Monday, 20 June 2016

APAKAH YANG INGIN DIUCAPKAN LAGI?

Hanya Doa kupohonkan,agar wanita kita semuanya selamat disana!



Dari dulu,kini dan smpai bilalah agaknya kes pembunuhan kononnya demi maruah keluarga ini akan selesai?kan org pakistan yg berniaga ditanahair kita kata negara mereka islamnya bagus dari malaysia!

Alhamdulillah! Walaupun kita dianggap negara yg agak sosial dari pandangan org pakistan sanggupkah org kita melakukan perkara sebegini?ini smpai 4 angka jumlah yg dibunuh setiap tahun atas perkara kononnya demi maruah keluarga ini.Yg tk dilaporkan berapa pula kes?

Perempuan kita nmpaknya yg bersuami pakistan ni kena berhati hatilah kalau tinggal disana ye,jgn smpai terbabit sama terkena dgn fenomena mangsa maruah keluarga disana.






Saturday, 14 May 2016

KES MEMBUNUH DIRI JUGA BIASA BERLAKU!





Sedih......Yang membantu pun jadi mangsa

Kerana budaya yg sebeginilah adakalanya membawa dua insan yg bercinta sanggup membunuh diri dari jatuh ketangan org lain atau sikekasih sudah dirampas oleh org lain:

         Cara mudah utk bunuh diri:

        Letak leher diatas rel keretapi:



Letak badan diatas rel keretapi:





Pengalaman saya sendiri dimana ketika keretapi yg sya naiki dari lahore ke rawalpindi yg mengambil masa tempoh berjam jam perjalanan telah melanggar satu org yg nekad membunuh diri dan kmudian slps keretapi melanggar org tersebut sya dpt melihat mayat org lelaki itu tertiarap diatas rel keretapi dan bila polis mengangkat mayatnya maka apa yg sya nmpak ialah bahagian depan kepala dan bahagian mukanya terbelah dua.



DIBAKAR HIDUP HIDUP KERANA MEMILIH LELAKI PILIHAN SENDIRI:

( berat rasanya nk ckap disini,tpi inilah hakikatnya kononnya demi maruah keluarga.... dgn tangan ibunya sendiri ia dibakar)



Umur mangsa ini seperti yg ditulis adalah 18 tahun.


Ada org sana kata ini pembunuhan terhormat demi maruah keluarga,kejadian ini berlaku dilahore,

Sblm itu baru sahaja berlaku kes di murre dimana seorang gadis perempuan juga dibakar hidup hidup oleh seorang lelaki dan kawan kawannya krn menolak pelawaan dari org lelaki itu yg ingin mengkahwininya.

Terdapat juga kes seorang gadis perempuan yg nk mati lemas bapanya tidak membenarkan org awam menyelamatkan anaknya krn tidak mahu maruah anak perempuannya dicalar dgn mana mana anggota anaknya di pegang utk diselamatkan dan akhirnya anaknya itu pun mati lemas.

Friday, 6 May 2016

SUASANA DIPAKISTAN!


Adakalanya mengunjungi negara ini melahirkan perasaan bersyukur kita kpd bumi yg bertuah kita yg subur dan agak senang yakni malaysia,tidaklah terlalu susah payah utk berkongsi hidup sesama kita dgn segala kemudahan yg ada ditempat kita dgn pengurusan yg sistematik dan moden.
Jika kita kenegara mereka betapa susah dan payahnya rakyat mereka bekerja utk menampung hidup dibumi sendiri,lagipun jkm atau jabatan yg menyara secara bulanan utk warga emas,oku,dll. tiada dinegara mereka,melainkan golongan yg berpencen shj.

Namun adakalanya negara pakistan agak bertuah krn kecantikan northern areanya membuat pakistan boleh senyum dari kata kata negara yg hnya berdebu shj,seperti diarea provence sind,punjab,balochistan.
Kepada wanita kita yg mempunyai suami di northern area,jika balik ke kg suami pastilah tk dpt melupakan pemandangan yg indah itu,lebih lagi tiadanya trafik jem atau bunyi bising hond bas atau lori seperti mana dipekan atau bandar bandar dipakistan.Utk makluman setakat ini jarang sgt sya dgr perempuan kita yg kahwin dgn lelaki yg betul betul duduk bermastautin dinorthern area ini (gilgit baltistan) maklumlah sya sendiri pun setakat ini pun susah utk berjumpa mana mana org pakistan yg bekerja atau berniaga dinegara kita ini yg datang dari area tersebut.Entahlah apa sebabnya, mungkin diorang ni agaknya lebih suka duduk negara sendiri atau bekerja dinegara eropah yg bergunung ganang selari dgn pemandangan seperti ditempat mereka kot.Wallahualam!
(gilgit - baltistan)










Nationality:
Keindahan suku kaum dgn budaya dan pakaian masing masing 






       Pengangkutan dgn kos yg murah:



Kurangnya pengawasan:


Sedih akan keadaan warga emas ini namun hidup perlu diteruskan dgn mengambil upah membawa brg brg:








Buruh kanak kanak juga banyak disana:





Meniaga tk kira menggunakan jenama apa pun:



-------------------------------


RAGAM!

Naik motor bawa kaldai bkn kmbing,kalau naik keretapi disana adakalanya anda boleh melihat kmbing pun dibawa naik dlm koc penumpang.




Kreatif peminta sedeqah dikarachi ni:

Minta sedeqah dgn 2 kaki yg tk boleh bergerak,perlahan lahan bergerak seperti siput:


Dgn kepala teranguk anguk dan tangan terketar ketar:


Selesai operasi je terus sembuh dan dah boleh jln mcm biasa,esok pg kaki lumpuh balik,begitulah seterusnya:


Videonya:













Friday, 29 April 2016

KAWASAN TOP WANITA KITA YG KAHWIN PAKISTAN!

BUNIR/BUNER:





Lokasi nama nama tempat dibunir: 



Antara rumah dibunir:



Pemandangan biasa disana,
Pengangkutan awam dibunir:





Bunir merupakan kawasan yg agak hmpir keutara pakistan disebelah timur,daerah yg berada dibanjaran bergunung ganang,apa yg agak masyhur disini ialah ramai juga org disini yg boleh berbahasa malaysia,agak sukar rasanya utk mencari org yg tidak tahu atau tidak pernah mendengar nama malaysia dibunir,ini disebabkan kerana terlalu ramainya org disana yg dtg ke negara kita dari sanak saudara mara hingga keadik beradik pun ada yg dtg bekerja atau berniaga dimalaysia,jika anda jumpa mana mana org pakistan dibumi malaysia ini kebanyakkan org yg mempunyai kulit cerah ni adalah dtg dari bunir dgn berbicara sesama mereka dgn menggunakan bahasa ibundanya iaitu phosto,ada bbrapa kg dibuner jika anda pergi jgn terkejut ada yg akan menyapa anda dgn bahasa kita,kalau di indonesia kita dihebohkan dgn nama tempat seperti lombok jika ianya berkaitan dgn hal perkahwinan begitulah juga dgn bunir yg mana byk warganya memilih wanita kita utk diperisterikan ketika bekerja atau berniaga ditmpat kita walaupun ada yg sudah pun berkahwin disana.

Kebanyakkan org bunir yg kahwin perempuan kita yg sya tahu paling ramai ialah yg berkerja/ berniaga ialah disabah,bkn bermaksud disemenanjung tk ramai tapi org bunir yg byk duduk dieast malaysia ni lah yg agak top jumlahnya mengkahwini wanita malaysia,mmg ada juga wanita kita yg berlakikan org pakistan dari lahore,karachi,gujrat,rawalpindi dll. namun ranking tertinggi setahu saya bunir lah yg berada comel dikedudukan carta ini.

Yg menarik juga jika anda kesana ada kg kg yg anda berjalan tk lekang juga ada yg menegur anda..... 'abg dari malaysia ke',ada juga yg tanya 'abg org malaysia?' kadang kala krn seronoknya mendengar rombongan dari malaysia dtg ketempat mereka maka ada yg menegur anda adalah org perempuan,rupa rupanya wanita india muslim malaysia pun ada yg kahwin org sana,amboi! beraninya akak tegur org lelaki ketika berada disana,suami org bunir tk nmpak ke?begitulah yg pernah diceritakan rombongan yg pernah kesana bila pernah disapa perempuan malaysia.
(Saya juga sebenarnya pernah berkesempatan berada dibunir utk bbrapa hari namun sya tidak menuju kekg dimana ramainya org mereka yg boleh berbahasa malaysia,sya ke area nawagai namun mmg benar saya juga disapa oleh org sana dgn bertanyakan adakah sya dari malaysia)

Ada juga sya mendengar bila rombongan dakwah dari tanahair ketempat mereka,mereka akan melayan dgn baik,ada juga terdapat kg disana yg mana bila rombongan ini memberi dakwah adakalanya dakwah mereka tak perlu diterjemah atau dialih bahasa.byangkan btapa ramainya yg boleh berbahasa malaysia dikg tu yg pernah bekerja atau berniaga dimalaysia?

Agak Indah sedikit juga bumi bunir ini dgn landskap banjaran gunung ganangnya walaupun kehidupan disana agak susah sedikit namun bkn semuanya indah bagi perempuan kita yg dh biasa hidup dibandar besar dgn kemudahan dan kesenangan ditanahair,nk cari dibunir pasaraya pasaraya dan segala kemudahan lain utk berseronok mmglah tiada harapan krn bumi bunir ini agaknya sesuai utk isteri yg berjiwa sentimental je dgn aliran air sungai,bukit,banjaran gunung ganang,pokok pokok,bunyi burung burung serta cuaca sejuk dan seumpamanya,namun jika ke northern area anda akan mendapati lagi betapa cantiknya muka bumi yg berada disana ditambah dgn salji yg turun,setahu saya bunir bukanlah kawasan yg dituruni salji.Utk merasa salji setiap tahun dimusimnya perlu kenorthern area atau paling dekat selain northern ialah di murre. Bertambahlah tension dibunir ini jika jumpa pula suami yg amat keras ketika berada ditempat mereka sendiri,mesti 100% ikut budaya dia.Sabar je lah kak!
Kalau akak nk rasa senang sikit dari segi kemudahan nk bershopping sakan,nk homestay,nk liputan luas dlm berinternet internet,nk tgk zoo,nk naik metro bus,nk kemudahan dkt dgn airport maka carilah bakal suami dari bandar bandar besar seperti lahore,rawalpindi,karachi,multan serta islamabad,kawasan yg bnyk membangun ni kebanyakkan area area punjab la.karachi je yg area sind.

Apa pun jika dibandingkan dgn kemajuan negara kita mmg berbezalah kak! berpuluh puluh tahun bezanya dibandingkan kita dgn pakistan,sana byk old stail,mcm terjun zaman dulu gak,nk tgk keldai,lembu atau unta bawa brg kat jln pun ada,pengangkutan awam pakai kuda pun ada,basikal mcm zaman penjajah pun bersepah diguna disana,cuma dlm hal telikumonikasi antaranya yg agak ok,gajet gajet pun dh ada.







Catitan:

Sya menulis rumi menggunakan rumi dlm sebutan kita dan bkn rumi dlm sebutan inggeris atau urdu,oleh itu rumi utk nama tempat dan dialog urdu tidaklah semestinya sama bila dituliskan,harap maklum!


Saturday, 5 March 2016

PILIH BAKAL SUAMI YANG MANA?


Kepada wanita wanita kita yg ingin memilih warga pakistan sebagai teman hidupnya haruslah faham bahawa di negara pakistan ada bermacam macam fahaman yg sesat,yg syirik,yg merapu dan yg seumpamanya.
Jumlah pengikut ajaran sesat begitu banyak disana berbanding dinegara kita namun dalam peratusan jumlah penduduk islam mereka dikira termasuk dalam peratusan islam itu tidak kira mereka sesat ke atau tidak,itu yg menjadikan pakistan turut digelar islamic republic of pakistan,lain dari itu adalah sedikit dari golongan hindu,sikh dan kristian,jika anda ke bandar lahore anda boleh jumpa gereja yg terbesar ada disana sejak dulu lagi.

                      church dilahore:


Aliran aliran samada dinisbatkan kepada mazhab atau tidak mmg byk disana samada sesat atau tidak seperti sunni bermazhab hanafi atau dikenali disana sbagai deobandi,selain itu syiah,brelwi,ahlil hadits,qadiani dan macam macam lagi.

Saya mmg tidak menafikan ajaran sesat ada juga dimana mana negara termasuk dinegara kita tpi jumlah pengikutnya amatlah sedikit dgn nisbah penduduk malaysia yg beragama islam dan ada yg boleh dikira dgn jari seperti ajaran tuhan harun,ayah pin,juga dakwaan terhadap bomoh kelapa dll. lagi ajaran sesat itu dan ianya idaklah sgt memberikan kesan yg ketara kpd masyarakat kita berbanding dipakistan, fahamilah dgn jumlah penduduk disana yg mencecah 200 juta org dgn nisbah pengikut ajaran sesat juga turut melampaui puluhan ribu hingga ratusan ribu,seperti pengikut qadiani yg telah menapak lama disana dan mencapai hmpir 4juta pengikut hingga mereka mempunyai gedung niaga yg besar seperti company shezan yg amat masyhur disana,sya pernah nmpak produknya ditmpat kita,itu blm termasuk pengikut ajaran syiah pula yg mencapai juga berjuta org pengikut yg antara turut menguasai ekonomi disana,byangkanlah betapa besar kesannya,ketika sya belajar dulu setiap bandar dipakistan ada je masjid syiah,itu blm kira lagi yg ada di kg atau dipekan,bkn sya tk mendengar ada ramai juga penganut ajaran syiah yg berkerja dan berniaga ditanah air kita.Apa pun sya bersyukur krn dinegara kita penguatkuasaan dan penwartaan ajaran sesat dinegara kita ada juga dibuat berbanding dinegara sana yg tidak ada penguatkuasaan krn kebebasan beragama tk kira apa jua golongan,contoh disana ialah tiadanya penguatkuasaan tangkapan utk org yg tidak berpuasa seperti ditmpat kita,kita boleh lihat disana ada juga org yg berani makan terang terang dibln puasa walaupun tidak ramai,sbb itu apa jua ajaran mudah utk tumbuh disana,byangkan bagaimana mereka nk handle dgn jumlah jutaan pengikut sebegitu byk jika ingin merubah undang undang baru yg membenarkan hnya pengikut mazhab hanafi sahaja diamalkan disana,boleh berperang rasanya,lebih lebih lagi pemimpin pemimpin negara mereka terdiri dari golongan yg bermacam macam fahaman.
                     


Sya amat berharap agar mana mana gadis melayu berhati hati dlm memilih pasangan dari sana jika tetap ingin memilih org sana sekiranya rakyat malaysia keturunan pakistan yg lahir serta bercakap dh serupa melayu 100% dan dibesarkan dimalaysia dan hidup seperti org melayu pun tidak menjadi pilihan,jgn terpikat pada paras rupa je tetapi lupa bakal suami org yg aqidahnya tersesat rupanya,bagaimana nk membimbing isteri kejln yg lurus sdgkan jln suami pun bengkang bengkok.Sebagai umat islam yg bermazhabkan imam shafie maka tiada pilihan lain melainkan memilih jejaka yg bermazhab hanafi disana,itu shj pilihan yg ada,pandai pandailah mensesuaikan diri hidup bersama dgn mazhab pegangan suami krn tiada mazhab shafie pun disana,jika ada yg mengaku ia bermazhab shafie menipu la tu,test je suruh dia baca doa iftitah,doa qunut,tahiyat,dll bacaan dlm solat,cuba dengar betul betul sama tk dgn apa yg biasa kita baca setiap hari tu?
Manakala kalau pergerakan solatnya lain sedikit dari 4 mazhab dan asyik jamak je dan azan pun menyebut nama fatimah syiah la tu,kalau sblm azan terdengar selawat secara suara yg kuat dan suka mendewakan nabi serta suka menghiasi kubur dan byk bertawasul kpd kubur brelwi la tu tapi ada yg mengatakan bkn semua namun mmg ramai juga.
Kalau yg solatnya dan bacaannya serupa seperti mazhab disana iaitu hanafi tapi solat subuh ada qunut pula itu ahlil hadits,kalau ada yg mengaku ada nabi lagi selepas nabi muhammad s.a.w itu qadiani pula.
Ini baru sedikit aje cth cthnya,boleh tanya mereka yg arif khasnya ust ust yg tahu lebih lebih lagi maulana maulana yg belajar di india dan pakistan krn mereka sudah duduk lama dinegara tersebut serta sudah melihat dan masak dgn kumpulan kumpulan sesat tersebut,contohnya ajaran brelwi yg tidak ada ditempat kita yg menyebabkan kita agak jahil tentangnya.Bila kita tidak tahu akan golongan tersebut maka bila ia masuk ketanahair bimbang kita akan terus terima sbgai satu ajaran yg kita sangka ianya dlm kelompok aswj,inilah yg telah berlaku dibbrapa tempat dimalaysia seperti yg berlaku dijohor baharu sblm ini atas nama majlis maulid nabi tpi yg dtg itu adalah puak brelwi sehingga ada dikalangan org kita yg mencium tangan dan memeluk tok guru brelwi ni dgn harapan utk mengambil berkat agaknya,mereka yakni pihak brelwi siap membuat perarakan dgn mengibar 'bendera' brelwi yg biasa dikibar ditmpat mereka,ditambah pula dgn kehadiran warga warga pakistan yg berfahaman brelwi yg bekerja dan berniaga dimalaysia.Begitulah antara perbezaan perbezaan diantara golongan yg ada sesama mereka dipakistan tpi yg sama semuanya ialah laungan yg satu iaitu
PAKISTAN ZINDABAD!



Cth screnshot dan video aliran aliran ini: kebanyakkan adalah puak brelwe;

                     Pintu gerbang kekubur:


              Besarnya kubur kubur yg                           dianggap keramat:


              Kubur yg dibina masjid,
        bkn masjid dulu baru ada kubur :


Ciuman keatas kubur:



Sujud dan Ciuman kaki org yg dianggap wali:





Antara upacara yg berlaku dikubur:



Potong kek harijadi utk rasullullah serta menyebut happy birthday ya rasulullah dan bertepuk tangan:




Baru aje meninggal 2-3 hari tapi kubur org yg di anggap mulia dh mula dihias indah:



Setiap 1 ciuman dibayar duit:



Dalam tariqat ni pun ada macam macam ragam;