Thursday, 25 February 2016

Monday, 22 February 2016

SENGSARA DIKEMUDIAN HARI

SENGSARA BERSUAMIKAN LELAKI PAKISTAN

Tarikh paper: 22feb 2016



SUHANA mengetahui suaminya itu mempunyai seorang perempuan simpanan selepas membaca kiriman mesej menerusi aplikasi WhatsApp.


SEKALI imbas, wajah wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Suhana itu kelihatan persis bintang Bollywood ditambah lagi dengan gayanya yang gemar melawa.
Pada mulanya, kru Jurnal menyangkakan wanita secantik Suhana pasti tidak menghadapi sebarang masalah dalam kehidupan tetapi sangkaan itu ternyata meleset apabila dia mula berkongsi cerita mengenai perkahwinan yang terkandas selepas 10 tahun berkahwin.
Memilih seorang lelaki Pakistan sebagai suaminya merupakan pengalaman pahit yang pernah dialami Suhana sepanjang hidupnya.
“Kami diperkenalkan oleh seorang rakan. Ketika itu, dia menjalankan perniagaan perabot import yang diusahakan bersama rakan kongsinya, manakala saya pula bekerja sebagai eksekutif pemasaran di sebuah syarikat swasta.
“Saya mula mengenalinya sejak berusia 27 tahun lagi sehinggalah kami mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga selepas lima tahun berkawan,” katanya yang berasal dari Kuala Lumpur.
Berubah sikap
Jelasnya, perkenalan yang diatur oleh rakannya itu mula menimbulkan bibit-bibit cinta antara mereka.
“Sikapnya yang ramah membuatkan saya selesa bersamanya. Selepas tiga bulan berkawan, saya membawanya bertemu keluarga tetapi ibu seakan-akan tidak dapat menerima hakikat kami menjalinkan hubungan.
“Perhubungan kami ditentang oleh emak saya kerana dia tidak mahu bermenantukan warga asing,” ujar ibu kepada dua orang anak itu.
Suhana berkata, bermacam-macam perkara dilakukan untuk meyakinkan keluarga dan akhirnya mereka akur juga dengan keputusannya untuk menjadikan lelaki Pakistan tersebut sebagai suaminya.
“Kami berkahwin dan dikurniakan dua orang cahaya mata yang berusia sembilan dan tujuh tahun. Pada permulaan perkahwinan, segala-galanya indah tetapi disangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari apabila suami mula berubah sikap. Dia sering tidak pulang ke rumah apabila saya disahkan menghidap kanser payudara ketika berusia 37 tahun.
“Ketika itu, dunia saya seakan-akan gelap apabila mendapat tahu berita tersebut,” jelasnya sambil memberitahu, dia bertemu dengan pakar untuk mendapatkan rawatan susulan.
Kerjaya stabil
Tambahnya, selepas pemeriksaan, dia bersyukur kerana kanser yang dihidapinya berada di peringkat awal dan masih boleh diselamatkan.
“Selepas menjalani pelbagai cara untuk menyembuhkan penyakit ini, akhirnya saya disahkan bebas daripada kanser. Kegembiraan itu tidak kekal lama apabila mendapat tahu suami sebenarnya mempunyai seorang isteri di kampung halamannya.
“Sejak mula berkawan sehinggalah berkahwin, saya tidak pernah mengetahui saya sebenarnya hidup bermadu sehinggalah menjumpai dokumen berserta gambar perkahwinannya yang terdahulu tersimpan rapi di ruang pejabatnya di rumah kami” katanya yang tergerak hati untuk memasuki ruang pejabat suaminya itu ketika dia tiada di rumah.
Ujarnya, dia menuntut penjelasan mengenai perkara itu kepada suami dan akhirnya lelaki Pakistan itu mengakui yang dia sebenarnya memang mempunyai isteri di kampung.
“Bukan itu sahaja, saya juga mendapat tahu yang dia sebenarnya mempunyai seorang perempuan simpanan selepas membaca kiriman mesej menerusi aplikasi WhatsApp di telefon bimbit miliknya.
“Tidak hairanlah dia sering berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dengan alasan urusan perniagaan tetapi rupa-rupanya ada udang di sebalik batu,” ceritanya lagi.
Katanya, satu demi satu rahsia suaminya itu terbongkar menyebabkan Suhana nekad memfailkan perceraian dan hak penjagaan kedua-dua anaknya itu diperoleh Suhana.
“Saya bersyukur kerana masih mempunyai kerjaya yang stabil untuk menyara kehidupan kami anak-beranak. Jika diikutkan, bekas suami pernah menyuruh saya berhenti kerja untuk menjadi suri rumah sepenuh masa tetapi saya menolaknya,” ujar Suhana mengakhiri bicara.

Link kisah ini di harian metro:


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0215&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_05.htm




Ulasan saya:

Begitulah antara perkara yg biasa berlaku bermenantukan warga asing,Kononnya silelaki mengaku bujang walaupun sebenarnya isteri kesayangan ada ditanah tumpah sisuami,isteri warga pakistan yg lebih melecun.Fikirlah apa motif nk sgt dgn perempuan kita.
Ada juga bbrapa org yg bertanya kpd sya bgaimana utk mengetahui samada jejaka pakistan yg ingin dimiliki mmg seorang yg bujang,soalan ini sebenarnya bagus utk kepastian agar tidak tertipu tpi saya sendiri tk berani nk mengesahkannya memandangkan seperti apa yg sya katakan dulu kalau silelaki tunjuk dokumen yg menyatakan ia bujang walhal ia sudah berkahwin itu mmg boleh terjadi krn dokumen palsu bnyk dan amboi laju aje boleh dibuat disana jika ada sesuatu yg dihulur,apa yg diharapkan yg paling utama ialah kepercayaan sesama pasangan dan barulah kmudian dokumen,senang kata bkn hitam putih dulu tpi kepercayaan dulu,so fikirlah sendiri bgaimana cara utk percayakan ia 100% yg ia bercakap benar.
Mungkin juga perempuan kita tahu ia sudah beristeri pakistan hnya sesudah kita berkahwin dgnnya seperti yg biasa berlaku.
Kalau tidak terjumpa gmbar isterinya yg ada dinegaranya mungkin anda syak dia sudah berpunya krn kenapa bila ada satu call misteri ni dia akan jauh sikit duduk dari kita.
Namun kalaulah anda dpt memahami bahasa yg dia bualkan didlm talipon untung juga ye,
cth: 'tum mera piara atau tum mera jan atau tum mera dil atau me tum se bohot yad ati he atau seumpamanya ada maknalah tu,maka kena kuatkan semangat tau dan hati hati ye!tpi periksalah dulu jgn terus balun je.


Apa pun tindakan akak yg tidak mahu berhenti kerja krn diminta oleh suami mmg ada benarnya,dlm situasi yg sebegini barulah kita menyedari masanya telah tiba risiko yg mendatangi berkahwin dgn seorang warga asing.Bila perkara ini terjadi kita mempunyai backup maklumlah kita tidak menyedari bila dtgnya akan risiko ini.
Sya memahami mmg kebanyakkan wanita dinegara mereka pakistan mmg tidak bekerja disbbkan budaya dan adat disana,mungkin budaya itu yg terbawak bawak kesini,Dipakistan kaum perempuan yg agak berani bekerja lebih lagi didlm bidang profesional atau lasak adalah hanya mereka yg lebih bersifat terbuka dan berani melawan budaya adat disana dan sanggup terima kritikan masyarakat seperti menjadi polis,tentera,pilot pejuang atau komersial dll.lagi,namun kita harus memahami juga dlm beberapa perkara ditambah dgn situasi disesuatu negara termasuk dinegara kita dan khasnya pakistan masyarakat sana perlu terbuka sedikit dlm soal wanita yg bekerja disana kerana adakalanya mereka sendiri akan terdesak dan memerlukan wanita utk berkhidmat atau bekerja,cthnya menjadi seorang doktor perempuan,menjadi ustazah dan dlm bbrapa pekerjaan yg lain.Mana mana golongan yg agak 'jumud' sdikit sepatutnya nmpak akan pentingnya perkara ini cth bila isteri mereka atau anak perempuan mereka sendiri sakit,ramai suami yg sudah tentu tidak mahu isteri mereka dirawat dgn doktor lelaki lebih lagi waktu bersalin dipakistan kerana soal penjagaan aurat wanita yg ketat disana,begitu juga menjadi seorang ustazah..seorang perempuan disana tidak akan belajar dgn seorang lelaki utk menjadi seorang alimah terutama menjadi hafizah.Oleh itu bertolak ansurlah dlm bbrapa perkara utk kemaslahatan umum.

Tuesday, 19 January 2016

APA KATA SINAR HARIAN PADA HARI INI?




Kenapa ianya terjadi?
Apakah cara utk mengatasinya?

JEMPOL - Akibat berang dengan perangai suaminya yang selalu mendesak melakukan hubungan seks secara kasar, seorang isteri nekad memotong kemaluan suaminya ketika sedang tidur.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 pagi tadi, mangsa yang berusia 44 tahun merupakan seorang warga negara Pakistan mengalami pendarahan selepas kemaluannya dipotong dengan mata pisau cukur.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superitenden Noorzainy Mohd Noor  berkata, melalui siasatan awal yang dijalankan, kejadian dipercayai berpunca daripada sikap suami yang suka mendesak isterinya, melakukan hubungan seks secara kasar.
Katanya, sebelum kejadian, berlaku pertelingkahan antara mereka sehingga menyebabkan isterinya yang berusi 51 tahun itu dipukul kerana enggan mengikut kemahuan suami.
"Semasa suami sedang tidur, isterinya mengambil sebilah pisau cukur kemudian memotong bahagian sulit suaminya.
"Dalam keadaan berdarah, lelaki itu kemudiannya menuju ke Balai Polis Batu Kikir untuk meminta bantuan.
"Dia kemudiannya di bawa ke Hospital Jempol, sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur untuk penyambungan semula kemaluan yang telah dipotong," katanya kepada Sinar Harian.
Tambahnya, mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di hospital.
Kata Zainy, kedua-dua pihak telah membuat laporan polis dan pihaknya telah merakam percakapan mereka  untuk tindakan susulan.
"Isteri mangsa dibawa ke Mahkamah Majisteret Jempol untuk mendapatkan perintah reman," katanya.
Kes akan disiasat mengikut Sesyen 326 Kanun Keseksaan.

Link kisahnya ada dibawah ini:



Maaf byk byk krn kali ini menyiarkan kisah kisah yg agak "pemalu" di dlm ruangan ini.

Saturday, 5 December 2015

SURAT YANG TERDAMPAR!




Teringat akan saya kisah yg berlaku ketika sya dan rakan rakan senegara menuntut dulu.Tempat kami belajar adalah merupakan bandar ke2 terbesar dipakistan slps karachi dan antara bandar yang banyak historicalnya dan disinilah tempat asal tinggalnya perdana menteri pakistan nawaz sharif seorang ahli perniagaan yg antaranya mempunyai beberapa kilang kain serta mempunyai harta dari perbagai industri lagi dan diantara org yg kaya dipakistan sblm menjadi menteri lagi yg ketika itu masih memegang jawatan chieff minister atau lebih dikenali sebagai menteri besar ditempat kita.Itulah pertama kali sya dapat melihat wajah beliau secara dekat ketika beliau turun dari kereta utk menghadiri solat jumaat,bersama beliau dtg ketika itu tiada siren polis tapi penuh satu jeep dgn bodyguardnya yg memegang pelbagai senjata antaranya mesingan yg tempat taruk pelurunya mcm tin biskut yg berbentuk bulat tu.
Simple sahaja 'kopiahnya' hnya perlu mengeluarkan sapu tangan dari dlm poket dan terus mengikatnya diatas kepala,sempat juga seorang budak perempuan meminta autograf darinya ketika ia nak masuk kereta utk meninggalkan perkarangan masjid selepas solat jumaat,dari apa yg sya tengok beliau dtg bknlah secara rasmi hanya dtg utk solat jumaat sebentar sahaja.
Tidak lama slps itu beliau dilantik menjadi prime minister pakistan.

Apa yg saya nk tumpang cerita disini ialah kejadian yg berlaku dihostel penginapan kami.Disinilah juga pengalaman kami merasa gempa bumi buat pertama kali sebelum subuh yg mana ketika itu gempa yg terkuat berlaku diafghanistan namun hujung ekornya terasa smpai ditempat kami.Ada kawan yg sedang solat malam ketika qiam bergoyang goyang sedikit qiamnya dan ada yg tidur diatas katil berhayun hayun pula katilnya,semacam je rasanya gempa bumi ini maklumlah tk pernah rasa ditempat sendiri namun mujurlah tiadalah berlaku apa apa yg merisaukan hanya sedikit jaluran rekah cat didinding hostel.

Antara pengalaman yg tak dilupakan ialah terdapatnya sepucuk 'surat misteri' yg  terdampar lebih kurang dua minggu lamanya dihostel kami yg hanya dihuni oleh foreigner student.Tiada siapa yg nk ambil tahu tentang surat tersebut.Ini memandangkan surat itu tiadalah seorang pun yg ada namanya tertulis seperti disurat itu dan yg peliknya juga ianya dialamatkan bkn kepada alamat ditempat kami.Persoalan yg bermain difikiran kami ialah bagaimana surat itu boleh berada disitu?apa yg kami akur memang surat itu datangnya dari tanahair dan tertulis nama tempat diselatan johor dibelakang surat,surat itu menggunakan earogram iaitu jenis surat tanpa sampul yg hanya perlu menulis diatas kertas surat itu dan setelah menulis terus lipat dan hantar.Aerogram inilah kos yg paling murah dizaman kami utk menghantar surat ketanahair.Bercerita tentang kisah surat tersebut yg hadir tanpa diundang itu pula,... setelah merisik dari kawan kawan akhirnya tahulah saya bahawa surat itu diserahkan oleh posmen yg tak menjumpai pemilik seperti alamat yg tertulis.Pening juga tengok perangai posmen ni dh tahu tak jumpa knpa kami pula yg jadi mangsa alasannya ini surat datang dari malaysia.Tak logik betul!
Oleh kerana itulah tiada siapa yg ingin ambil tahu tentang surat itu krn kami bkn pemiliknya,namun bila hari berganti hari,minggu berganti minggu akhirnya terlintas oleh kami apa yg perlu dibuat terhadap surat tersebut.
Akhirnya kami membuat keputusan setelah mendapat kata sepakat dari kawan kawan utk melihat isi didlm surat tersebut kalaulah ada alamat penuh yg tertulis yg boleh dihubungi utk memaklumkan tentang situasi surat itu kpd penghantar yg sebenar,dengan sedikit istighfar (maklumlah buka surat org) kami dpt membaca alamat yg tertulis dan yg menarik perhatian kami ialah isi kandungan surat tersebut yg agak menarik bahasanya yg tertulis dalam bahasa inggeris beserta secebis gambar sicomel yg ditampal diaerogram tu dan dari siapakah surat itu dikirim dan kepada siapakah ia dikirim.
Setelah membaca surat yg berjiwang jiwang tersebut kami pun mengambil keputusan utk membalas surat tersebut sambil meminta maaf banyak banyak kerana telah membuka surat tersebut.

Insha Allah bersambung..........


Sambungan (date:19 jan 2016.... maaf krn lewat )

Kawan kami dari kelantan telah ditugaskan untuk mengirim "surat pemberitahuan".Beliau telah menulis diatas kertas dari buku yang dikoyak dalam buku latihan,kemudian arahan telah diberikan agar alamat pengirim ditulis didalam surat tersebut dengan tujuan kalau kalau ada perkara penting yg mungkin ingin ditanyakan oleh penerima jika ada,namun tiadalah harapan besar yg kami harapkan melainkan lebih mengharapkan agar surat dari kami selamat mendarat kepada penerima.

Selang hampir 2 minggu kemudian kami menerima balasan dari tarikh surat tersebut yg kami kirim.

Kawan kami yg menulis surat beserta nama samarannya sebagai pengirim surat telah membuka surat balasan dari tanahair itu,setelah membacanya seorang diri beliau telah menyerahkan surat tersebut utk bacaan kami pula dan dari isi surat yg kami baca itu kami melihat surat itu telah ditandatangani lebih kurang 12 org pelajar yg sedang menuntut pada tahun yg mana mereka akan mengambil peperiksaan spm dalam 3bulan lagi dari tarikh surat tersebut.Menarik juga krn isi surat itu menyatakan pada mulanya mereka menyangka bahawa surat itu pasti dari bf mereka yang berada dipakistan tapi alangkah terkejutnya mereka bila mereka membuka surat dari kami dan mendapati bahawa surat itu bertulis dalam bahasa malaysia,setelah membaca surat tersebut barulah mereka faham akan isi kandungannya.

Adakah mereka marah kepada kami krn membuka surat dari mereka?

Alhamdulillah!Rupanya tidak..bahkan mereka mengucapkan berbanyak terimakasih diatas kehadiran surat dari kami dan mereka bersyukur krn surat dari mereka yg tersesat dan yg tak diundang itu sampai kpd pihak kami.

Setelah membaca surat dari kami katanya mereka agak takut dan sedih diatas isi kandungan surat yg kami hantar beserta gambar seorang perempuan yg disembelih hidup hidup dirumahnya.Sengaja kami hantar keratan gambar tersebut beserta ceritanya yg kami ambil dari newspaper tempatan yg berbahasa urdhu sebagai bukti,tak lupa juga coretan yg dipaparkan tentang kisah kisah benar penderitaan yg berlaku diantara perempuan malaysia yg berkahwin dgn lelaki pakistan diwaktu itu.

Selain berterimakasih mereka memberitahu bahawa syukurlah percintaan mereka belum smpai ketahap yg benar benar serius dan mereka mengenali jejaka pakistan tersebut melalui panpal.

Mereka minta kami agar dpt menghantar lagi gambar sebagai bukti dari keyakinan mereka 99.99% menjadi kpd 100%,akhirnya kami mengirim tentang komplot rampasan kapalterbang yg dirancang oleh org mereka yg mana akhirnya mereka semua ditembak diairport changi singapura dan akhir kata kami harap mereka tk perlulahlah membalas surat tersebut pula memandangkan mereka akan menghadapi peperiksaan spm yg semakin hampir dan kami mengharapkan agar mereka menumpukkan sahaja perhatian kpd peperiksaan tersebut.

Apakah pula isi surat jiwang yg mereka hantar kpd bf pakistan mereka sblm ni?
Rasanya tak perlulah saya ceritakan disini,Apapun Mmg kelaslah penulisan budak budak spm ni!

Sekian!


# nota:

Secara ikhlas bertanyalah kpd mana mana bekas bekas pelajar malaysia yg pernah belajar disana dlm bidang apa jua pun,tak kiralah jika anda jumpa dimana mana pun secara bersemuka atau melalui internet,Anda jgn terkejut krn setakat ini yg saya jumpa sama sahaja semuanya iaitu mereka memberikan pandangan yg agak negatif bagi perempuan malaysia utk berkahwin dgn jejaka pakistan.Cubalah fikirkan kenapa ye?Pelajar yg mengatakan sebaliknya pula blm pernah lagi saya mendengarnya setakat hari ini dan berjumpa dgnnya jika ada.

NAMUN saya tetap berpandangan bahawa menghalang bknlah keputusan muktamad tapi saya mmg tidak menggalakkan!

Wednesday, 4 November 2015

PENGORBANAN CINTA SEORANG GADIS DARI NEGARA CHINA



Kisah diatas yg dipaparkan di tv pakistan express news adalah mengenai seorang gadis cina yg merantau kali ke2 utk mencari buah hatinya dipakistan,atas tujuan itu ia ke alipur muzafargarh punjab pakistan.

Panahan cinta menyebabkan ia mencari dan terus mencari teman lelakinya yg berbangsa pakistan.Beliau menyatakan ia mengenali teman lelakinya berbangsa dan berwarganegara pakistan ini ketika teman lelakinya menuntut dichina,pengorbanan kasihnya kpd teman lelakinya sehingga ia sanggup menjual rumah dan tanah utk membantu teman lelakinya belajar yg akhirnya melarikan diri setelah temannya mengambil harta dan wang ringgit yg diberikan oleh perempuan ini,sehingga kini ia mencari teman lelakinya namun masih tidak berjumpa.

Betapa agung cintanya sehingga ia berkata ia tak akan pulang kechina sehinggalah ia dpt berjumpa dan berkahwin dgn teman lelakinya

Inilah yg dikatakan org bagi mereka yg dilamun cinta bkn sahaja org ditempat kita bahkan di pakistan juga dimana dlm lagu selingan background video yg berbahasa urdhu ini pun mengatakan..."walaupun terpaksa ku tempuh 7 lautan sekalipun pasti aku akan dtg!"

Begitulah kisah cinta, jika ianya berjalan diatas jln yg betul betapa indahnya sebuah cinta tpi jika ianya berjalan atas jln yg salah merana badan dan perasaanlah jawapnya.

Dengan cinta sesaorang sanggup berbuat apa apa,sbb itu ada org lelaki diluar menggunakan jerat dgn umpan percintaan, "i sayang u la,i tak boleh hidup tnpa u la" dan seumpamanya, bila dh masuk jerat tunggu je la masa simangsa bagi duit ribu ribu masuk poket,brg kemas pun tergadai,silap hb. maruah pula terbang,lps dh capai target sipemasang perangkap pun hilang entah kemana dan meliar cari mangsa seterusnya.

Sbb itu menurut kata kata ust...dlm islam saat bercinta yg paling suci dan benar ialah bercinta slps bernikah.

Friday, 23 October 2015

AMBIL PELUANG YG ADA!

Sebelum ini pun sya dh lama dgr kisah sama ada juga berlaku disemenanjung (selangor).



Sebenarnya sesiapa sahaja org org pakistan ini khasnya kaum pattan ini,bagi mereka yg mula mula dtg mmg merasa agak gugup dan hairan knpa dimalaysia ini org perempuannya kebanyakkan bebas bercakap dan bergaul dgn jiran atau dgn sesiapa shj dari org lelaki walhal ditmpat mereka atau dirumah mereka tidak berlaku seperti itu,disana bercakap dgn bini org pun boleh mendatangkan pergaduhan dan silap haribulan AK 47 didlm rumah menjadi habuan,namun atas pandangan kawan kawan yg sblmnya yg menjaja rumah kerumah yg mengatakan org perempuan malaysia agak sosial dan bebas bergaul akhirnya mereka akan ketepikan perasaan gugup dan janggal itu,bayangkan mereka disana tidak pernah kerumah org yg ada perempuan utk menjual brg dan kena jumpa pula dgn org perempuan,kmudian lihat dan senyum dan bercakap pula dgn org perempuan atau bini org dan ditambah pula jika suami tiada dirumah,semua ini adalah sememangnya merupakan perkara yg amat amat bahaya dan menjadi mimpi ngeri dan ketakutan jika dibuat dinegara mereka namun akhirnya perasaan itu hilang sedikit demi sedikit bila diyakinkan ini adalah bumi malaysia dan jgn disamakan ditmpat mereka,akhirnya jadilah mereka seperti org org biasa kita dan bebas bergaul dan bercakap dan tersenyum tnpa ada halangan seperti mana first time ketika melakukannya walaupun yg nampak mcm islamic sikit sekalipun.sya sendiri pernah menanya pengalaman dan perasaan abg carpet tentang perkara ini satu ketika dulu.

Bila menganggap bercakap dgn perempuan kita adalah sgt bebas tnpa ada takut dan tanpa ada batasan lagi itulah yg akhirnya melahirkan perasaan yg tiada hijab lagi dgn permintaan yg berani tanpa ada selindung lagi seperti yg pernah berlaku disemenanjung.

Bagi sya kalaulah mereka lafazkan saja perkataan atau dialog seperti kes yg berlaku disabah ini dinegara mereka saya yakin dan percaya dah lama mereka berada dlm list title arwah.

Ingatlah...mmg dinegara kita sblm dtgnya org pakistan org kita pun ada yg berjual beli dgn dtg kerumah kerumah tapi adakah org kita berani minta seperti itu dan cuba perhati cara mereka menjual yg kadangkala membuat kita tertekan,adakalanya tnpa izin terus je masuk rumah kita dan terus teraburkan kain kain utk ditunjukkan kpd kita,tanpa adab tanpa malu dan segan dan sekali sekala cuba perhati dimana arah mata mereka bagi yg miang maklumlah mana nk dapat bertemu org perempuan,bercakap pula didlm rumah org perempuan,boleh tersenyum dan melihat bini atau anak dara org,boleh ketawa dgn bini org lagi,kalau haus boleh minta segelas air atau minuman tnpa malu, yg mana semua ini bagi mereka jgn harap sampai ke tua la dpt rasa pengalaman dan peluang yg bebas seperti apa yg mereka rasa disini.






KASARNYA ORG PAKISTAN: 'KAN PAKRO'

Didikan anak dipakistan mmg agar kasar caranya,adakalanya kita sbagai rakyat malaysia merasakan agak janggal dgn cara tersebut,namun dlm kasar itulah caranya mereka mentarbiah anak anak mereka mahupun pelajar pelajar mereka maklumlah mmg mereka keras sdikit orgnya.ingatlah dipakistan tiada kamus isteri bangsa pakistan mencium tangan suaminya dan tiada istilah 'kurang ajar' jika melangkah badan isteri atau suami ketika bercakap dgn suami atau isteri serta bkn tergolong golongan yg tiada adab ketika memegang kepala suami atau isteri ketika bercakap.

Kini sya tunjukkan kisah budak budak kecil yg kena buat "kan pakro" kmudian dipukul kuat diblkang badan dan kmudian disepak dipunggung dan jatuh tersungkur budak budak kecil ni ketika 'kan pakro" dlm proses denda ketika pembelajaran.Cara 'kan pakro'(pegang telinga) ialah ...mereka disuruh rukuk kmudian masukkan kedua dua tangan kiri dan kanan dicelah celah peha dan kmudian pegang kedua dua telinga,biasanya kalau dibuat 10-15minit pun dh boleh mengigil kedua kaki dibuatnya.