Wednesday 10 August 2016

SAYA DARI PESHAWAR!




ISLAMIA COLLEGE AND UNIVERSITY PESHAWAR

  Saya dari peshawar !itulah jawapan yg biasa diberi oleh bangsa pattan yg kerap mengkahwini warga kita bila sya bertanyakan dari area mana mereka tinggal dipakistan,kebiasaannya sya tidak gemar memperkenalkan diri sya sebagai bekas pelajar dinegara mereka dan berbahasa urdhu dgn mereka cuma dlm hal hal tertentu shj akan sya ckapkan,lagipun bkn semua bangsa pattan ini boleh berbahasa urdhu,namun adakalanya sya cuma akan kata sya pernah kesana bila ditanya,dipeshawar sendiri sya pernah tinggal selama 3 hari dan turut berjumpa dgn seorang pelajar dari singapore ketika melawat islamic collage,sempat juga sya tidur sehari disitu.
kebiasaan org pakistan yg dtg dari area bunir yg menjaja pakaian atau membuka kedai perabot ditempat kita akan memberikan jawapan sebegitu krn mereka rasa rakyat malaysia ni hnya tahu peshawar shj berbanding tempat lain disana,namun amat tidak logik krn kedudukan peshawar kebunir bknlah dekat bahkan berjam jam perjalanan dan beratus ratus km jaraknya,jarang sgt sya berjumpa puak pattan dari buner yg mengatakan mereka dari islamabad walhal kedudukan islamabad kebuner berbanding peshawar adalah lebih dekat sedikit,mungkin krn islamabad bknlah bandar kaum pattan berbanding peshawar yg hmpir keseluruhannya didiami kaum pattan.Sya pernah singgah di rnr ayer keroh dan bertegur sapa dgn pencuci tandas yg berbangsa pakistan,ia juga dari buner tpi pada mulanya mengaku dari peshawar,bila sya tnya peshawar area mana dia kata dari area mardan,nk tergelak pun ada,agak agaklah kalau nk jwap pun,mardan tu bkn dlm peshawar tpi nun jauh beratus km jugak dari peshawar,namun mmg dh tk jauhla dari buner tpi bkn dipeshwar,mardan ni kedudukannya pun jauh terasing disebelah timur namun agak keatas sedikit arah keutara pakistan manakala peshawar kesebelah barat pakistan,akhirnya kawan sekerjanya dtg dan menyampuk sebenarnya ia dari buner,lps ni kan jika ada org pattan mengaku dari peshawar terus je shortcut tnya dari buner ke,jika tidak mengaku mmg betullah bkn dari buner tu.beza org pattan ni kulitnya cerah sedikit berbanding yg dtg dari area islamabad krn islamabad ni dlm punjab,ada sikit sikit gelap tpi bkn semua,yg putih comel pun byk.

Kepada wanita kita yg memilih jejaka dari peshawar ni boleh search di google info tentang peshawar ni namun peshawar bknlah bandar yg agak maju sgt atau area yg mempunyai bangunan yg tinggi tinggi,ia adalah bndar org pattan dan mempunyai jumlah penduduk yg ramai,disinilah dulu kes gadis melayu yg lari berlindung setelah dianayia suami bunernya.Dipeshawar juga anda boleh jumpa tempat membuat senapang,pistol,mesingan selain dari kedai kedai menjual senjata dan utk makluman penguatkuasaan undang undang disini lebih lagi dlm bab senjata sedikit susah dan longgar berbanding di provence lain dipakistan lagi pun byknya org luar terutama muhajir dari afghan dipeshawar.
Jika ingin melihat 'suasana pekan koboi' sila keluar dari bandar peshawar dan naik bas ke dara. ( Dara Adam khel)
Jgn takut pulak atau seram sejuk bila sampai sana,semua org yg anda nmpak semua pakai senjata dari klanshinkov AK47 smpai pistol dipinggang,cuma 'koboi' sana tk pakai topi tpi kopiah,dulu mmg ada sekatan jln sblm masuk kesana,skrg tk tak tahulah,lps tu kalau apa berlaku disana pandai pandailah selesaikan sendiri ye,maklumlah black area.

Apa pun dari segi pembangunan peshawar kini bknlah 100% sama macam penshawar yg seperti dulu,ianya sudah mula bangkit utk membangun walaupun terlalu lembab dan masih blm dpt menandingi bandar bandar besar lain seperti diprovence punjab pakistan.

MARI KITA LIHAT SELAIN SUASANA DIPESHAWAR KITA BOLEH JUGA LIHAT APA YG ADA BERLAKU DISANA,JIKA MEREKA BERKATA MEREKA LEBIH BAGUS DARI KITA TUNJUKKAN VIDEO INI KPD MEREKA:

Sila klik:

https://youtu.be/NMp2wm0VMUs

2 comments:

  1. Saya ada kenal sorg laki dari Pakistan dan dia ajak sy kahwin. Dilema skrg..

    ReplyDelete
  2. Semoga Anda mendapat jodoh yg terbaik dlm hidup anda,tk kira sesiapa pun,Amin!
    Jika ada keinginan utk bertanya atau bercerita yg agak privasi silalah sent ke email sya,terimakasih!

    ReplyDelete