu kerbau basi dan capati bagi makanan seharian sejak dibawa ke negara itu oleh suaminya, Fazal Azim Abdul Ahad, 24.
Sebelum pulang ke tanah air, Siti Nadzirah mendapatkan hak penjagaan anaknya dari Mahkamah Daerah Bruner, Pakistan bagi membolehkannya membawa anaknya kembali ke Malaysia.
Bagaimanapun, beliau terpaksa pulang ke Malaysia dengan tangan kosong selepas keluarga mertuanya enggan menyerahkan anaknya.
Pada 23 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Peshawar, Pakistan yang sepatutnya mengumumkan keputusan mengenai hak penjagaan ke atas anak Siti Nadzirah membuat keputusan menyerahkan anak itu kepada Fazal Azim atas alasan Arman Khan tidak mengenali ibunya.
Bagaimanapun, Siti Nadzirah dibenarkan bertemu anaknya setiap hari Sabtu selama enam jam.
Menurut Siti Nadzirah, beliau dan kedua-dua ibu bapanya berlepas ke Islamabad Jumaat lalu semata-mata mahu berjumpa dengan anaknya seperti yang diarah oleh Mahkamah Tinggi Peshawar sebelum ini.
‘‘Namun, Sabtu lalu, suami saya tidak datang ke Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Islamabad seperti yang diarah menyebabkan saya bimbang.
Perbicaraan
‘‘Saya dapat tahu rupa-rupanya suami saya sedang menghadiri perbicaraan pertama kes kami tanpa memaklumkannya kepada saya,’’ ujar beliau.
Siti Nadzirah memberitahu, dengan pertolongan beberapa kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pakistan, akhirnya suaminya akur dan membawa Arman Khan untuk berjumpa dengannya keesokan hari.
‘‘Apabila memikirkan saya telah mendapat hak penjagaan ke atas Arman Khan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Daerah Bruner Julai lalu, saya nekad membawa anak saya pulang ke Malaysia.
‘‘Selain itu, Arman Khan juga mempunyai dokumen perjalanan sementara yang diperoleh di Islamabad sejurus selepas mahkamah tersebut memberi hak penjagaan itu kepada saya,’’ katanya.
Dengan dokumen perjalanan itu, Siti Nadzirah memberitahu, tiada alasan untuk mana-mana pihak mengatakan anaknya tidak boleh dibawa keluar dari Pakistan kerana mereka telah melepasi kaunter Imigresen di lapangan terbang di Lahore secara sah.
Sementara itu, peguam syarie, Zainul Rijal Abu Bakar yang dilantik mewakili Siti Nadzirah ketika dihubungi memberitahu, mahkamah di sana tidak mengenakan sebarang sekatan yang menghalang wanita itu daripada membawa anaknya keluar dari Pakistan.
Menurut Zainul Rijal, kes tuntutan fasakh Siti Nadzirah untuk memutuskan perkahwinannya dengan Fazal Azim akan didengar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pada 9 Januari depan.
“Siti Nadzirah juga akan membuat permohonan jagaan anak kepada mahkamah negara ini,” katanya.
Menurut peguam syarie itu, kes jagaan anak itu seharusnya dibicarakan di Malaysia dan bukannya di Pakistan kerana Siti Nadzirah dan suaminya berkahwin di Malaysia.
‘‘Selain itu, anaknya juga dilahirkan di Malaysia dan merupakan warganegara Malaysia,’’ jelasnya.
Zainul Rijal berkata, beliau dalam proses mengumpul segala maklumat berkaitan tuntutan tersebut sebelum dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah dalam masa terdekat ini.
‘‘Saya baru sahaja dilantik oleh keluarga Siti Nadzirah bagi mewakili mereka pagi ini dan buat masa ini masih terlalu awal untuk saya mengulas mengenai kes itu,’’ ujarnya.


ULASAN SAYA:

Susu basi itu namanya dahie.sebenarnya ia bkn basi tapi ianya masam krn diperam sejak mlmnya.kmudian pgnya pula ianya dicecah dgn roti.dahea ini mmg masyarakat sana memakannya setiap pg krn bagi mereka ianya bagus utk mencuci perut,bagi rakyat kita mmg susah utk menelannya apatah lagi kali pertama.tapi utk percubaan bolehlah ditabur dgn gula, adakalanya susu masam tadi dibuat minuman yg dipanggil laisi,utk minum laisi pula jika tidak berselera bolehlah ditaruk dgn airbatu dan mmg menyegarkan bila meminumya.


 --------------------------------------------------------------------------





ARKIB

Bapa larikan anak ke Pakistan

Oleh MOHD. TURMADZI MADUN


BILAL yang dilarikan bapanya Nasir sejak 26 Julai lalu.

KUALA LUMPUR - Selepas berakhirnya kisah Siti Nadzirah Mohd. Nasir, 21, yang terpaksa berulang alik ke Pakistan sebelum dia mendapat semula anaknya, kini timbul pula kisah hampir sama membabitkan Salwanis Ma'az, 31.
Pegawai Penyelidik di Stesen Penyelidikan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) itu, kini sedang sengsara mengenangkan nasib bayi lelakinya, Muhammad Bilal yang baru berusia tiga bulan hasil perkongsian hidup dengan seorang rakyat Pakistan, Nasir Mahmood Qadri Nisar Ahmed, 39 (gambar kecil).
Salwanis yang tinggal di Serdang Perdana di sini berkata, beliau mengenali suaminya itu melalui ruangan sembang internet dan telah berkahwin empat bulan kemudian di Kepala Batas, Pulau Pinang, Ogos tahun lalu.
Bagaimanapun, menurutnya, semasa mengandung lapan bulan, suaminya minta mereka tinggal berasingan selepas mendakwa dia (suami) terlalu tertekan dengan masalah perniagaan yang dihadapinya.
Suaminya mempunyai perniagaan sebuah pasar mini tidak jauh dari rumahnya dan juga menjadi pembekal peralatan sukan. Bagaimanapun, katanya, selepas beliau melahirkan anaknya, Nasir selalu datang menziarahi dan kadang kala membawa anaknya keluar.
Cerita Salwanis, pada pukul 7 pagi, 26 Julai lalu, seperti biasa suaminya yang juga jurulatih taekwando datang menjemput anaknya dengan alasan mahu membawa ke rumah sepupunya yang tinggal tidak jauh dari rumahnya.
"Selepas empat jam, Bilal tidak dihantar pulang, saya mula risau selain perlu menyusukan Bilal.
"Saya pergi ke rumah sepupu suami saya yang tidak jauh dari rumah tetapi mendapati rumah tersebut tiada penghuni menyebabkan saya mula mengesyaki sesuatu,'' kata beliau semasa membuat aduan di Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO di Jalan Kampung Attap di sini semalam.
Menurutnya, dalam keadaan panik, beliau pergi pula ke pasar mini suaminya tetapi suaminya juga tidak ada di situ.
Berikutan itu, Salwanis memberitahu, dia telah menghubungi telefon bimbit suaminya dan alangkah terkejutnya apabila suami memaklumkan dia sedang dalam perjalanan ke Dubai bersama Bilal.Katanya, tanpa membuang masa beliau telah bergegas ke Pesuruhjaya Tinggi Pakistan di sini yang kemudiannya dimaklumkan suaminya memang ada membuat permohonan pasport dan visa Pakistan buat Bilal.
"Pemeriksaan dengan imigresen juga mengesahkan yang suaminya telah keluar bersama anaknya dari negara ini pada 26 Julai,'' katanya yang mengesyaki anak dan suaminya ada di Pakistan.
Bagaimanapun, kata wanita itu, beliau juga mengesyaki sesuatu selepas suaminya pernah menunjukkan wang RM23,000 kononnya 'hadiah' yang diperolehnya selepas membawa Bilal berjumpa dengan seseorang beberapa minggu lalu.
"Saya takut ada kemungkinan Bilal dijual kepada sindiket sebab itu suami saya dapat wang sebanyak itu,'' katanya.
Oleh itu, ujarnya, beliau kini berharap ada pihak yang dapat membantunya mencari dan mendapatkan kembali anaknya.
Tambahnya, selain khuatir dengan keadaan anaknya, beliau juga tidak tahan menanggung bebanan ansuran bulanan kereta dan sewa premis pasar mini yang kesemuanya berjumlah RM2,100 yang didaftarkan atas namanya.

ULASAN SAYA:

Melihatkan gambar ayah kpd bilal ini dgn serban hijaunya beliau adalah seorang pengikut brelwi yg ada mempunyai sedikit kefahaman yg berlainan dari mazhab hanafi lebih lebih lagi tentang nur muhammad.dipakistan golongan ini juga adalah antara golongan majoriti.ada juga antara golongan ini yg melampau dgn menjadikan kubur org alim atau yg dianggap wali sebagai tempat utk meminta pertolongan.jika kita berpeluang kekuburan yg didakwa mereka hebat itu maka ada antara mereka yg akan sujud kekuburan tersebut.belum kita bercerita lagi pasal setiap tangga dan kubur yg dicium mereka tapi bknlah semuanya begitu.

Dipakistan bkn semua yg berjanggut itu baik krn ianya sudah menjadi budaya menyimpan seperti mana diafghanistan antara yg dihukum gantung krn kesalahan liwat adalah mereka yg berserban.ada juga kes yg ada berlaku iaitu ketika beratur membeli tiket bas,dimana ada yg berjanggut dibelakang "berjoget" dgn "pung.... "org yg didepan.berjumpa org yg cakap pasal islam  ni mmg banyak disana namun tak semua berperangai seperti apa yg dikata.

No comments:

Post a Comment